Dec 152008
 

Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend untuk menambah pendapatan.

Ada dikalangan mereka ini telah menjadikan ianya sumber pendapatan utama-residual income. Bagi saya tidak mustahil untuk mencapai matlamat ini, asalkan anda mempunyai pengetahuan dan bijak mencari peluang.

Ingin saya tegaskan disini, perkara utama yang perlu ada untuk menjana wang di internet ini adalah ‘ILMU’. Ilmu untuk menjana pendapatan di internet boleh anda perolehi dengan mudah asalkan ada kemahuan.

Di sini saya akan jelaskan beberapa kaedah dan peluang bagaimana untuk menjana wang di internet.

  • Menjual produk/barang di internet.
  • Menjana wang di internet cara ini lebih kurang sama dengan menjalankan perniagaan offline iaitu menjual produk. Tidak kiralah samaada produk yang dijual itu boleh dipegang (tangible) ataupun tidak boleh dipegang (intangible). Pokoknya internet akan menjadi medium supaya anda dapat memasarkan produk anda dan internet akan menjadi medium untuk membuat dan menerima tempahan. Contohnya dengan menulis dan menjual produk maklumat. Walapun begitu untuk menjana wang di internet cara ini anda perlu pandai menulis.
  • Menjadi ejen atau wakil penjual atau affiliate.
  • Menjadi ejen atau wakil penjual produk di internet adalah satu lagi peluang untuk anda menjana wang di internet. Anda tidak perlu mempunyai produk untuk dihasilkan, tugas anda hanya perlu membuat promosi kepada produk tersebut. Biasanya anda akan mendapat bayaran setelah produk itu dibeli. Apa yang pasti ianya dilakukan dalam talian (internet). Di internet terdapat banyak program affiliate yang boleh anda cuba.
  • PPC – Iklankan produk.
  • Pay Per Click. Menjana wang di internet cara ini lebih menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai trafik yang agak tinggi. Google Adsense adalah salah satu program yang menggunakan pendekatan kaedah perniagaan jenis ini. Anda hanya perlu mengiklankan produk mereka dengan meletakkan kod nya sahaja, yang lain-lainnya akan diuruskan oleh syarikat ini. Setiap iklan yang dipaparkan dan mendapat klik, akan diberikan komisen.
  • Menyediakan servis.
  • Sebagai contoh menyewa webhosting. Servis ini disediakan bagi tujuan menyediakan tapak web dimana bayaran akan dikenakan setiap tahun. Anda boleh menjadikan modul perniagaan jenis ini jika mempunyai ilmu berkaitan server. Tidak ramai yang mengusahakan bisnes jenis ini. Jika anda mempunyai idea untuk menyediakan servis secara online mengapa tidak lakukanya nya sahaja di internet?
  • Forex trading.
  • Satu lagi peluang menjana pendapatan di internet. Ianya agak berisiko, tetapi mampu memberikan pendapatan lumayan kepada anda. Anda hanya perlu membuka keahlian dan mulakan kerja trading anda.

Sebenarnya banyak lagi peluang menjana pendapatan di internet tetapi bagi saya peluang yang saya berikan yang menjadi tumpuan.

Saya harap ilmu yang diberikan akan menjadi panduan kepada anda.

 Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

(required)

(required)

X

Forgot Password?

Join Us

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.