CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH
CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH
Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan , Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu
DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan bekerja dirumah.
Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.
SIAPA BEKERJA DARI RUMAH?
Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:
*Untuk membesarkan anak.
Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai untuk membesarkan anak mereka.
*Bayaran jagaan anak tinggi.
Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak menguntungkan untuk terus bekerja dipejabat atau kilang.
*Pendapatan tambahan disamping kerja tetap. Mereka yang mempunyai banyak masa yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan wang tambahan.
*Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi.
Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebihmungkin berasa bosan dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.
*Cacat. Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja diluar rumah.
Bagi mereka yang terkurung didalam pejabat sepanjang hari, bekerja dari rumah mungkin menajdi satu penyelesaian yang baik. Memang tidak dapat diragui lagi terdapat beberapa kebaikan dengan bekerja dirumah.
Berikut ini mungkin merupakan beberapa kelebihan dan kebaikan bekerja dirumah.
*Menjimatkan kos. Tidak perlu kepejabat bermakna anda boleh menjimatkan wang untuk tambang atau petrol. Anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu makan tengahari diluar. Penjimatan juga boleh dibuat kerana anda tidak perlu lagi berbelanja untuk pakaian bekerja.
*Menjimatkan masa. Ini kerana anda tidak perlu lagi berulang alik ketempat kerja.
Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanafaat.
*Bekerja mengikut keperluan sendiri. Jika anda bukan pencari nafkah utama, kuranglah sedikit tekanan dan anda boleh mengambil temapahan yang sesuai dengan masa anda untuk keluarga.
*Anjal. Bekerja dirumah bermakna anda boleh menentukan kerja anda supaya ia sesuai dengan waktu sekolah anak-anak, kelas tuisyen dan sebagainya. Jumlah waktu anjal
bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan dirumah. Jika
kerja anda mudah maka ia lebih anjal. Anda juga boleh menyuruh
anak-anak kesekolah dengan berbasikal.
*Ahli keluarga boleh membantu.
Ahli keluarga mungkin boleh membantu kerja itu sendiri (sebagai contoh dengan membancuh tepung atau menghantar barang). Ia boleh dianggap sebagai usaha keluarga.
Bagaimana pun bekerja dari rumah tidak selalunya menarik seperti yang dijangkakan. Sebenarnya ia mungkin tidak berjalan lancar. Berikut adalah beberapa konta bekerja dari rumah.
*Boleh menjejaskan kehidupan keluarga. Untuk melakukan kerja anda perlu berdisiplin supaya anda boleh melakukan kerja mengikut masa yang diperlukan dan kemudian menghabiskan masa bersama keluarga. Ini bukanlah satu tindakan yang mudah dan tekanan yang ditanggung oleh anda dan mungkin menjejaskan kehidupan keluarga.
* Anda mungkin terganggu.
Hasilnya anda mungkin melakukan perkara lain berbanding menumpukan kepada kerja sambilan anda dirumah.
*Kerja mungkin memakan masa.
Kerjanya mungkin mudah dan anda boleh melakukannya sambil menonton TV tetapi ia mungkin berulangan dan membosankan sebagai contoh ialah apabila memasukkan dawai kokot kedalam kotak kecil. Lebih malang lagi pendapatannya mungkin tidak sepadan.
*Anda boleh kehilangan wang. Jika anda tidak menentukan kos produk anda dengan sempurna,jualan mungkin baik kerana ia murah tetapi anda mungkin tidak membuat sebarang keuntungan. Sebaliknya jika harganya terlalu tinggi , mungkin tidak mendapat permintaan yang baik.
Jika produk itu munasabah harganya tetapi anda tidak mengiklankannya dengan baik, jadi permintaannya sudah tentu kurang dari sasaran. Dan risikonya menjadi lebih besar jika anda membeli peralatan khas atau tambahan dalam memenuhi permintaan untuk produk anda.
Apakah yang seseorang boleh dan sanggup lakukan untuk mendapatkan wang dari rumah? Ianya bergantung kepada apakah jenis perkhidmatan dan juga produk yang anda boleh tawarkan dan peluang yang diperolehi daripada jiran dan kalangan sekitar anda. Berikut ini ada beberapa idea untuk mencari wang dari rumah
*Melakukan kerja lama anda dirumah. Sebagai contoh jika anda seorang bekas kerani akaun, anda boleh menawarkan perkhidmatan perakaunan anda dan bekerja dari rumah anda. Anda boleh menguruskan dengan bekas majikan anda untuk melakukan kerja yang sama dirumah.
Sudah tentu syarat pekerjaan mungkin tidak sama. Begitu juga guru yang bersara, mungkin boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak jiran untuk menghabiskan masa dan memperolehi pendapatan tambahan.
*Tukarkan minat kepada perkhidmatan yang menguntungkan. Jika anda sukakan anak-anak dan anak anda sendiri semakin membesar, anda mungkin boleh menimbangkan pendapatan tambahan dengan menjadi pengasuh.
*Memastikan hobi anda mendapat bayaran. Jika hobi anda membuat kuih, membel aikan , mengambil gambar, membuat grafik, menulis dengan computer dan sebagainya, pastikan hobi anda itu akan mendapat bayaran dan keuntungan
*Menyewakan bilik. Anda boleh mengambil penyewa jika anda mempunyai bilik dan ia tidak akan menjejaskan keluarga anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati terhadap mereka sebagai penyewa.
*Bekerja untuk orang lain. Bagi sesetengah orang bekerja seperti memasukkan dawai kokot, melipat kotak barangan, mengulung wayar untuk barangan elektronik mungkin lebih mudah kerana ia boleh dilakukan mengikut keperluan mereka sendiri.
Bagaimanapun seseorang itu perlu berhati-hati dengan perkerjaan dari rumah seperti ini.
Anda mungkin pernah melihat iklan diakhbar yang menjanjikan pendapatan yang tinggi untuk kerja yang mudah yang boleh dilakukan dirumah. Ada sesetengah daripadanya merupakan penipuan sahaja dan tidak kurang pula yang benar-benar berfungsi dengan baik.
Anda tidak digalakkan memberikan wang anda untuk menyertai skim-skim yang memerlukan wang tanpa mendapat apa-apa produk atau perkhidmatan.
Pendekatan yang berbeza diperlukan bergantung kepada apa yang anda putuskan untuk mendapatkan wang tambahan.
*Modal. Jika anda memulakannya secara kecil-kecilan kemungkinan tidak memerlukan banyak wang.
Sebagai contoh jika anda ingin menceburi pembuatan kek anda mengkin perlu melabur untuk membeli ketuhar yang besar untuk memenuhi permintaan dan untuk menjimatkan masa.
Jika anda hanya menjadi pengasuh anda mungkin perlu melabur untuk membeli katil bayi itu pun jika anda sudah membuang katil yang lama. Penyewa mungkin mahukan perabut dibilik mereka jadi anda perlu mengeluarkan sedikit belanja ke atas kelengkapan perabot.
*Pengiklanan. Anda perlu memasarkan barangan atau perkhidmatan yang anda jual.
Salah satu cara ialah mencetak risalah, mengiklan produk atau perkhidmatan anda. Risalah ini boleh dimasukkan kedalam kotak surat atau diletakkan pada pengelap cermin kereta.
Risalah ini juga boleh diletakkan ditempat strategik seperti pasaraya tempatan yang popular.
Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan pekedai untuk mengambil barangan anda berdasarkan jualan atau pulangan dengan pekedai mengambil komisen bagi setiap jualan.
Untuk mendapatkan permintaan anda boleh memberikan contoh percuma kepada kilang dan pejabat.
Jika salah seorang daripada rakan saudara anda bekerja dipejabat atau kilang, anda boleh mengambilnya untuk mengawasi produk anda dan mengambil tempahan daripada anda. Sudah tentu mereka perlu diberikan ganjaran kerana membantu anda.
Apa yang boleh anda kenakan bayaran untuk produk anda bergantung kepada apa yang pelanggan anda bersedia untuk membayarnya dan apakah bayaran saingan bagi perkhidmatan atau produk yang sama.
Selepas memeriksa kesemuanya anda akan mempunyai idea apakah kadar pasaran dan lebih atau kurang yang boleh anda kenakan.
Persoalan yang seterusnya ialah bolehkah anda membuat keuntungan dengan harga itu dan berapa banyakkah jualah yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.
Anda perlu melihat kepada kosnya. Kos pula boleh dibahagikan kepada kos tetap dan kos berubah.
Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan jumlah yang anda hasilkan dimana anda perlu membayarnya malah jika anda berhenti menghasilkannya pun anda masih perlu membayarnya.
Kos berubah pula turun naik berdasarkan jumlah yang anda hasilkan, sebagai contoh ialah mengenai bahan atau ramuan yang digunakan dalam produk anda.
Anda juga perlu mengandaikan angka yang realistic daripada apa yang boleh hasilkan dan dijual dalam tahun pertama.
Hanya selepas itu anda boleh mengetahui kosnya dan apabila anda memotong daripada harga jualan yang memberikan anda margin keuntungan.
Adakah margin keuntungan cukup menarik? Bolehkah anda mencari jalan untuk mengurangkan kosnya?
Kos yang realistik akan membolehkan anda memutuskan sama ada anda boleh memperolehi keuntungan dirumah.
Untuk bekerja dan mencari wang dirumah anda juga perlu mencari pengetahuan dan iulmu kerana tanpa kedua-dua perkara ini amat mustahil untuk melaksanakan usaha anda.
Pengetahuan boleh didapati sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, daripada pergaulan. Pengetahuan juga boleh diperolehi daripada buku-buku tertentu yang khusus dalam suatu bidang kerjaya.
Meniru kejayaan dan mengikuti langkah-langkah kejayaan orang lain mungkin juga usdah menjadi perkara biasa. Pergaulan yang luas dan baik juga akan mendatangkan banyak peluang.
Fikiran yang terbuka dan sentiasa dapat menerima perkara baru yang positif juga akan mempercepatkan kejayaan. Penggunaan teknologi baru akan dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keupayaan kerja anda.
Pelbagai maklumat boleh anda dapati secara percuma melalui INTERNET. Malah banyak peluang juga boleh didapati dalam dunia maklumat yang boleh menghasilkan pulangan lumayan.
Related posts:
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
- Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
Tagged with: bekerja dari rumah • kilang • mendapatkan wang • orang gaji • pendapatan tambahan • pesara
Filed under: Tip Kekayaan
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!
Possibly related posts
Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri.
Pernahkah anda mengeluh kerana wang tidak cukup? Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan bekerja dengan manusia yang sebenarnya. Anda tahu bahawa anda perlu bekerja untuk mendapatkan wang, tetapi persoalan yang perlu di jawab adalah untuk siapa anda bekerja?
Jika bekerja makan gaji jawapannya adalah anda berkerja untuk majikan di mana majikan akan memberikan upah kepada anda setiap bulan. Upah yang diberikan pula sudah ditetapkan. Anda tahu upah anda setiap bulan, anda tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan.
Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin akan menggugat situasi anda, ini kerana mugkin juga upah yang anda perolehi tidak cukup untuk menampung faktor ini di mana anda sendiri tidak tahu jumlahnya.
Bagi mereka yang bernama majikan pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk pekerja. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada pekerja mereka. Mereka tahu setiap upah yang perlu diberikan kepada pekerja mereka sudah pun ditetapkan. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk memberikan upah kepada pekerja mereka. Faktor kecemasan dan kemalangan tidak memberikan banyak kesan kepada mereka tetapi akan memberikan banyak kesan kepada pekerja mereka. Maka sekali lagi anda yang bernama pekerja untuk majikan ini akan menerima situasi wang sentiasa tidak mencukupi.Bagi mereka yang bekerja sendiri pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut.
Oleh yang demikian fikir-fikirkan di mana situasi anda dan fikirkan kemana tujuan anda.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
- Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- bernama, kecemasan, kemalangan, mendapatkan wang, merek, upah
Kesilapan dalam pengurusan perniagaan Apabila anda menjalankan apa-apa perniagaan pun, kesilapan mudah sangat dilakukan., ini kerana anda tidak mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan sebelum ini.
Itu adalah lebih baik daripada anda tidak mencubanya langsung.
Kesilapan yang berlaku biasanya adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh mana-mana pengusaha terutama pengusaha dirumah seperti anda. Oleh yang demikian saya akan menyenaraikan beberapa kesilapan yang biasa berlaku, dan anda boleh cuba untuk mengelaknya.
Berpendapat bahawa skill yang ada tidak diperlukan langsung.
Katakan anda tidak tahu langsung tentang pengurusan rekod akaun atau katakan anda tidak tahu untuk sekurang-kurangnya mengambil pusing aliran keluar masuk wang anda.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan. Dibiarkan disini bermaksud anda tidak mahu ambil tahu perkara-perkara tersebut dengan menyerahkan perkara tersebut kepada sebagai contoh membayar kepada akauntan. Pengurusan akaun sepatutnya perlu anda ketahui, supaya anda dapat mengetahui perjalanan syarikat.
Tidak menguruskan masa.
Bekerja dari jam 9 hingga 5 adalah waktu bekerja untuk mereka yang dibayar gaji. Apabila anda menjalankan perniagaan dirumah, masa boleh jadi tidak menentu.
Tidak ada orang yang melarang anda supaya mesti bekerja dari jam 9 hingga 5.
Anda perlu menyiapkan jadual anda setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun sendiri! Pastikan jadual tersebut perlu anda ikuti dan pastikan setiap masa perlu memberikan hasil.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
- Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- kesilapan perniagaan
Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan. Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan.
Tidak kisahlah jika anda tidak mahu menggunakan surat jualan sebagai satu kaedah menjual produk, ini kerana terdapat banyak kaedah menjual diluar sana.
• Anda boleh menjual produk dengan berjalan kesetiap rumah dikawasan tempat tinggal dan mula menjual produk dengan bercakap.
• Anda boleh menyewa kedai dan tunggu pelanggan datang kekedai untuk membeli produk.
• Anda boleh menjual produk dengan berjumpa setiap orang yang lalu lalang di pasaraya besar.
• Anda boleh membuat panggilan rambang hanya untuk mendapatkan prospek.
Pilihan anda sendiri untuk memilih kaedah menjual produk. Tetapi saya lebih menggemari kaedah menjual produk menggunakan surat jualan, ini kerana saya tidak perlu berpeluh berjalan dari rumah kerumah.
• Saya hanya perlu berfikir dan menulis kemudian pos surat jualan kepada mereka.
• Saya hanya perlu berfikir dan menulis surat jualan di website dan mengiklankannya.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
- Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- lalang, lalu, menulis surat, mula, saya
Rahsia Bagaimana Menjana Pendapatan # 2 Bagaimana Buat Duit # 2
Rahsia Memenuhi Peti Surat Dengan Wang!
Mungkin anda tidak pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di rumah di mana mungkin ianya akan melebihi pendapatan atau gaji anda sekarang.
Mungkin ini adalah salah satu cara cara yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah.
Baiklah tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya.
Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak anda, apa yang penting anda mahu mempelajari cara mudah ini untuk mencari wang tambahan.
Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya, tetapi sukar bagi anda yang makan gaji.
Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya mungkin beratus-ratus tetapi saya akan menerangkan SATU KAEDAH yang paling mudah.
Rahsia Menjual Produk Atau Perkhidmatan Melalui POS.
Memang banyak sekali barang yang boleh dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian , lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer.
Tetapi saya akan menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja di sini.
Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos.
Apakah Maklumat Bercetak?
Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia. Kerana semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran, masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi .
Ianya hanya perlu ditulis kedalam bentuk menjadi seperti buku tetapi bukannya buku berhelaian 200 muka surat!
Adalah lebih elok jika anda menggunakan pendekatan mengajar seperti menulis panduan. Ia lebih di perlukan oleh orang kebanyakkan.
Untuk mendapatkan idea 'Apakah panduan yang di mahukan' anda perlu membuat kajian.
Kemudian cetak dan pos kepada mereka yang berminat dengan panduan bercetak anda! Mudah bukan!
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
- Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- buat duit, ekonomi keluarga, hanya satu, isu semasa, macam macam, peti surat
Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.
Jika di berikan peluang berniaga 10 tahun yang lepas saya akan memilih untuk menjalankan perniagaan menjual produk maklumat, ini disebabkan oleh beberapa kelebihan berikut :
(1.) Buat sekali untung sampai bila-bila.
Dari pemerhatian saya, produk yang dihasilkan sekali sahaja tetapi untungnya diperolehi sampai bila-bila merupakan perusahaan yang sangat menguntungkan. Bayangkan anda hanya perlu menyediakan produk sekali sahaja kemudian dapatkan keuntungan berterusan.
Penghasilan dan penjualan produk maklumat seperti buku adalah contoh yang paling mudah untuk mencapai maksud ini. Buku di tulis sekali sahaja kemudian di pasarkan dan penulis hanya perlu menunggu duit royalti.
(2.) Kebebasan masa kerana boleh di jalankan dari rumah.
Ya, penerbitan produk maklumat ini boleh di jalankan daripada rumah. Apa yang penting adalah hasil karya produk maklumat itu mempunyai permintaan dan ianya dapat di sampaikan kepada pelanggan.
Seperti yang telah anda maklum maklumat dapat di sampaikan kedalam bentuk tulisan, gambar dan audio.
Maksudnya adalah maklumat yang di hasilkan boleh jadi buku, e-book, video dan juga mp3. Ini membolehkan proses penghasilannya hampir tidak memerlukan material yang memerlukan anda membuka sebuah kilang ataupun kedai.
(3.) Tentukan sendiri harga dan keuntungannya.
Produk maklumat yang anda hasilkan adalah produk anda sendiri. Maksudnya anda sendiri yang menentukan harga dan keuntungannya. Jika dikira kos pengeluarannya adalah tidak mahal mana.
Buat pengetahuan anda penghasilan produk maklumat ini memerlukan modal idea yang besar berbanding wang. Idea ini yang akan anda tukar menjadi wang, anda perlu faham konsep ini.
NOTA: Tiga kelebihan yang saya jelaskan di atas adalah sebahagian sahaja yang akan anda perolehi jika mengusahakan perniagaan produk maklumat. Hakikatnya banyak lagi kelebihan, anda cuba dan anda akan merasainya.
Mengikut pemerhatian saya tidak ramai yang mahu menjalankan perusahaan produk maklumat ini. Mungkin mereka berpendapat mereka tidak mempunyai kemahiran dan bakat dalam penghasilan produk maklumat lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penulisan. Bakat dan kemahiran bukannya datang dengan sendiri, ia perlu di asah dengan mencuba dan berusaha.
Pegang prinsip ini, biar kalah jangan gagal. Maksudnya adalah anda perlu berusaha sehingga berjaya walaupun anda kalah dalam pertandingan. Lebih baik kalah daripada anda gagal melakukan sesuatu.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
- Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- kilang, peluang berniaga, perniagaan, produk maklumat, sahaja, sampaikan




Leave a Reply