Monday, October 12th, 2009 at
3:50 pm
Bagaimana Buat Duit Secara Sah!
Ramai orang termasuk saya dan anda yang mahu mengetahui rahsia bagaimana membuat duit secara sah! Bukannya mencetak ringgit palsu…ini salah!
- Buat duit disini bermaksud anda menjana pendapatan walaupun sedang tidur
- Buat duit disini bermaksud duit yang bekerja untuk anda bukannya anda yang bekerja untuk duit.
- Buat duit disini bermaksud anda buat sekali dan menjana keuntungan sampai bila-bila.
Untuk mencapai maksud buat duit tersebut maka bolehlah saya katakan bahawa anda perlukan satu sistem yang menjana pendapatan walaupun anda sedang tidur.
Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apa dan bagaimana mencipta sistem buat duit ini?
Mungkin anda pernah atau belum pernah mendengar bagaimana seseorang itu boleh menjana pendapatan penghasilan karya.
Penghasilan karya ini seperti mencipta dan membuat lagu, membuat filem dan menulis buku.
Mereka ini sedang mencipta sistem buat duit mereka sendiri. Ini kerana mereka hanya perlu menghasilkan karya produk mereka sekali sahaja, kemudian jual dan tunggu keuntungan datang mencurah-curah walaupun sedang tidur.
Read the rest of this entry
Tuesday, September 15th, 2009 at
1:38 pm
Mengamalkan tabiat berjimat cermat
Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya.
Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.
Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.
Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.
Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan.
Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.
Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.