Oct 122009
 

Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan membaca sudah mencukupi.  Menetapkan minda untuk menjadikan menulis sebagai kerjaya yang menjadikan ianya sesuatu yang sukar.

Oleh yang demikian berikut adalah 3 sebab yang dapat saya senaraikan mengapa anda perlu menjadi penulis, fikirkan sebab-sebab yang disenaraikan dan cuba untuk menjadikan sebab tersebut sebagai matlamat anda menulis.

Sebab # 1 : Menjana Pendapatan.

Menjana pendapatan menjadi sebab utama bagi ramai penulis menulis buku, tidak terkecuali saya. Lihat sahaja saudara Azizi Ali yang telah menggemparkan industri penulisan buku dengan karya tulisan buku motivasi panduan kewangannya.

Sehingga sekarang, telah bermacam buku yang telah ditulis oleh beliau. Tidak hairanlah bahawa beliau ketika ini sedang mencetak wang dari empayar penerbitan buku hasil penulisan buku.

Sebab # 2 : Memberi dan berkongsi ilmu.

Biasanya menulis buku kepada pembaca wujud dari idea bagaimana mahu menterjemahkan sebuah panduan kedalam bentuk tulisan.

Harapan oleh banyak penulis agar buku yang di hasilkan menjadi sesuatu yang sangat bermanfaat kepada semua orang yang membacanya.

Menulis buku merupakan satu kaedah penyampaian ilmu yang sangat berkesan.

Buku teks merupakan contoh bagaimana ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah.

Buku motivasi menjadi panduan kepada mereka yang perlukan motivasi tanpa berjumpa pakar kaunseling.

Sebab # 3 : Meluahkan pendangan dan perasaan.

Ada sesetengah penulis yang mahu meluahkan perasaannya dengan menulis, dengan harapan perasaannya itu dapat diluahkan dengan pembaca.

Oleh yang demikian jika anda mempunyai perasaan yang mahu diluahkan, maka bolehlah menulis buku untuk menterjemahkan perasaan.

Menulis novel merupakan contoh bagaimana perasaan anda dapat diluahkan melalui tulisan.

Terserah kepada anda untuk memilih bidang penulisan anda, apa yang lebih penting adalah anda perlu memulakan proses pembelajaran penulisan anda sekarang!

Oct 112009
 

Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran oleh ramai orang. Lihat sahaja banyak blog-blog yang di hasilkan di internet.

“Satu perkara yang perlu anda ingat tanpa kemahiran menulis, minat untuk menulis dan peruntukan masa untuk menulis anda tidak dapat menyediakan maklumat yang berguna untuk pembaca blog anda.”

Saya tidak terkecuali untuk memilih menulis ini sebagai satu kemahiran yang perlu di asah. Saya berfikiran tidak ada ruginya jika saya menjadikan menulis ini sebagai satu kemahiran, ini kerana dengan mempelajari teknik menulis pada masa ini saya telah menghasilkan lebih kurang 5 naskah buku.

Walaupun buku-buku yang saya hasilkan ini masih belum mendapat sambutan namun saya percaya banyak hikmah yang diperolehi dengan menjadikan penulisan sebagai kemahiran.

  • Bayangkan dengan mempelajari ilmu-ilmu dan teknik-teknik menulis saya telah berjaya menghasilkan kertas kerja perniagaan berhalaman 40 mukasurat dan apa yang penting kertas kerja yang saya tulis itu mendapat pujian daripada pihak yang berkenaan.
  • Bayangkan dengan mepelajari ilmu-ilmu dan teknik-teknik menulis saya telah berjaya menulis surat jualan untuk tujuan menjual produk menggunakan medium pemasaran pos dan internet.
  • Bayangkan dengan mempelajari ilmu-ilmu dan teknik menulis saya telah berjaya menulis surat rasmi bagi bermacam-macam tujuan.

Itulah kelebihan-kelebihan dalam menjadikan penulisan sebagai satu kemahiran.

Dengan kemahiran dan pengalaman menulis ini saya telah berjaya menyediakan satu panduan menulis yang mungkin boleh menjadi panduan untuk anda yang bercita-cita menjadikan penulisan sebagai kemahiran, hobi atau menjana pendapatan.

penulis-pro

Untuk maklumat lanjut berkaitan panduan (e-book) ini lawati laman web ini :

http://instantbisnes.com/bagaimana-menulis/

penulis

Oct 102009
 

Pengenalan Kepada Surat Jualan.

Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan.

Konsep yang digunakan dalam surat jualan adalah pelanggan akan membuat tempahan atau membeli produk atau perkhidmatan yang dibaca melalui surat ataupun website.

Surat jualan merupakan salah satu kaedah yang diguna pakai oleh penjual produk atau perkhidmatan dari rumah atau komputer dengan menggunakan medium pos atau internet untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Secara konsepnya, surat jualan merupakan satu kaedah menjual produk atau perkhidmatan tanpa berjumpa pelanggan dan bercakap dengan mereka.

Surat jualan mempunyai standard dan formatnya sendiri. Ia telah digunakan oleh ramai pengusaha dari luar Negara terutama Negara-negara barat.

Ia juga boleh bertindak untuk menjadi iklan pendek sekiranya kita bijak menggunakan tajuk sebagai tarikan perhatian pembaca.

Perlu di ingat surat jualan yang baik adalah surat jualan yang dapat mempengaruhi orang yang membaca supaya membuat tindakan.

X

Forgot Password?

Join Us

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.