Register Domain & Webhosting.
Sebagai langkah permulaan menjalankan bisnes di internet, anda perlukan 2 perkara ini.
1) Nama domain
2) Webhosting
Apa pentingnya nama domain itu? Tanpa nama domain anda tidak layak membuat perniagaan secara online.
Ini kerana ia adalah perkara asas dalam internet. Nama domain boleh dikatakan sebagi alamat sesebuah tempat, oleh yang demikian tanpa alamat maka tiada orang yang dapat sampai ke tempat anda.
Saya menyarankan kepada anda supaya membeli nama domain sendiri. Ini kerana ia akan menunjukkan sikap profesional anda dalam menjual sesuatu produk.
Nama domain juga bolehlah di sama ertikan sebagai nama pendaftaran perniagaan. Oleh yang demikian tanpa nama domain atau nama pendaftaran perniagaan anda tidak layak menjalankan bisnes.
Apa pentingnya webhosting?
Sama juga pentingnya dengan nama domain. Ini kerana ia berkait rapat dengan nama domain. Boleh dikatakan webhosting adalah tempat untuk menyimpan barang anda, sebagai contoh ia bertujuan untuk menyimpan website. Jika dalam perniagaan offline anda perlukan kedai untuk menyimpan stok produk anda, sama juga dengan menjalankan bisnes di internet.
Anda perlukan satu tempat untuk meletakkan produk dan website. Kini terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa nama domain dan webhosting.
Apa lagi kelebihan nama domain & webhosting?
* Dengan memiliki nama domain dan webhosting sendiri, secara automatik anda akan memperolehi email. Sebagai contoh email : nama_anda@domain_saya.com.
* Website yang mempunyai database sendiri.
Terdapat banyak perbezaan webhosting diluar sana. Sebagai contoh ada webhosting yang menyediakan perkhidmatan ASP dan ada yang menyediakan perkhidmatan PHP.
Apa bezanya?
Ya, terdapat perbezaan program disini. ASP adalah program yang dihasilkan oleh Microsoft dan ia menggunakan Microsoft Access sebagai database.
Manakala PHP dihasilkan secara percuma dan ia menggunakan PHP Mysql sebgai databasenya sendiri. Secara peribadi saya akan memilih webhosting yang menyediakan perkhidamtan PHP, ini kerana ia jauh lebih murah dan terdapat banyak skrip percuma yang dapat menyokong PHP. Secara peribadi, berikut adalah webhosting yang sangat disarankan :
EXABYTES WEBHOSTING
NOCSER WEBHOSTING
|
Related Posts
Bagaimana membuat blog cara mudah.Hari ini ramai orang yang mahu mempunyai blog mereka sendiri. Mereka mahu mempunyai blog mereka untuk bermacam tujuan. Ada yang mahu sekadar untuk hiburan, ada yang ...
READ MOREPengenalan Kepada Pemasaran Internet.Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada pemasaran konvesional pada ketika ini. Ramai pengusaha kini telah berlumba-lumba memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet. Apakah yang membuatkan ramai ...
READ MOREMenjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend untuk menambah pendapatan.Ada dikalangan mereka ini telah menjadikan ianya sumber pendapatan utama-residual income. Bagi saya tidak mustahil untuk mencapai matlamat ...
READ MORE
Masukkan nama dan alamat email anda untuk dapatkan laporan "Rahsia Buat Duit Dari Rumah" SEKARANG!!
Masukkan nama & alamat email anda untuk mendapatkan laporan ini!
Laporan Buat Duit Dari Rumah!
Nama :
Email :
Dapatkan ...
READ MORENOTA KAKI : Maklumat untuk download LAPORAN akan di hantar ke email anda. Pastikan anda memberikan alamat email yang aktif. |
Tag:
bagaimana menjalankan bisnes online, pola baju kurung moden
Related posts:
- Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
- Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada...
- Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
- Panduan Bisnes Dari Rumah Masukkan nama dan alamat email anda untuk dapatkan laporan “Rahsia...
- Mengapa Promosi Di Internet. Mengapa Promosi Di Internet. Asasnya jika anda mahu menjual produk...





