affiliate-making-money Menghasil dan menjual produk maklumat.

Menulis buku dan menerbitkannya sendiri merupakan peluang yang perlu kita ambil. Ia mudah dijalankan, tidak memerlukan kos yang besar. Idea, komitmen dan masa merupakan modal yang perlu kita adakan.

Seperti yang anda tahu, komputer dan pengetahuan asas menggunakan microsoft word sudah mencukupi untuk menjalankan perniagaan ini. Menulis buku bukanlah susah sangat asalkan ada kemahuan disitu ada jalan.

Mengapa memilih produk maklumat.?

Saya pada mulanya tidak berapa minat dengan penulisan. Saya merasakan penulisan ini sesuatu yang sukar.

Saya juga pada mulanya tidak suka membaca, tetapi pada ketika ini hampir setiap bulan saya membeli satu buku untuk menambah pengetahuan dan rujukan. Maknanya disini sikap seseorang itu boleh diubah dan berubah. Pokoknya adalah bermula daripada apa yang difikirkan.

Jika anda berfikir untuk mengubah sikap, pasti sikap itu boleh diubah. Jika anda berfikir untuk mahu membaca, pasti anda akan membaca. Jika anda berfikir untuk menulis, pasti anda akan menulis.

Diatas desakan kehidupan saya tiada pilihan lain. Pendapatan dari kerja makan gaji setakat cukup makan sahaja. Modal permulaan menjalankan perniagaan yang besar membebankan saya, tiada kemahiran tentang perniagaan yang mahu dijalankan menambah kekusutan.

Apa pilihan yang saya ada?

Mujurlah seorang kawan memberikan idea kepada saya supaya menjalankan perniagaan penulisan dan terbit sendiri. Pada mulanya saya hanya ikut-ikut tetapi lama kelamaan saya sudah mendapat arah kemana nak saya tuju dalam penulisan ini.

Ramai orang beranggapan bahawa kerjaya penulisan ini tidak kemana. Ramai yang beranggapan kerjaya penulisan ini tidak memberikan pendapatan lumayan.

Saya pada mulanya juga beranggapan demikian. Seperti yang telah saya jelaskan apa pilihan yang saya ada?

Di negara barat penulisan merupakan kerjaya yang mendapat pilihan dan disanjung penulisnya. Ramai penulis yang menjana pendapatan ratusan ribu ringgit setahun. Ramai yang sudah menjadi jutawan hanya menulis buku.

Di negara kita juga tidak kurang hebatnya. Saudara Azizi Ali pada ketika ini sedang membina empayar penerbitannya sendiri hasil dari penulisan buku dengan kaedah tulis dan terbit sendiri.

Bayangkan jika bukunya dijual dengan harga RM 35.00 senaskah, bayangkan pula jika satu tajuk daripada buku yang ditulis dijual hampir 30,000 naskah, berapa agaknya jumlah pendapatannya.

Chef Li yang terkenal dengan kursus masakan pada ketika ini sedang menulis buku. Apakah yang membuatkan beliau terus menulis, sedangkan beliau sendiri sudah mempunyai pendapatan lumayan daripada kursus yang dijalankan.

Buat sekali untung sampai bila-bila.

Apakah perniagaan yang boleh dibuat sekali tetapi untungnya sampai bila-bila?

Menghasilkan lirik dan lagu merupakan contoh daripada pendapatan pasif ini. Walaupun lagu yang dihasilkan oleh Allahyarham P.Ramlee sudah menjangkau lebih daripada 30 tahun tetapi lagu beliau masih lagi kedengaran dan mendapat sambutan.

Syarikat rakaman tahu peluang menjana pendapatan ini. Mereka menjual lagu beliau dan jana pendapatan dengan kos yang agak sedikit.

Menulis dan menerbitkan buku menggunakan konsep yang sama.

Si penulis hanya perlu menulis sekali tetapi terbitan terhadap buku tersebut dapat di buat berkali-kali. Oleh yang demikian, pada pendapat saya menulis dan menerbit buku ini merupakan pendapatn pasif yang dapat dijana oleh kita jika kena pada tempat dan caranya.

resell-right-promo

Related Posts
Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.Jika di berikan peluang berniaga 10 tahun yang lepas saya akan memilih untuk menjalankan perniagaan menjual produk maklumat, ini disebabkan oleh beberapa kelebihan berikut :(1.)    ...
READ MORE
Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan Perusahaan Maklumat Ini.Baiklah, terdapat dua situasi masalah yang akan anda alami jika anda mengalami sindrom masalah yang saya jelaskan dia ...
READ MORE
Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan membaca sudah mencukupi.  Menetapkan minda untuk menjadikan menulis sebagai kerjaya yang menjadikan ianya sesuatu yang sukar.Oleh yang demikian berikut adalah ...
READ MORE
4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.Langkah # 1 : Buat keputusan karya penulisan anda.Setelah kajian pasaran dibuat, pada langkah ini anda perlu membuat keputusan apakah karya yang mahu dihasilkan samaada ...
READ MORE
Rahsia Buat Duit Dengan Produk Resell Right
Dari : Masrule Hamid. Mahukah anda jika saya tunjukkan satu jalan pintas bagaimana buat duit di internet dengan menjual produk maklumat cara pantas, mudah dan menguntungkan? Mungkin anda pernah mendengar orang buat ...
READ MORE
Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.
2 masalah perniagaan maklumat
3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis
4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.
Rahsia Buat Duit Dengan Produk Resell Right



Bukti RM308,705 Di Rumah!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!

NOTA KAKI : Maklumat untuk download LAPORAN akan di hantar ke email anda. Pastikan anda memberikan alamat email yang aktif.

 

Tag:

idea menulis maklumat, tips menjual produk maklumat, buku membuat produk, pengalaman pendapatan gaya pos, tip-tip membina folio sejarah tentang (bagaimana untuk menghasilkan teh), WWW UKHWAH COM MY

Related posts:

  1. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
  2. 2 masalah perniagaan maklumat Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan...
  3. 3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan...
  4. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. Langkah # 1 :...
  5. Rahsia Buat Duit Dengan Produk Resell Right Dari : Masrule Hamid. Mahukah anda jika saya tunjukkan satu...

Tagged with:  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>