Penetapan matlamat.
Penetapan matlamat.
Asas kepada penetapan matlamat merupakan antara rahsia yang di pegang oleh kebanyakkan atlet yang berjaya dan juga kebanyakkan usahawan-usahawan yang berjaya.
Pokoknya adalah mereka yang berjaya menggunakan penetapan matlamat sebagai asas kepada kejayaan mereka.
Fungsinya sebagai bantuan kepada proses penyediaan pengetahuan dan bantuan terhadap perancangan yang perlu di buat berkaitan masa yang perlu di ambil dan sumber-sumber lain yang di perlukan.
Dengan mendapatkan gambaran yang jelas tentang matlamat jangka pendek dan sasaran terhadap matlamat jangka panjang akan membantu anda mengukur tahap kemajuan dan kepuasan peribadi akan anda perolehi setelah matlamat tersebut berjaya di capai.
Dengan melihat tahap kemajuan, anda juga akan beroleh langkah-langkah penyelesaian terhadap masalah-masalah yang mungkin wujud dan ini akan membantu anda menghapuskan perasaan tidak yakin dalam memperolehi kejayaan kepada matlamat anda.
Faktor keyakinan diri juga mendorong ke arah kepada pencapaian matlamat yang berjaya.
Asas kepada penetapan matlamat adalah dengan membuat keputusan apa yang anda mahu lakukan dalam kehidupan ini di mana ianya telah di rencanakan dalam bentuk matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.
Kemudian pecahkan matlamat-matlamat tersebut menjadi kecil supaya ianya mudah untuk di capai. Sekali anda telah menyenaraikan matlamat-matlamat anda, masa anda akan menjadi lebih terurus. Percayalah…
Salah satu cara yang di rasakan sesuai adalah dengan menyenaraikan matlamat-matlamat tersebut kedalam satu jadual harian dan mingguan.
Dengan menggunakan cara ini anda akan sentiasa berada di landasan yang betul dalam mencapai matlamat anda.
Setiap hari anda akan merasakan bahawa hari yang anda lalui telah di penuhi dengan matlamat.
Karier hanya boleh di capai melalui pengurusan masa yang baik.
Gagal dalam membentuk karier sering kali dihubungkan dengan kegagalan pengurusan waktu yang tidak baik.
Pembentukan karier memerlukan banyak pengorbanan dari orang perseorangan di mana ianya sering kali menghasilkan karier kehidupan setiap individu itu.
Rancang dan rencanakan sejauh manakah anda mahu kan dalam pembinaan karier anda sendiri.
Pendidikan adalah kunci dalam mencapai matlamat.
Jika matlamat memerlukan untuk anda memiliki segulung diploma atau ijazah untuk mencapainya, maka anda anda perlu merancang dan merencanakan untuk mendapat pendidikan yang sesuai.
Aspek kekeluargaan tidak harus di abaikan dalam perancangan matlamat anda.
Jika anda baru sahaja mahu merencanakan matlamat, jelaskan dalam matlamat anda bila dan bagaimana keadaanya anda bekeluarga.
Jelaskan keadaannya bagaimana anda boleh mengeratkan silaturahim anda keluarga.
Situasi kewangan peribadi juga memainkan peranan utama dalam mencapai matlamat.
Mempunyai matlamat yang boleh di capai dalam menetpakan berapakah pendapatan yang anda mahukan.
Anda juga perlu merancang dan merencanakan bilakah masanya pendapatan yang anda mahukn boleh di capai.
Selalu meninjau rencana-rencana anda dan bersiap-siap menghadapi ketidaktentuan-ketidaktentuan.
Dasar penetapan matlamat adalah tidak sukar untuk di lakukan hanya jika anda telah berjaya membiasakan diri dengannya.
Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda....
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
- Rahsia Kejayaan # 2 Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan! Perkara...
Tagged with: karier • keyakinan diri • membuat keputusan • pengurusan masa yang baik • percayalah • usahawan yang berjaya
Filed under: Tip Kekayaan
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!
Possibly related posts
Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya.
Jika anda masih tidak kaya walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun, ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.
Cuba jawab pertanyaan ini dengan jujur. Apakah matlamat anda dalam bulan ini? Jika anda dapat memberikan sekurang-kurangnya 1 jawapan, maka anda bolehlah di golongkan ke dalam golongan orang yang berjaya…tetapi jika anda tidak dapat menjawab, jelaslah anda perlukan bantuan.
Mengikut kajian, matlamat merupakan perkara terpenting dalam menjana kejayaan dan kekayaan, tanpa matlamat ibarat kapal tanpa pengemudi, dimana kapal itu akan hanyut di bawa ombak yang tidak tahu akan nasibnya.
Dalam kehidupan anda memerlukan matlamat. Matlamat mahu bekerja makan gaji selama 3 tahun sahaja. Matlamat mahu menyimpan duit 10,000.00 setelah 3 tahun bekerja. Matlamat mempunyai perniagaan sendiri dengan modal permulaan RM10,000.00.
Matlamat yang akan menentukan hala tuju kehidupan anda. Mungkin kini anda mulai sedar mengapa sehingga kini walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun anda masih belum kaya. Matlamat perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa tindakan matlamat hanya tinggal matlamat. Untuk membuat tindakan daripada matlamat yang telah di tetapkan penggunaan kuasa minda sangat-sangat membantu.
Saya telah menyediakan panduan untuk anda di mana saya telah menjelaskan asas kejayaan dan kekayaan ini di dalam buku “Formula IBC”.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda....
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
- Rahsia Kejayaan # 2 Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan! Perkara...
- hanyut, kapal, kejayaan, mahu, ombak, perniagaan
Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda.
Punca pertama yang mempengaruhi kejayaan seseorang itu adalah berkenaan dengan keadaan, perkara dan orang yang berada disekelilingnya.Jika anda ingin memperbaiki kewangan anda atau matlamat hidup anda, anda mesti menjauhi keadaan sekitar yang buruk atau yang akan menjejaskan tindakan anda untuk mencapai matlamat anda itu.
Contohnya, jika anda sentiasa suka bergaul dengan rakan-rakan yang suka berpoya-poya dan tidak mementingkan kehidupan dan kewangan, lama-kelamaan tanpa anda sedari anda akan berperangai seperti mereka juga.
Ini adalah sifat semulajadi manusia yang suka mengikut apa yang dilakukan oleh orangorang disekelilingnya jika sentiasa bersama mereka, dan juga disebabkan oleh pemikiran otak anda yang telah masak atau lali dengan apa yang anda lakukan selama ini.
Bukannya anda tidak boleh berkawan, tetapi bercampurlah dengan mereka yang selalu menghargai masa, hidup dan kerjaya serta seterusnya gunakanlah masa yang minima untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan yang mempunyai pengaruh buruk terhadap anda jika mereka masih mencari anda.
Jika anda selalu dan cuba mengelakkan diri daripada mereka pasti lama-kelamaan mereka juga akan menjauhi anda.
Anda perlu mencari peluang untuk mendekati orang-orang yang telah berjaya menceburi bidang yang sama dengan anda dan lihatlah bagaimana mereka berjaya.
Biarlah mereka mempengaruhi anda supaya anda akan berjaya seperti mereka. Apa yang penting ialah dengan siapa anda ingin bersama?
Jika anda bersama yang baik, anda pasti di pengaruhi kebaikan dan pasti akan menjadi semakin baik, semakin cemerlang dalam hidup.
Jika anda ingin bersama yang buruk, anda pasti akan dipengaruhi keburukan dan anda pasti akan gagal dalam hidup.
Apabila anda berbual dengan orang yang gagal, mereka akan menceritakan kegagalan mereka dan bagaimana mengurangkan kesedihan tetapi bukannya cara bagaimana hendak mengatasi kegagalan yang dialami.
Jika anda seorang pelajar, menghampiri pelajar-pelajar yang berkeputusan teruk hanya akan menyebabkan anda lebih pandai untuk mencari hiburan dan bagaimana bersekumpulan dengan mereka.
Oleh itu janganlah memandang ringan pengaruh sekitar anda. Pilihlah suasana yang betul yang patut anda berada dan ikuti, bukannya hanya mengikut kesukaan sahaja.
Tanyalah diri anda sendiri, adakah anda merasa MESTI BERJAYA atau anda FIKIR berjaya sahaja?
Jikalau anda membuat keputusan MESTI BERJAYA! Janganlah beri sebarang alasan lagi kepada diri anda!
Buatlah pilihan yang bijak sekarang untuk kecermerlangan hidup anda yang orang lain hanya boleh mengimpikannya sahaja!
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda....
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
- Rahsia Kejayaan # 2 Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan! Perkara...
- gagal, kerjaya, kesedihan, menghargai masa, poya, rakan
4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian.
Kunci pertama untuk mencapai kejayaan dan kebahagian adalah sihat sepanjang masa dan sentiasa bertenaga.
Bagaimana kita boleh bekerja mencari wang untuk makan jika kita tidak mampu atau tidak boleh bekerja kerana sentiasa sakit. Sekarang ini dunia perubatan telah mengalami satu fenomena dimana banyak Syarikat yang berlumba menghasilkan ubat yang mampu memberikan kesihatan dan tenaga. Disebabkan kepesatan dan persaingan ini, kos ubat-ubatan tidak memberikan kesan kepada kita untuk mendapatkannya.
Oleh yang demikian kemahuan untuk sihat sepanjang masa dan sentiasa bertenaga perlu diadakan dalam jadual perjalanan kehidupan.
Kunci kedua untuk mencapai kejayaan dan kebahagian adalah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan masyarakat. 85% kebahagian datang daripada kualiti perhubungan yang berjaya di jalinkan antara kita dengan keluarga kita dan kita dengan masyarakat. Ahmad mungkin mendapat diskaun terhadap kereta yang mahu dibelinya jika Ahmad menegenali dan mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus Syarikat tersebut. Oleh yang demikian kemahuan untuk mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang perlulah diwujudkan dalam diri kita.
Lakukan perkara yang anda suka menjadi kunci kepada kejayaan dan kebahagian yang ketiga. Mengikut kajian 99% pekerja yang bekerja makan gaji, tidak menyukai pekerjaan yang dilakukan setiap hari. Mereka ini menghabiskan masa setiap jam dan setiap hari melakukan perkara yang mereka tidak suka dan berharap mereka boleh menjadi kaya. Fakta menyatakan bahawa seseorang itu boleh berjaya apabila mereka menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Kunci kejayaan dan kebahagian yang keempat adalah kebebasan kewangan. Jika duit tidak menjadi masalah kepada kita, saya yakin tidak akan ada orang yang menjadi gila kerana hidup dalam tekanan kerana sering dikejar oleh ceti disebabkan tidak mampu membayar hutang.
Jika duit tidak menjadi masalah kepada kita, saya yakin tidak akan ada kes rompakan hanya kerana mahu menjadi kaya dengan cara cepat hasil wang rompakan.
Pokoknya duit hanyalah alat untuk mendapatkan sesuatu. Perlu kita sematkan kedalam fikiran kita bahawa duit ini adalah perantara untuk kita mendapatkan sesuatu barangan.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda....
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
- Rahsia Kejayaan # 2 Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan! Perkara...
- kebebasan kewangan, kualiti, perubatan, sihat, tidak akan, ubat ubatan
Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend untuk menambah pendapatan.
Ada dikalangan mereka ini telah menjadikan ianya sumber pendapatan utama-residual income. Bagi saya tidak mustahil untuk mencapai matlamat ini, asalkan anda mempunyai pengetahuan dan bijak mencari peluang.
Ingin saya tegaskan disini, perkara utama yang perlu ada untuk menjana wang di internet ini adalah 'ILMU'. Ilmu untuk menjana pendapatan di internet boleh anda perolehi dengan mudah asalkan ada kemahuan.
Di sini saya akan jelaskan beberapa kaedah dan peluang bagaimana untuk menjana wang di internet.
- Menjual produk/barang di internet.
- Menjana wang di internet cara ini lebih kurang sama dengan menjalankan perniagaan offline iaitu menjual produk. Tidak kiralah samaada produk yang dijual itu boleh dipegang (tangible) ataupun tidak boleh dipegang (intangible). Pokoknya internet akan menjadi medium supaya anda dapat memasarkan produk anda dan internet akan menjadi medium untuk membuat dan menerima tempahan. Contohnya dengan menulis dan menjual produk maklumat. Walapun begitu untuk menjana wang di internet cara ini anda perlu pandai menulis.
- Menjadi ejen atau wakil penjual atau affiliate.
- Menjadi ejen atau wakil penjual produk di internet adalah satu lagi peluang untuk anda menjana wang di internet. Anda tidak perlu mempunyai produk untuk dihasilkan, tugas anda hanya perlu membuat promosi kepada produk tersebut. Biasanya anda akan mendapat bayaran setelah produk itu dibeli. Apa yang pasti ianya dilakukan dalam talian (internet). Di internet terdapat banyak program affiliate yang boleh anda cuba.
- PPC - Iklankan produk.
- Pay Per Click. Menjana wang di internet cara ini lebih menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai trafik yang agak tinggi. Google Adsense adalah salah satu program yang menggunakan pendekatan kaedah perniagaan jenis ini. Anda hanya perlu mengiklankan produk mereka dengan meletakkan kod nya sahaja, yang lain-lainnya akan diuruskan oleh syarikat ini. Setiap iklan yang dipaparkan dan mendapat klik, akan diberikan komisen.
- Menyediakan servis.
- Sebagai contoh menyewa webhosting. Servis ini disediakan bagi tujuan menyediakan tapak web dimana bayaran akan dikenakan setiap tahun. Anda boleh menjadikan modul perniagaan jenis ini jika mempunyai ilmu berkaitan server. Tidak ramai yang mengusahakan bisnes jenis ini. Jika anda mempunyai idea untuk menyediakan servis secara online mengapa tidak lakukanya nya sahaja di internet?
- Forex trading.
- Satu lagi peluang menjana pendapatan di internet. Ianya agak berisiko, tetapi mampu memberikan pendapatan lumayan kepada anda. Anda hanya perlu membuka keahlian dan mulakan kerja trading anda.
Sebenarnya banyak lagi peluang menjana pendapatan di internet tetapi bagi saya peluang yang saya berikan yang menjadi tumpuan.
Saya harap ilmu yang diberikan akan menjadi panduan kepada anda.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda....
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
- Rahsia Kejayaan # 2 Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan! Perkara...
- google adsense, internet adalah, menambah pendapatan, perniagaan, produk maklumat, rahsia menjana wang di internet
Rahsia Kejayaan # 2 Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan!
Perkara yang seterusnya yang perlu diberikan perhatian adalah cara anda membuat keputusan atas sesuatu perkara.Ramai yang tidak berani membuat keputusan sendiri dan sentiasa bergantung kepada pendapat orang lain.
Oleh itu mereka selalu menjadi mangsa kepada pemikiran orang lain dan apa yang dilakukan bukan mengikut kehendak sendiri tetapi untuk memenuhi pendapat orang lain supaya mereka mempersetujui tindakannya.
Mereka tidak berani melakukan rancangan mereka sendiri apabila diketawakan oleh rakan-rakan dan saudara mara.
Satu rahsia untuk mengatasi masalah anda ialah jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingin tetapi fokuskan fikiran anda keatas perkara yang betul-betul menjadi keinginan anda.
Jangan membenarkan pemikiran orang lain menguasai pemikiran anda sendiri, jangan terlalu fikirkan ketidak setujuan atau penghinaan orang lain jika tidak memberi pengajaran yang baik terhadap rancangan anda itu.
Percayalah pada diri anda sendiri dan terus lakukan seperti apa yang ingin anda lakukan.
Jika anda sentiasa mementingkan kata-kata orang lain yang tidak sama dengan perancangan anda pasti anda akan terasa seperti terkurung dalam sebuah bilik yang terkunci, kearah manapun anda pergi pasti anda tidak akan dapat cari jalan keluar.
Dengan itu anda tidak mungkin akan mendapat pengalaman baru dari luar dan tidak akan dapat membuat sebarang perubahan terhadap diri dan hidup anda.
Anda akan hidup dalam blik yang dihadkan keluasannya oleh orang lain, mungkin untuk seumur hidup anda.
Selalulah berfikir secara serius dan ketahui apa yang betul-betul anda inginkan dalam hidup anda.Jika anda mempunyai fikiran yang tidak tentu arah, anda pasti akan menjadi keliru dalam kehidupan anda dan tidak tahu apa yang harus dan patut dilakukan.
Sikap sentiasa berfikir apa yang ingin anda lakukan dan apa yang tidak ingin anda lakukan akan menjadikan anda berfikiran positif dan bertindak dengan disipllin terhadap rancangan yang anda rancangkan.
Oleh yang demikian jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingini seperti :
- “Saya tidak mahu miskin” tetapi ubahlah untuk berfikir kepada “Saya mesti memperbaiki kewangan Saya”
- “Saya tidak mahu berhutang” tetapi berfikirlah “Saya mesti rajin untuk mencari lebih wang”
- “Saya tidak mahu sakit” tetapi fikirlah bahawa “Saya mesti rajin bersenam setiap hari” sebab apa yang anda fikirkan akan menjadi apa yang anda aan dapat akhirnya.
Jika anda fikirkan perkara yang anda tidak mahu, maka anda akan mendapat perkara yang anda tidak mahu itu.
Oleh yang demikian anda perlu fikir apa yang anda inginkan bukannya memikirkan perkara yang tidak anda ingini.
Kesimpulan, anda perlu mengetahui bagaimana mengarahkan fikiran anda kepada tindakan-tindakan yang sesuai dengan kebolehan, kemahiran dan bakat anda.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Kejayaan # 1 Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda....
- Makan gaji atau kerja sendiri. Makan gaji atau kerja sendiri. Pernahkah anda mengeluh kerana wang...
- 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. 4 kunci kepada kejayaan dan kebahagian. Kunci pertama untuk mencapai...
- Rahsia Kejayaan # 2 Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan! Perkara...
- keliru, pengalaman, percayalah, rakan, sikap, tidak akan




Terima kasih kerana memberi tips dan panduan matlamat ini. Ia akan membantu orang lain yang masih belum mengetahui cara bagaimana untuk menetapkan matlamat dengan betul.