Mengamalkan tabiat berjimat cermat


Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya.

Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.

Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.

Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.

Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan.

Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.

Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.

- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

Related posts:

  1. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
  2. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 4 Sistem Fertigasi, Sistem Buat Duit Dari Laman Rumah. Ramai orang...
  3. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Adakah anda...
  4. Rahsia menjana kekayaan dari rumah # 6 BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BERKERJA HANYA...
  5. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...

Tagged with:

Filed under: Tip Kekayaan

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!

Possibly related posts

  • Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu.
  • Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu.

    Adakah anda tahu bahawa dalam diri anda terdapat satu kuasa di mana kuasa tersebut dapat menggerakkan anda daripada melakukan sesuatu perkara tanpa perlu berfikir untuk melakukannya?

    Menggosok gigi merupakan salah satu contoh bagaimana kuasa ini boleh menggerakkan anda daripada tidak berfikir tentangnya. Apabila anda bangun pagi anda akan terus pergi ke bilik air basuh muka, mengambil berus gigi dan menggosok gigi anda. Setuju?

    Kuasa ini yang sebenarnya di kenali dengan tabiat, di mana pada permulaannya anda perlu melalukannya berulang kali. Persoalannya bagaimana anda boleh menggunakan konsep tabiat ini dalam menjana kekayaan? Bayangkan jika anda mempunyai tabiat menyimpan. Setiap hari anda akan menyimpan RM1. Jika ianya di lakukan berterusan tanpa gagal untuk menyimpan, sebulan anda akan memperolehi RM30. Bayangkan jika tabiat menyimpan ini di teruskan sehingga 30 tahun…berapakah jumlah simpanan anda.

    Mungkin ketika ini anda sudah memahami serba sedikit konsep penggunaan tabiat dalam menjana kekayaan.

    Berikut adalah beberapa tabiat yang di gunakan oleh orang kaya menjana kekayaan mereka :

    Tabiat # 1 : Tabiat menyimpan.

    Seperti yang anda tahu menyimpan merupakan kunci kepada kekayaan. Jika anda masih tidak mempunyai tabiat untuk menyimpan, sukar untuk anda bergelar orang kaya.

    Tabiat # 2 : Tabiat tidak boros dalam berbelanja.

    Perlu di ingat untuk menjadi orang kaya anda perlu bijak membezakan keperluan dengan kehendak. Orang kaya mempunyai tabiat membeli jika perlu sahaja, berbeza dengan orang biasa yang mempunyai tabiat melebihi kehendak dimana kehendak merupakan kunci kepada kehilangan wang anda.

    Tabiat # 3 : Tabiat merekod keluar masuk duit.

    Jika anda susah sangat untuk merekod aliran keluar dan masuk wang anda, simpan resit atau bil yang di terima. Hujung bulan anda perlu membuat semakan terhadap resit atau bil-bil tersebut. Kira wang yang masuk dan wang yang keluar. Rekod perbelanjaan yang menggunakan wang yang banyak dan cuba untuk mengelakkan daripada terlebih belanja untuk keperluan tersebut.

    Walaupun anda melihat tabiat-tabiat yang saya jelaskan di atas merupakan perkara yang sudah anda tahu, persoalannya adalah adakah anda mempunyai tabiat ini? Wujudkan tabiat asas ini dalam kehidupan anda dan lihat perbezaannya…

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
    2. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 4 Sistem Fertigasi, Sistem Buat Duit Dari Laman Rumah. Ramai orang...
    3. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Adakah anda...
    4. Rahsia menjana kekayaan dari rumah # 6 BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BERKERJA HANYA...
    5. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...

  • amalan harian, berus gigi, bil bil, orang kaya, tabiat, wang yang
  • Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3
  • Menambahkan Pendapatan


    Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar mana.

    Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan perkara tersebut dengan baik.

    Setiap orang mempuinyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil.

    Kebolehan menzahirkan bakat ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.

    Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan.

    Banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.

    Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau computer.

    Sekiranya anda minat berkebun, cuba manfaatkan hobi anda dengan menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti membuat landskap, menjual sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, benih apa yang penting anda perlu mendapatkan keuntungan darinya.

    Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa dengan orang ramai, anda mungkin boleh menjual sesuatu.

    Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, mengajar atau menjual insuran.

    Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh mengajarnya kepada orang lain tidak kiralah sama ada ianya dilakukan secara bebas atau secara formal.

    Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh mencari kerja 'part time' Syarikat-syarikat yang berkait dengan hobi dan minat anda.

    Asasnya, anda hanya akan berjaya pada jika melakukan kerja-kerja yang anda suka, di mana ia menggunakan bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang menguntungkan.

    Ramai orang yang berfikir bahawa hanya sesetengah industri atau sektor sahaja yang akan memberikan keuntungan tetapi yang sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja bidang.

    Ini telah dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang berlainan bidang dan juga dari sektor yang tidak popular.

    Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.

    Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja.

    Ini biasa berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.

    Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang pernah kita fikirkan dahulu.

    Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti.

    Lupakan masalah seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda separuh sedar anda sebelum ini.

    Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain.

    Penulis juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah, zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.

    Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah.

    Kita juga harus bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji setiap kebaikan dan keburukan.

    Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh dilakukan.

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
    2. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 4 Sistem Fertigasi, Sistem Buat Duit Dari Laman Rumah. Ramai orang...
    3. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Adakah anda...
    4. Rahsia menjana kekayaan dari rumah # 6 BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BERKERJA HANYA...
    5. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...

  • Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah
  • Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.
  • Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.

    Jika di berikan peluang berniaga 10 tahun yang lepas saya akan memilih untuk menjalankan perniagaan menjual produk maklumat, ini disebabkan oleh beberapa kelebihan berikut :

    (1.)    Buat sekali untung sampai bila-bila.

    Dari pemerhatian saya, produk yang dihasilkan sekali sahaja tetapi untungnya diperolehi sampai bila-bila merupakan perusahaan yang sangat menguntungkan. Bayangkan anda hanya perlu menyediakan produk sekali sahaja kemudian dapatkan keuntungan berterusan.

    Penghasilan dan penjualan produk maklumat seperti buku adalah contoh yang paling mudah untuk mencapai maksud ini. Buku di tulis sekali sahaja kemudian di pasarkan dan penulis hanya perlu menunggu duit royalti.

    (2.)    Kebebasan masa kerana boleh di jalankan dari rumah.

    Ya, penerbitan produk maklumat ini boleh di jalankan daripada rumah. Apa yang penting adalah hasil karya produk maklumat itu mempunyai permintaan dan ianya dapat di sampaikan kepada pelanggan.

    Seperti yang telah anda maklum maklumat dapat di sampaikan kedalam bentuk tulisan, gambar dan audio.

    Maksudnya adalah maklumat yang di hasilkan boleh jadi buku, e-book, video dan juga mp3. Ini membolehkan proses penghasilannya hampir tidak memerlukan material yang memerlukan anda membuka sebuah kilang ataupun kedai.

    (3.)    Tentukan sendiri harga dan keuntungannya.

    Produk maklumat yang anda hasilkan adalah produk anda sendiri. Maksudnya anda sendiri yang menentukan harga dan keuntungannya. Jika dikira kos pengeluarannya adalah tidak mahal mana.

    Buat pengetahuan anda penghasilan produk maklumat ini memerlukan modal idea yang besar berbanding wang. Idea ini yang akan anda tukar menjadi wang, anda perlu faham konsep ini.

    NOTA: Tiga kelebihan yang saya jelaskan di atas adalah sebahagian sahaja yang akan anda perolehi jika mengusahakan perniagaan produk maklumat. Hakikatnya banyak lagi kelebihan, anda cuba dan anda akan merasainya.

    Mengikut pemerhatian saya tidak ramai yang mahu menjalankan perusahaan produk maklumat ini. Mungkin mereka berpendapat mereka tidak mempunyai kemahiran dan bakat dalam penghasilan produk maklumat lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penulisan. Bakat dan kemahiran bukannya datang dengan sendiri, ia perlu di asah dengan mencuba dan berusaha.

    Pegang prinsip ini, biar kalah jangan gagal. Maksudnya adalah anda perlu berusaha sehingga berjaya walaupun anda kalah dalam pertandingan. Lebih baik kalah daripada anda gagal melakukan sesuatu.

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
    2. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 4 Sistem Fertigasi, Sistem Buat Duit Dari Laman Rumah. Ramai orang...
    3. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Adakah anda...
    4. Rahsia menjana kekayaan dari rumah # 6 BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BERKERJA HANYA...
    5. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...

  • kilang, peluang berniaga, perniagaan, produk maklumat, sahaja, sampaikan
  • Rahsia Bagaimana Menjana Pendapatan # 2
  • Bagaimana Buat Duit # 2

    Rahsia Memenuhi Peti Surat Dengan Wang!

    Mungkin anda tidak pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di rumah di mana mungkin ianya akan melebihi pendapatan atau gaji anda sekarang.

    Mungkin ini adalah salah satu cara cara yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah.

    Baiklah tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya.

    Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak anda, apa yang penting anda mahu mempelajari cara mudah ini untuk mencari wang tambahan.

    Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya, tetapi sukar bagi anda yang makan gaji.

    Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya mungkin beratus-ratus tetapi saya akan menerangkan SATU KAEDAH yang paling mudah.

    Rahsia Menjual Produk Atau Perkhidmatan Melalui POS.

    Memang banyak sekali barang yang boleh dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian , lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer.

    Tetapi saya akan menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja di sini.

    Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos.

    Apakah Maklumat Bercetak?

    Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia. Kerana semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran, masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi .

    Ianya hanya perlu ditulis kedalam bentuk menjadi seperti buku tetapi bukannya buku berhelaian 200 muka surat!

    Adalah lebih elok jika anda menggunakan pendekatan mengajar seperti menulis panduan. Ia lebih di perlukan oleh orang kebanyakkan.

    Untuk mendapatkan idea 'Apakah panduan yang di mahukan' anda perlu membuat kajian.

    Kemudian cetak dan pos kepada mereka yang berminat dengan panduan bercetak anda! Mudah bukan!

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
    2. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 4 Sistem Fertigasi, Sistem Buat Duit Dari Laman Rumah. Ramai orang...
    3. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Adakah anda...
    4. Rahsia menjana kekayaan dari rumah # 6 BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BERKERJA HANYA...
    5. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...

  • buat duit, ekonomi keluarga, hanya satu, isu semasa, macam macam, peti surat
  • Rahsia menjana wang di internet.
  • Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend untuk menambah pendapatan.

    Ada dikalangan mereka ini telah menjadikan ianya sumber pendapatan utama-residual income. Bagi saya tidak mustahil untuk mencapai matlamat ini, asalkan anda mempunyai pengetahuan dan bijak mencari peluang.

    Ingin saya tegaskan disini, perkara utama yang perlu ada untuk menjana wang di internet ini adalah 'ILMU'. Ilmu untuk menjana pendapatan di internet boleh anda perolehi dengan mudah asalkan ada kemahuan.

    Di sini saya akan jelaskan beberapa kaedah dan peluang bagaimana untuk menjana wang di internet.

    • Menjual produk/barang di internet.
    • Menjana wang di internet cara ini lebih kurang sama dengan menjalankan perniagaan offline iaitu menjual produk. Tidak kiralah samaada produk yang dijual itu boleh dipegang (tangible) ataupun tidak boleh dipegang (intangible). Pokoknya internet akan menjadi medium supaya anda dapat memasarkan produk anda dan internet akan menjadi medium untuk membuat dan menerima tempahan. Contohnya dengan menulis dan menjual produk maklumat. Walapun begitu untuk menjana wang di internet cara ini anda perlu pandai menulis.
    • Menjadi ejen atau wakil penjual atau affiliate.
    • Menjadi ejen atau wakil penjual produk di internet adalah satu lagi peluang untuk anda menjana wang di internet. Anda tidak perlu mempunyai produk untuk dihasilkan, tugas anda hanya perlu membuat promosi kepada produk tersebut. Biasanya anda akan mendapat bayaran setelah produk itu dibeli. Apa yang pasti ianya dilakukan dalam talian (internet). Di internet terdapat banyak program affiliate yang boleh anda cuba.
    • PPC - Iklankan produk.
    • Pay Per Click. Menjana wang di internet cara ini lebih menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai trafik yang agak tinggi. Google Adsense adalah salah satu program yang menggunakan pendekatan kaedah perniagaan jenis ini. Anda hanya perlu mengiklankan produk mereka dengan meletakkan kod nya sahaja, yang lain-lainnya akan diuruskan oleh syarikat ini. Setiap iklan yang dipaparkan dan mendapat klik, akan diberikan komisen.
    • Menyediakan servis.
    • Sebagai contoh menyewa webhosting. Servis ini disediakan bagi tujuan menyediakan tapak web dimana bayaran akan dikenakan setiap tahun. Anda boleh menjadikan modul perniagaan jenis ini jika mempunyai ilmu berkaitan server. Tidak ramai yang mengusahakan bisnes jenis ini. Jika anda mempunyai idea untuk menyediakan servis secara online mengapa tidak lakukanya nya sahaja di internet?
    • Forex trading.
    • Satu lagi peluang menjana pendapatan di internet. Ianya agak berisiko, tetapi mampu memberikan pendapatan lumayan kepada anda. Anda hanya perlu membuka keahlian dan mulakan kerja trading anda.

    Sebenarnya banyak lagi peluang menjana pendapatan di internet tetapi bagi saya peluang yang saya berikan yang menjadi tumpuan.

    Saya harap ilmu yang diberikan akan menjadi panduan kepada anda.

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 3 Menambahkan Pendapatan Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan...
    2. Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 4 Sistem Fertigasi, Sistem Buat Duit Dari Laman Rumah. Ramai orang...
    3. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu. Adakah anda...
    4. Rahsia menjana kekayaan dari rumah # 6 BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BERKERJA HANYA...
    5. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...

  • google adsense, internet adalah, menambah pendapatan, perniagaan, produk maklumat, rahsia menjana wang di internet