Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda.
Punca pertama yang mempengaruhi kejayaan seseorang itu adalah berkenaan dengan keadaan, perkara dan orang yang berada disekelilingnya.
Jika anda ingin memperbaiki kewangan anda atau matlamat hidup anda, anda mesti menjauhi keadaan sekitar yang buruk atau yang akan menjejaskan tindakan anda untuk mencapai matlamat anda itu.
Contohnya, jika anda sentiasa suka bergaul dengan rakan-rakan yang suka berpoya-poya dan tidak mementingkan kehidupan dan kewangan, lama-kelamaan tanpa anda sedariĀ anda akan berperangai seperti mereka juga.
Ini adalah sifat semulajadi manusia yang suka mengikut apa yang dilakukan oleh orangorang disekelilingnya jika sentiasa bersama mereka, dan juga disebabkan oleh pemikiran otak anda yang telah masak atau lali dengan apa yang anda lakukan selama ini.
Bukannya anda tidak boleh berkawan, tetapi bercampurlah dengan mereka yang selalu menghargai masa, hidup dan kerjaya serta seterusnya gunakanlah masa yang minima untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan yang mempunyai pengaruh buruk terhadap anda jika mereka masih mencari anda.
Jika anda selalu dan cuba mengelakkan diri daripada mereka pasti lama-kelamaan mereka juga akan menjauhi anda.
Anda perlu mencari peluang untuk mendekati orang-orang yang telah berjaya menceburi bidang yang sama dengan anda dan lihatlah bagaimana mereka berjaya.
Biarlah mereka mempengaruhi anda supaya anda akan berjaya seperti mereka. Apa yang penting ialah dengan siapa anda ingin bersama?
Jika anda bersama yang baik, anda pasti di pengaruhi kebaikan dan pasti akan menjadi semakin baik, semakin cemerlang dalam hidup.
Jika anda ingin bersama yang buruk, anda pasti akan dipengaruhi keburukan dan anda pasti akan gagal dalam hidup.
Apabila anda berbual dengan orang yang gagal, mereka akan menceritakan kegagalan mereka dan bagaimana mengurangkan kesedihan tetapi bukannya cara bagaimana hendak mengatasi kegagalan yang dialami.
Jika anda seorang pelajar, menghampiri pelajar-pelajar yang berkeputusan teruk hanya akan menyebabkan anda lebih pandai untuk mencari hiburan dan bagaimana bersekumpulan dengan mereka.
Oleh itu janganlah memandang ringan pengaruh sekitar anda. Pilihlah suasana yang betul yang patut anda berada dan ikuti, bukannya hanya mengikut kesukaan sahaja.
Tanyalah diri anda sendiri, adakah anda merasa MESTI BERJAYA atau anda FIKIR berjaya sahaja?
Jikalau anda membuat keputusan MESTI BERJAYA! Janganlah beri sebarang alasan lagi kepada diri anda!
Buatlah pilihan yang bijak sekarang untuk kecermerlangan hidup anda yang orang lain hanya boleh mengimpikannya sahaja!
|
Related Posts 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian.Kunci pertama untuk mencapai kejayaan dan kebahagian adalah sihat sepanjang masa dan sentiasa bertenaga. Bagaimana kita boleh bekerja mencari wang untuk makan jika kita ...
READ MOREMenambahkan PendapatanSelari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk ...
READ MOREBagaimana Buat Duit # 2Rahsia Memenuhi Peti Surat Dengan Wang!Mungkin anda tidak pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang ...
READ MORERAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN MENJADI WANG.Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimana ...
READ MOREMakan gaji atau kerja sendiri.Pernahkah anda mengeluh kerana wang tidak cukup? Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan ...
READ MORE4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian.
Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah #
Rahsia Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Duit.
Makan gaji atau kerja sendiri.
NOTA KAKI : Maklumat untuk download LAPORAN akan di hantar ke email anda. Pastikan anda memberikan alamat email yang aktif. |
Tag:
Related posts:
- 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan....
- Rahsia Bagaimana Menjana Pendapatan # 2 Bagaimana Buat Duit # 2 Rahsia Memenuhi Peti Surat Dengan...
- Rahsia Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Duit. RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN MENJADI WANG. Orang yang telah...
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...




