Bagaimana membuat blog cara mudah
Bagaimana membuat blog cara mudah.
Hari ini ramai orang yang mahu mempunyai blog mereka sendiri. Mereka mahu mempunyai blog mereka untuk bermacam tujuan. Ada yang mahu sekadar untuk hiburan, ada yang mahu untuk tujuan buat duit, ada yang mahukan blog untuk tujuan mendapatkan kenalan.
Ini merupakan tujuan dan sebab-sebab biasa mengapa anda memerlukan blog. Namun begitu tidak mempunyai pengetahuan untuk membuat blog telah menghadkan kemahun menjadi blogger.
Kini membuat blog tidak lagi sesukar dahulu. Anda boleh mempunyai blog sendiri dengan mendaftar secara percuma di BLOGGER atau WORDPRESS. Sign Up keahlian anda dan ikuti segala arahan yang di berikan. Dalam masa kurang dari 15 minit anda sudah boleh mempunyai blog anda sendiri.
Jika anda mahu mempunyai blog yang mempunyai nama domain pilihan anda anda boleh menyewa web hosting dan nama domain dengan kadar bayaran serendah RM100 setahun. Web Hosting kebiasaannya menyediakan bahagian membuat blog dengan satu klik sahaja. Ianya boleh diperolehi di bahagian Fantastico De Luxe.
Saya harap panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat blog anda sendiri…
Related posts:
- Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan. Di internet pengiklanan...
- Bagaimana cara menulis Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran...
- Pelan Pemasaran Blog. Pelan Pemasaran Blog Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog...
- Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah. Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang...
- Pendedahan Eksklusif Membina Prospek Di Internet Cara Mudah Dari : Masrule Hamid. Sahabat, Pernahkah anda mengalami situasi ini...
Tagged with: arahan • buat duit • fantastico de luxe • hari ini • kenalan • mahu
Filed under: Tips Internet
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!
Possibly related posts
Bagaimana menjalankan bisnes di internet. Register Domain & Webhosting.
Sebagai langkah permulaan menjalankan bisnes di internet, anda perlukan 2 perkara ini.
1) Nama domain
2) WebhostingApa pentingnya nama domain itu? Tanpa nama domain anda tidak layak membuat perniagaan secara online.
Ini kerana ia adalah perkara asas dalam internet. Nama domain boleh dikatakan sebagi alamat sesebuah tempat, oleh yang demikian tanpa alamat maka tiada orang yang dapat sampai ke tempat anda.
Saya menyarankan kepada anda supaya membeli nama domain sendiri. Ini kerana ia akan menunjukkan sikap profesional anda dalam menjual sesuatu produk.
Nama domain juga bolehlah di sama ertikan sebagai nama pendaftaran perniagaan. Oleh yang demikian tanpa nama domain atau nama pendaftaran perniagaan anda tidak layak menjalankan bisnes.
Apa pentingnya webhosting?
Sama juga pentingnya dengan nama domain. Ini kerana ia berkait rapat dengan nama domain. Boleh dikatakan webhosting adalah tempat untuk menyimpan barang anda, sebagai contoh ia bertujuan untuk menyimpan website. Jika dalam perniagaan offline anda perlukan kedai untuk menyimpan stok produk anda, sama juga dengan menjalankan bisnes di internet.
Anda perlukan satu tempat untuk meletakkan produk dan website. Kini terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa nama domain dan webhosting.
Apa lagi kelebihan nama domain & webhosting?
* Dengan memiliki nama domain dan webhosting sendiri, secara automatik anda akan memperolehi email. Sebagai contoh email : nama_anda@domain_saya.com.
* Website yang mempunyai database sendiri.Terdapat banyak perbezaan webhosting diluar sana. Sebagai contoh ada webhosting yang menyediakan perkhidmatan ASP dan ada yang menyediakan perkhidmatan PHP.
Apa bezanya?
Ya, terdapat perbezaan program disini. ASP adalah program yang dihasilkan oleh Microsoft dan ia menggunakan Microsoft Access sebagai database.
Manakala PHP dihasilkan secara percuma dan ia menggunakan PHP Mysql sebgai databasenya sendiri. Secara peribadi saya akan memilih webhosting yang menyediakan perkhidamtan PHP, ini kerana ia jauh lebih murah dan terdapat banyak skrip percuma yang dapat menyokong PHP. Secara peribadi, berikut adalah webhosting yang sangat disarankan :
EXABYTES WEBHOSTING
NOCSER WEBHOSTING
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan. Di internet pengiklanan...
- Bagaimana cara menulis Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran...
- Pelan Pemasaran Blog. Pelan Pemasaran Blog Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog...
- Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah. Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang...
- Pendedahan Eksklusif Membina Prospek Di Internet Cara Mudah Dari : Masrule Hamid. Sahabat, Pernahkah anda mengalami situasi ini...
- bisnes, dapat, maka, nama, pendaftaran perniagaan, satu
Pelan Pemasaran Blog. 
Pelan Pemasaran Blog
Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog mereka walaupun mereka sudah mempunyai blog sendiri. Maka tidak hairanlah kebanyakkan blog yang terhasil kosong tidak mempunyai isi kandungan yang memberi manfaat kepada pengunjung
Mungkin ini disebabkan oleh tidak mempunyai perancangan untuk menguruskan blog mereka.
Asas kepada penghasilan blog yang mempunyai barisan peminat dan pelawatnya adalah isi kandungan yang terdapat dalam blog itu sendiri.
Ini adalah termasuk skill penulisan, topik yang di bincangkan, kategori blog yang di pilih dan isi kandungan blog itu sendiri.
Bagi saya jika anda bisa menulis isi kandungan yang memberi manfaat kepada pelawat maka anda telah berjaya menulis post yang mendapat permintaan dari pelawat.
Mungkin anda tertanya-tanya apa dan bagaimana pelan yang perlu ada dalam penghasilan isi kandungan blog yang bermanfaat.
1) Kategori Blog.
Asasnya terdapat beberapa kategori blog yang popular, antaranya adalah :
a) Kategori blog berjenis orgranisai.
Kategori blog berjenis ini di wujudkan bagi tujuan penyampaian dan perkongsian maklumat antara ahli organisasi mereka.
Contohnya seperti :
- Perkongsian dan perbincangan maklumat tentang pelajaran yang akan di ajar pada esok hari bagi pelajar sekolah.
- Perkongsian masalah dan perkongsian maklumat mengenai produk baru antara pekerja dengan majikan.
- Perkongsian maklumat tentang kurusu yang di adakan antara penganjur kursus dengan peserta.
b) Kategori blog berjenis perniagaan.
Kategori blog berjenis ini pula di wujudkan bagi tujuan peneybaran maklumat tentang produk atau perkhidmatan mereka.
Blog berjenis ini di wujudkan bagi tujuan perkongisan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang di tawarkan atau menjual terus kepada pelanggan.
Walaupun begitu anda perlu menyediakan maklumat yang bermanfaat kepada ahli-ahli anda jika mahu menghasilkan blog berkategori begini.
c) Kategori blog berjenis sendirian.
kategori blog berjenis ini di wujudkan bagi tujuan perkongsian maklumat tentang diri sendiri. Sebagai contoh anda boleh menyediakan maklumat tentang mimpi anda malam tadi atau perkara-perkara yang berlaku dalam hidup anda.
Penulis perlu bijak menyediakan maklumat supaya ianya tidak membosankan. Ramai orang yang tidak mahu membaca atau mendengar kisah orang lain dengan membangga diri.
Oleh itu programkan isi kandungan blog anda jika mahu memilih blog berkategori ini.
2) Sasaran Pelawat.
Siapa pelawat anda, apa yang mahu anda kongsikan dengan mereka, apa yang mereka mahukan sangat-sangat memainkan peranan dalam penghasilan blog yang berkualiti.
Faktor ini perlu dimasukkan dalam pelan penghasilan blog anda.
Lebih mudah jika anda buatkan draf dengan memasukkan faktor-faktor ini. Ia akan menjadikan anda dapat melihat seluruh gambaran blog.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan. Di internet pengiklanan...
- Bagaimana cara menulis Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran...
- Pelan Pemasaran Blog. Pelan Pemasaran Blog Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog...
- Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah. Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang...
- Pendedahan Eksklusif Membina Prospek Di Internet Cara Mudah Dari : Masrule Hamid. Sahabat, Pernahkah anda mengalami situasi ini...
- berjaya, menulis, pelan pemasaran, perkongsian maklumat, produk baru, yang memberi manfaat
Mencari dan menetapkan nama perniagaan Nama perniagaan adalah sesuatu yang penting bagi mengiklankan dan memperkenalkan perniagaan anda.
Anda tidak perlu memberikan nama-nama yang kelihatan seperti anda sangat besar dan mewah. Pernah saya ditegur oleh seseorang yang sangat berjaya dalam perniagaan dimana beliau menegur nama syarikat saya.
Ketika itu nama syarikat saya berkaitan dengan duit. Katanya untuk menjadi syarikat yang berdaya maju tidak perlu meletakkan nama yang berkaitan dengan kekayaan. Ini kerana orang yang tiada duit sahaja yang dapat kita pancing.
Apajadi dengan mereka yang banyak duit?
Oleh yang demikian ada baiknya anda meletakkan sebagai contoh menggunakan nama anda sendiri.
Bukan setakat nama perniagaan sahaja yang perlu anda fikirkan. Anda perlu mengikut trend semasa, ini kerana trend menggunakan website bagi memperkenalkan perniagaan anda, akan mampu mengiklan produk anda dipasaran.
Maka anda perlu memikirkan alamat domain pula.
Sebagai contoh, sekarang ini, sudah menjadi trend perniagaan menggunakan nama-nama haiwan sebagai nama pernigaan dan konsep perniagaan.
Katakan anda memilih nama panda, anda boleh mengunakan panda sebagai logo perniagaan. Pejabat rumah anda boleh diletakkan buluh sebagi konsep dalaman.
Memilih nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang panjang. Sebagi contoh FEDEX – Federal Express.
Setelah mendapatkan nama perniagaan anda perlu mendaftarkannya.- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan. Di internet pengiklanan...
- Bagaimana cara menulis Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran...
- Pelan Pemasaran Blog. Pelan Pemasaran Blog Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog...
- Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah. Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang...
- Pendedahan Eksklusif Membina Prospek Di Internet Cara Mudah Dari : Masrule Hamid. Sahabat, Pernahkah anda mengalami situasi ini...
- menetapkan nama perniagaan
Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan. Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan.
Tidak kisahlah jika anda tidak mahu menggunakan surat jualan sebagai satu kaedah menjual produk, ini kerana terdapat banyak kaedah menjual diluar sana.
• Anda boleh menjual produk dengan berjalan kesetiap rumah dikawasan tempat tinggal dan mula menjual produk dengan bercakap.
• Anda boleh menyewa kedai dan tunggu pelanggan datang kekedai untuk membeli produk.
• Anda boleh menjual produk dengan berjumpa setiap orang yang lalu lalang di pasaraya besar.
• Anda boleh membuat panggilan rambang hanya untuk mendapatkan prospek.
Pilihan anda sendiri untuk memilih kaedah menjual produk. Tetapi saya lebih menggemari kaedah menjual produk menggunakan surat jualan, ini kerana saya tidak perlu berpeluh berjalan dari rumah kerumah.
• Saya hanya perlu berfikir dan menulis kemudian pos surat jualan kepada mereka.
• Saya hanya perlu berfikir dan menulis surat jualan di website dan mengiklankannya.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan. Di internet pengiklanan...
- Bagaimana cara menulis Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran...
- Pelan Pemasaran Blog. Pelan Pemasaran Blog Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog...
- Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah. Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang...
- Pendedahan Eksklusif Membina Prospek Di Internet Cara Mudah Dari : Masrule Hamid. Sahabat, Pernahkah anda mengalami situasi ini...
- lalang, lalu, menulis surat, mula, saya
Bagaimana Buat Duit Dengan Blog 
Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan.
Di internet pengiklanan menjadi pemangkin atau kekuatan dalam membantu memasarkan perniagaan. Maka tidak hairanlah banyak syarikat yang telah mengambil inisiatif membina program pengiklanan untuk membantu banyak perniagaan dan perusahaan dalam memasarkan produk mereka di internet.
Namun demikian terdapat kuasa besar yang talah memonopoli program pengiklanan di internet. Antaranya adalah syarikat yang membangunkan enjin carian. Pengiklanan adalah punca pendapatan untuk perniagaan berasaskan enjin carian.
Masih terdapat peluang untuk program kecil seperti blog kecil ini menjana pendapatan dari pengiklanan di internet. Konsepnya adalah dengan membina program pengiklanan sendiri atau membantu syarikat pengiklanan besar dalam program pengiklanan mereka.
Antara program pengiklanan yang boleh anda cuba adalah :
Program # 1 : Program Pengklanan PPC.
Program Pay Per Click (PPC) adalah merupakan peluang buat duit yang perlu anda cuba. Program ini berkonsepkan bayaran komisen bagi setiap klik pada iklan yang di paparkan. Antara program PPC yang menjadi pilihan adalah seperti Google Adsense, Yahoo! Search Marketing.
Program PPC seperti ini masih lagi beroperasi dan jaran-jarang mendengar komisen klik tidak di bayar. Program ini di usahakan oleh syarikat enjin carian terbesar dunia. Program PPC Google Adsense di miliki oleh enjin carian Google.com manakalan program PPC Yahoo! Search Marketing di miliki oleh enjin carian Yahoo!
Program PPC ini menjadi pilihan ramai blogger untuk menjana pendapatan cara mudah. Konsepnya anda hanya perlu membuka akaun PPC dan dapatkan kod id daripada program ini.
Contoh blog yang mempunyai iklan adsense. Jika pengunjug blog anda klik pada iklan adsense anda akan mendapat komisen.
Kemudian anda letakkan kod id tersebut di blog anda. Katakunci dan kandungan blog anda akan menyiarkan iklan-iklan yang bersesuaian untuk di paparkan dalam blog anda. Jika pelawat blog anda berminat dengan iklan yang di tawarkan, mereka akan klik iklan tersebut.
Lebih banyak klik pada iklan anda akan memberikan lebih banyak pendapatan yang akan anda perolehi.
Program # 2 : Program Pengiklanan Text Links.
Penggunaan teks link juga antara program lain yang boleh anda gunakan untuk menjana penadapatan dari blog anda. Konsepnya lebih kurang sama dengan program google adsense. Cuma nama program yang berlainan.
Program teks link adalah program pengiklanan yang lain boleh anda letakkan dalam blog anda untuk menjana pendapatan mudah dari blog yang anda bangunkan.
Program # 3 : Perkhidmatan Pengiklanan.
Bergantung kepada jumlah pelawat yang melawat blog anda akan memberikan kelebihan kepada anda untuk buat duit dari pengiklanan.
Konspenya adalah anda hanya perlu menwarkan ruang pengiklanan kepada mereka yang mahu mengiklankan produk mereka. Anda jelasakan berapa ramai pelawat yang melawat blog anda dan tawarkan harga ruang pengiklanan kepada mereka.
Program # 4 : Program Affiliate.
Program affiliate adalah lagi program pengiklanan yang boleh anda cuba. Program affiliate ini di bangunkan untuk membantu perusahaan atau perniagaan memasarkan produk dengan memberikan komisen kepada ahli dalam proses bantuan pemasaran produk.
Terdapat banyak konsep yang digunakan dalam program affiliate ini antaranya adalah seperti memberi komisen setelah produk berjaya dijual atau Click Per Action (CPA). Asasnya program affiliate ini boleh mempunyai banyak level. Secara konsepnya program affiliate ini menggunakan konsep yang di guna pakai dalam program MLM.
Konsep yang paling mudah untuk menawarkan produk affiliate ini adalah dengan menyediakan anchor text pada kata kunci dalam kandungan blog anda.
Pelawat yang berminat dengan produk tersebut akan klik pada anchor text yang anda sediakan. Bergantung kepada terma program affiliate tersebut, anda akan memperolehi komisen daripada program affiliate yang anda tawarkan tadi.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Bagaimana Buat Duit Dengan Blog Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan. Di internet pengiklanan...
- Bagaimana cara menulis Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran...
- Pelan Pemasaran Blog. Pelan Pemasaran Blog Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog...
- Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah. Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang...
- Pendedahan Eksklusif Membina Prospek Di Internet Cara Mudah Dari : Masrule Hamid. Sahabat, Pernahkah anda mengalami situasi ini...
- auto blog, blog wordpress, buat duit blog, buat duit dengan blog, rahsia blog wordpress




Saya setuju dengan pandangan saudara tentang batapa mudahnya membuat blog tetapi untuk menulis di dalam blog merupakan sesuatu yang sukar bagi seorang newbie macam saya ini. harap kongsikan bersama kepada saya dan pembaca blog saudara
zamizi…betul pandangan anda…saya pada waktu ini pun pening gak nak pikir isi kandungan blog yang nak di tulis.
Namun begitu bagi saya perkara pertama yang perlu di fahami sebelum menulis adalah ilmu menulis itu sendiri…jika anda tidak mempunyai masalah untuk mengolah ayat bagi saya tiada masalah untuk menulis.
Idea akan datang mencurah-curah setelah anda mula menulis.
Harap dapat menjawab soalan zamizi…
ye.blog merupakan medium yg penting dan membantu melonjakkan kredibiliti terutama untuk usahawan internet dan maklumat hosting dan domain perlu ade untuk setup blog tersebut.banyak lagi pengantar yg boleh membantu selain wordpress.
dengan blog juga blh dijadikan sumber pendapatan seperti affiliate dan program ppc seperti adsense,nuffnang dan sebagainya.
ilhamputra
http://www.ilhamputra.com/ harap dapat exchange link dgn blog ni
Betul tu IlhamPutra…tapi ramai juga yang mengeluh tak tau nak tulis apa..kadang-kadang pada diri saya sendiri…anyway thank for the comments..saya dah add link ilhamputra kat blog saya…jangan lupa masukkan link blig saya juga kedalam blog saudara…http://instantbisnes.com