Sep 152009
 

Mengamalkan tabiat berjimat cermat


Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya.

Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.

Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.

Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.

Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan.

Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.

Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.

Sep 152009
 

Penetapan matlamat.

Asas kepada penetapan matlamat merupakan antara rahsia yang di pegang oleh kebanyakkan atlet yang berjaya dan juga kebanyakkan usahawan-usahawan yang berjaya.

Pokoknya adalah mereka yang berjaya menggunakan penetapan matlamat sebagai asas kepada kejayaan mereka.

Fungsinya sebagai bantuan kepada proses penyediaan pengetahuan dan bantuan terhadap perancangan yang perlu di buat berkaitan masa yang perlu di ambil dan sumber-sumber lain yang di perlukan.

Dengan mendapatkan gambaran yang jelas tentang matlamat jangka pendek dan sasaran terhadap matlamat jangka panjang akan membantu anda mengukur tahap kemajuan dan kepuasan peribadi akan anda perolehi setelah matlamat tersebut berjaya di capai.

Dengan melihat tahap kemajuan, anda juga akan beroleh langkah-langkah penyelesaian terhadap masalah-masalah yang mungkin wujud dan ini akan membantu anda menghapuskan perasaan tidak yakin dalam memperolehi kejayaan kepada matlamat anda.

Faktor keyakinan diri juga mendorong ke arah kepada pencapaian matlamat yang berjaya.

Asas kepada penetapan matlamat adalah dengan membuat keputusan apa yang anda mahu lakukan dalam kehidupan ini di mana ianya telah di rencanakan dalam bentuk matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

Kemudian pecahkan matlamat-matlamat tersebut menjadi kecil supaya ianya mudah untuk di capai. Sekali anda telah menyenaraikan matlamat-matlamat anda, masa anda akan menjadi lebih terurus. Percayalah…

Salah satu cara yang di rasakan sesuai adalah dengan menyenaraikan matlamat-matlamat tersebut kedalam satu jadual harian dan mingguan.

Dengan menggunakan cara ini anda akan sentiasa berada di landasan yang betul dalam mencapai matlamat anda.

Setiap hari anda akan merasakan bahawa hari yang anda lalui telah di penuhi dengan matlamat.

Karier hanya boleh di capai melalui pengurusan masa yang baik.

Gagal dalam membentuk karier sering kali dihubungkan dengan kegagalan pengurusan waktu yang tidak baik.

Pembentukan karier memerlukan banyak pengorbanan dari orang perseorangan di mana ianya sering kali menghasilkan karier kehidupan setiap individu itu.

Rancang dan rencanakan sejauh manakah anda mahu kan dalam pembinaan karier anda sendiri.

Pendidikan adalah kunci dalam mencapai matlamat.

Jika matlamat memerlukan untuk anda memiliki segulung diploma atau ijazah untuk mencapainya, maka anda anda perlu merancang dan merencanakan untuk mendapat pendidikan yang sesuai.

Aspek kekeluargaan tidak harus di abaikan dalam perancangan matlamat anda.

Jika anda baru sahaja mahu merencanakan matlamat, jelaskan dalam matlamat anda bila dan bagaimana keadaanya anda bekeluarga.

Jelaskan keadaannya bagaimana anda boleh mengeratkan silaturahim anda keluarga.

Situasi kewangan peribadi juga memainkan peranan utama dalam mencapai matlamat.

Mempunyai matlamat yang boleh di capai dalam menetpakan berapakah pendapatan yang anda mahukan.

Anda juga perlu merancang dan merencanakan bilakah masanya pendapatan yang anda mahukn boleh di capai.

Selalu meninjau rencana-rencana anda dan bersiap-siap menghadapi ketidaktentuan-ketidaktentuan.

Dasar penetapan matlamat adalah tidak sukar untuk di lakukan hanya jika anda telah berjaya membiasakan diri dengannya.

Sep 142009
 

Makan gaji atau kerja sendiri.

Pernahkah anda mengeluh kerana wang tidak cukup? Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan bekerja dengan manusia yang sebenarnya. Anda tahu bahawa anda perlu bekerja untuk mendapatkan wang, tetapi persoalan yang perlu di jawab adalah untuk siapa anda bekerja?

Jika bekerja makan gaji jawapannya adalah anda berkerja untuk majikan di mana majikan akan memberikan upah kepada anda setiap bulan. Upah yang diberikan pula sudah ditetapkan. Anda tahu upah anda setiap bulan, anda tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan.

Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin akan menggugat situasi anda, ini kerana mugkin juga upah yang anda perolehi tidak cukup untuk menampung faktor ini di mana anda sendiri tidak tahu jumlahnya.
Bagi mereka yang bernama majikan pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk pekerja. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada pekerja mereka. Mereka tahu setiap upah yang perlu diberikan kepada pekerja mereka sudah pun ditetapkan. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk memberikan upah kepada pekerja mereka. Faktor kecemasan dan kemalangan tidak memberikan banyak kesan kepada mereka tetapi akan memberikan banyak kesan kepada pekerja mereka. Maka sekali lagi anda yang bernama pekerja untuk majikan ini akan menerima situasi wang sentiasa tidak mencukupi.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut.

Oleh yang demikian fikir-fikirkan di mana situasi anda dan fikirkan kemana tujuan anda.

Sep 142009
 

Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya.

Jika anda masih tidak kaya walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun, ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.

Cuba jawab pertanyaan ini dengan jujur. Apakah matlamat anda dalam bulan ini? Jika anda dapat memberikan sekurang-kurangnya 1 jawapan, maka anda bolehlah di golongkan ke dalam golongan orang yang berjaya…tetapi jika anda tidak dapat menjawab, jelaslah anda perlukan bantuan.

Mengikut kajian, matlamat merupakan perkara terpenting dalam menjana kejayaan dan kekayaan, tanpa matlamat ibarat kapal tanpa pengemudi, dimana kapal itu akan hanyut di bawa ombak yang tidak tahu akan nasibnya.

Dalam kehidupan anda memerlukan matlamat. Matlamat mahu bekerja makan gaji selama 3 tahun sahaja. Matlamat mahu menyimpan duit 10,000.00 setelah 3 tahun bekerja. Matlamat mempunyai perniagaan sendiri dengan modal permulaan RM10,000.00.

Matlamat yang akan menentukan hala tuju kehidupan anda. Mungkin kini anda mulai sedar mengapa sehingga kini walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun anda masih belum kaya. Matlamat perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa tindakan matlamat hanya tinggal matlamat. Untuk membuat tindakan daripada matlamat yang telah di tetapkan penggunaan kuasa minda sangat-sangat membantu.

Saya telah menyediakan panduan untuk anda di mana saya telah menjelaskan asas kejayaan dan kekayaan ini di dalam buku “Formula IBC”.

Sep 142009
 

Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu.

Adakah anda tahu bahawa dalam diri anda terdapat satu kuasa di mana kuasa tersebut dapat menggerakkan anda daripada melakukan sesuatu perkara tanpa perlu berfikir untuk melakukannya?

Menggosok gigi merupakan salah satu contoh bagaimana kuasa ini boleh menggerakkan anda daripada tidak berfikir tentangnya. Apabila anda bangun pagi anda akan terus pergi ke bilik air basuh muka, mengambil berus gigi dan menggosok gigi anda. Setuju?

Kuasa ini yang sebenarnya di kenali dengan tabiat, di mana pada permulaannya anda perlu melalukannya berulang kali. Persoalannya bagaimana anda boleh menggunakan konsep tabiat ini dalam menjana kekayaan? Bayangkan jika anda mempunyai tabiat menyimpan. Setiap hari anda akan menyimpan RM1. Jika ianya di lakukan berterusan tanpa gagal untuk menyimpan, sebulan anda akan memperolehi RM30. Bayangkan jika tabiat menyimpan ini di teruskan sehingga 30 tahun…berapakah jumlah simpanan anda.

Mungkin ketika ini anda sudah memahami serba sedikit konsep penggunaan tabiat dalam menjana kekayaan.

Berikut adalah beberapa tabiat yang di gunakan oleh orang kaya menjana kekayaan mereka :

Tabiat # 1 : Tabiat menyimpan.

Seperti yang anda tahu menyimpan merupakan kunci kepada kekayaan. Jika anda masih tidak mempunyai tabiat untuk menyimpan, sukar untuk anda bergelar orang kaya.

Tabiat # 2 : Tabiat tidak boros dalam berbelanja.

Perlu di ingat untuk menjadi orang kaya anda perlu bijak membezakan keperluan dengan kehendak. Orang kaya mempunyai tabiat membeli jika perlu sahaja, berbeza dengan orang biasa yang mempunyai tabiat melebihi kehendak dimana kehendak merupakan kunci kepada kehilangan wang anda.

Tabiat # 3 : Tabiat merekod keluar masuk duit.

Jika anda susah sangat untuk merekod aliran keluar dan masuk wang anda, simpan resit atau bil yang di terima. Hujung bulan anda perlu membuat semakan terhadap resit atau bil-bil tersebut. Kira wang yang masuk dan wang yang keluar. Rekod perbelanjaan yang menggunakan wang yang banyak dan cuba untuk mengelakkan daripada terlebih belanja untuk keperluan tersebut.

Walaupun anda melihat tabiat-tabiat yang saya jelaskan di atas merupakan perkara yang sudah anda tahu, persoalannya adalah adakah anda mempunyai tabiat ini? Wujudkan tabiat asas ini dalam kehidupan anda dan lihat perbezaannya…

Sep 132009
 
saved_money.jpgBAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BERKERJA HANYA SATU JAM SEHARI

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini.

Ledakan teknologi komputer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini.

Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu komputer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali.

Oleh itu komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atupun hanya dibungkus sahaja.

Anda boleh memanfaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara sah dengan mengunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan.

Mempelajari komputer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti mempelajari perkara lain.

Jika selama ini anda hanya mengunakannya sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan mengunakan komputer notebook dan melakukannya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali.

Di sini disertakanbeberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui komputer anda dirumah.

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat-peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak.

Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan mengunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru ataupun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kagawatan ekonomi yang sedang melanda sekarang ini dimana semakin ramai pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela ataupun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita.

Mungkin anda akan terperanjat  kerana anda mampu memperolehi pendapat yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan anda sekarang.

Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda.

Idea-idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

1. DESKTOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)

Dengan mengunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher and lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik, menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, katalog, kad perniagaan (business card).

Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “Bagaimana Untuk Melakukan Sesuatu” , jemputan kahwin, kad hari jadi, ked ahli, menu, sijil, resepi dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej, sekolah-sekolah dan sebagainya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda.

Selain itu anda juga boleh membuat iklan dialam akhbar-akhbar tempatan.

Anda boleh mengunakan perkhidmatan secara pos ataupun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda.

Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda.

Anda boleh juga mengunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)

Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara.

Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting.

Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesebuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon / alamat.

Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampung anda bleh mengunakan kaedah ini.

Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda.

Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan anda kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu  bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda.

Jangan lupa mengenakan bayaran perpatutan, mungkin bagi satu bil di antara RM2 hingga RM5 atau lebih.

Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu eletrik, air dan talipon.

Dengan kemudahan yang anda sediakan mereke dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang dikaunter pembayaran.

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau talipon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi.

Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya.

Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisinya.

Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga RM10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH

Ya! Dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak mareka, maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda.

Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil beberapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah (asas) dibawah RM2000 secara ansuran.

Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti pengunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK”

Di sini anda diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya.

Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hampir semua perkara boleh dijadikan topik atau tajuk.

Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis, tetapi jika anda telah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya.

Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannyadari mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam dari kawan-kawan ataupun perpustakaan.

Atau anda juga boleh mengunjungi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk “Berniaga dari rumah”.

Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah ataupun akhbar ataupun didalam internet.

Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun mengunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini.

Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya berjaya.

Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat Mencuba!!

X

Forgot Password?

Join Us

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.