Jan 042010
 

1159584765
Internet menjadi medium yang sangat berkesan dalam pemasaran pada ketika ini.

Pemasaran yang paling berkesan di sini bermaksud kemudahan kepada pengusaha membuat pemasaran dari segi pengiklanan, perkongisan maklumat, membuat bayaran dan pembinaan rangkaian pelanggan.

Dengan kecanggihan teknologi ini pakar-pakar pemasaran internet telah berjaya menghasilkan sistem untuk memberikan manusia satu peluang penjanaan pendapatan yang dipanggil sebagai ‘Sistem affiliate’.

Secara konsepnya sistem affiliate ini lebih kurang sama dengan konsep penjanaan pendapatan yang dijalankan oleh ejen dan wakil pengedar yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Konsepnya sama iaitu menjual dan dapatkan komisen. Ia menjadi sistem penerimaan komisen paling mudah dan berkesan kerana dijalankan secara online.

Online disini bermaksud wakil penjual atau agen tidak perlu bercakap dan berpeluh dalam membuat jualan.

Dengan kecanggihan sistem affiliate ini, agen hanya perlu membawa pelanggan lain ke halaman website si pengusaha melalui kaedah pemasaran internet yang akan saya jelaskan dalam bab seterusnya nanti.

Jika pelanggan yang dibawa tadi telah bersetuju untuk membeli produk yang ditawarkan di halaman website si pengusaha, sistem affiliate ini akan memberikan komisen kepada agen tadi secara automatik.
Kesemua transaksi dan perjalanan dilakukan secara automatik dan online.

Untuk menghasilkan sistem affiliate ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia tidak seperti sistem memberi komisen yang dibuat dalam sistem konvesional. Sistem ini hanya boleh di lakukan oleh Programmer.

Untuk menjadi agen bagi sistem affiliate ini tidaklah pula sukar, syaratnya tidak terlalu ketat cukup sekadar orang itu mempunyai pengetahuan dalam penggunaan komputer dan internet.

Untuk memasarkannya pula memerlukan seseorang itu berpengetahuan dalam teknik pemasaran internet yang akan saya bincangkan dalam bab seterusnya nanti.

Saya telah menyediakan program affiliate sendiri yang boleh anda sertai secara PERCUMA!

Program Affiliate IBC

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

(required)

(required)

X

Forgot Password?

Join Us

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.