Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan!


Perkara yang seterusnya yang perlu diberikan perhatian adalah cara anda membuat keputusan atas sesuatu perkara.

Ramai yang tidak berani membuat keputusan sendiri dan sentiasa bergantung kepada pendapat orang lain.

Oleh itu mereka selalu menjadi mangsa kepada pemikiran orang lain dan apa yang dilakukan bukan mengikut kehendak sendiri tetapi untuk memenuhi pendapat orang lain supaya mereka mempersetujui tindakannya.

Mereka tidak berani melakukan rancangan mereka sendiri apabila diketawakan oleh rakan-rakan dan saudara mara.

Satu rahsia untuk mengatasi masalah anda ialah jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingin tetapi fokuskan fikiran anda keatas perkara yang betul-betul menjadi keinginan anda.

Jangan membenarkan pemikiran orang lain menguasai pemikiran anda sendiri, jangan terlalu fikirkan ketidak setujuan atau penghinaan orang lain jika tidak memberi pengajaran yang baik terhadap rancangan anda itu.

Percayalah pada diri anda sendiri dan terus lakukan seperti apa yang ingin anda lakukan.

Jika anda sentiasa mementingkan kata-kata orang lain yang tidak sama dengan perancangan anda pasti anda akan terasa seperti terkurung dalam sebuah bilik yang terkunci, kearah manapun anda pergi pasti anda tidak akan dapat cari jalan keluar.

Dengan itu anda tidak mungkin akan mendapat pengalaman baru dari luar dan tidak akan dapat membuat sebarang perubahan terhadap diri dan hidup anda.

Anda akan hidup dalam blik yang dihadkan keluasannya oleh orang lain, mungkin untuk seumur hidup anda.
Selalulah berfikir secara serius dan ketahui apa yang betul-betul anda inginkan dalam hidup anda.

Jika anda mempunyai fikiran yang tidak tentu arah, anda pasti akan menjadi keliru dalam kehidupan anda dan tidak tahu apa yang harus dan patut dilakukan.

Sikap sentiasa berfikir apa yang ingin anda lakukan dan apa yang tidak ingin anda lakukan akan menjadikan anda berfikiran positif dan bertindak dengan disipllin terhadap rancangan yang anda rancangkan.

Oleh yang demikian jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingini seperti :

  • “Saya tidak mahu miskin” tetapi ubahlah untuk berfikir kepada “Saya mesti memperbaiki kewangan Saya”
  • “Saya tidak mahu berhutang”  tetapi berfikirlah “Saya mesti rajin untuk mencari lebih wang”
  • “Saya tidak mahu sakit” tetapi fikirlah bahawa “Saya mesti rajin bersenam setiap hari” sebab apa yang anda fikirkan akan menjadi apa yang anda aan dapat akhirnya.

Jika anda fikirkan perkara yang anda tidak mahu, maka anda akan mendapat perkara yang anda tidak mahu itu.

Oleh yang demikian anda perlu fikir apa yang anda inginkan bukannya memikirkan perkara yang tidak anda ingini.

Kesimpulan, anda perlu mengetahui bagaimana mengarahkan fikiran anda kepada tindakan-tindakan yang sesuai dengan kebolehan, kemahiran dan bakat anda.

Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda.Punca pertama yang mempengaruhi kejayaan seseorang itu adalah berkenaan dengan keadaan, perkara dan orang yang berada disekelilingnya. Jika anda ingin memperbaiki kewangan ...
READ MORE
4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian.Kunci pertama untuk mencapai kejayaan dan kebahagian adalah sihat sepanjang masa dan sentiasa bertenaga. Bagaimana kita boleh bekerja mencari wang untuk makan jika kita ...
READ MORE
Makan gaji atau kerja sendiri.Pernahkah anda mengeluh kerana wang tidak cukup? Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan ...
READ MORE
Menambahkan PendapatanSelari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk ...
READ MORE
Bagaimana Buat Duit # 2Rahsia Memenuhi Peti Surat Dengan Wang!Mungkin anda tidak pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang ...
READ MORE
Rahsia Kejayaan # 1
4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian.
Makan gaji atau kerja sendiri.
Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah #
Rahsia Bagaimana Menjana Pendapatan # 2



Bukti RM308,705 Di Rumah!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!

NOTA KAKI : Maklumat untuk download LAPORAN akan di hantar ke email anda. Pastikan anda memberikan alamat email yang aktif.

 

Related posts:

  1. Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda. Punca...
  2. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
  3. Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
  4. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan....
  5. Rahsia Bagaimana Menjana Pendapatan # 2 Bagaimana Buat Duit # 2 Rahsia Memenuhi Peti Surat Dengan...

Tagged with:

Filed under: Tip Kekayaan

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!