Perniagaan internet

Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran dalam mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara sah.

Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai orang yang ditipu oleh banyak program yang menjanjikan pulangan pendapatan lumayan tetapi pada akhirnya habuk pun tiada.

Ini telah di buktikan dengan kes-kes penipuan skim cepat kaya, dimana ramai orang yang sanggup berhabisan duit hanya kerana terpedaya dengan program yang menjanjikan peluang menjana pendapatan tanpa perlu bekerja atau berniaga.

Asasnya ramai orang yang membuat kesilapan dengan terpedaya dek kata-kata tidak perlu menjual atau tidak perlu bekerja tetapi boleh menjana pendapatan lumayan.

Ini yang menjadikan masalah besar oleh kebanyakkan orang.

Mengikut kajian anda hanya boleh menjadi kaya jika pandai berniaga dan tahu menjual! Noktah!

Mungkin di sebabkan kena menjual atau perlu berniaga ramai orang yang tidak sanggup menanggung risiko serta belajar untuk meniaga dan menjual.

  • Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja mudah percaya dengan program-program yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa membuat kajian dan penilaian terhadap program-program terebut.
  • Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja menolak untuk belajar menjual dan berniaga sedangkan ia merupakan salah satu kunci kejayaan dan kekayaan.
Jawapannya mungkin juga kita tidak suka untuk belajar mencari dan mendapatkan ilmu.

Kini persoalan menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan hampir sahaja boleh dicapai, ini telah di buktikan dengan wujudnya gabungan medium pemasaran gaya pos dan teknologi pemasaran internet.

  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual buku.
  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual produk ubat anda.
  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk mempromosikan perkhidmatan mendesain.
Walaupun begitu tidak semua produk atau perkhidmatan boleh dijual dan di niagakan melalui pos dan juga internet.

Apa yang lebih penting adalah anda dapat belajar memulakan perniagaan dan belajar menjual tanpa perlu keluar dari rumah, berjumpa dan bercakap dengan prospek.

Inilah yang dikatakan proses menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan.

Persoalan yang akan wujud bagi ramai orang adalah bagaimana menjalankan perniagaan dan menjual di internet ataupun pos?

Tetapi sebelum itu mari kita lihat mengapa anda perlu memilih pemasaran melalui pos dan internet sebagai tapak anda belajar menjual dan berniaga dari rumah.

Pertama sekali, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyewa kedai kerana anda boleh jalankan perniagaan ini dari rumah.

Kedua, pelanggan anda meliputi pelanggan dari seluruh dunia jika menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan pelanggan anda adalah yang mempunyai alamat rumah atau pejabat jika menggunakan medium pemasaran pos.

Ketiga, menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet memudahkan anda membuat follow up dengan kos yang murah berbanding penggunaan telefon.

Itu hanya 3 kelebihan yang saya boleh senaraikan disini, tetapi hakikatnya lebih banyak kelebihan.

Apa yang lebih penting anda perlu mencuba sedaya upaya untuk belajar menjalankan perniagaan melalui medium pemasaran pos dan internet.

Persoalan lain yang menjadi tanda tanya bagi anda yang masih tercari-cari peluang menjana pendapatan daripada pos dan internet ini adalah produk atau perkhidmatan yang bagaimana boleh dijual.

Idea Menjana Pendapatan Dari Pos Dan Internet.

Perkara Pertama : Pilih produk atau perkhidmatan yang mahu di jual.

Menjual produk maklumat.

Pada masa sekarang menghasil dan menjual produk maklumat seperti e-book, buku, video dan audio menjadi pilihan oleh ramai orang. Anda juga boleh mencubanya.

Asasnya untuk menjalankan model perniagaan sebegini anda hanya perlu pandai menulis.

Menjadi affiliate.

Jika anda malas untuk menghasilkan produk sendiri, anda boleh memilih untuk menjadi ahli affiliate kepada prorgram yang di jalankan di internet.

Sebagai contoh dengan menjadi ahli affiliate anda akan diberikan 50% jika berjaya menjual.

Perlu anda tahu bahawa menjadi affiliate memerlukan kemahiran dalam pemasaran di internet. Asasnya anda perlu mahir dalam menjana traffik.

Kembali kepada pembelajaran kita pada kali ini.

Perkara Kedua : Kemahiran menulis surat jualan.

Untuk menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet anda memerlukan satu teknik khas untuk menjual tanpa perlu berjumpa dan bercakap dengan pelanggan.

Teknik jualan tersebut lebih dikenali sebagai menjual produk atau perkhidmatan melalui surat jualan yang ditulis.

Jika anda memilih medium pemasaran gaya pos anda boleh menulis surat jualan kemudian pos kepada pelanggan.

Jika anda memilih medium pemasaran internet anda boleh menulis surat jualan di laman web atau blog.

Perkara Ketiga : Promosi dan pengiklanan.

Dalam perniagaan atau proses menjual promosi dan pengiklanan adalah perkara yang sangat penting.

Pemasaran melalui pos dan internet juga memerlukan promosi dan pengiklanan.

Walaupun begitu teknik promosi dan pengiklanan melalui internet lebih menjimatkan berbanding promosi dan pengiklanan di televisyen dan majalah.

Apa yang mahu saya jelaskan dalam artikel ini adalah anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan jika mahu belajar dan sanggup berusaha.

Semoga artikel ini dapat menjelaskan serba sedikit bagaimana anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan disamping mempunyai perniagaan anda sendiri yang boleh di jalankan dengan segera.

Kejayaan dan kekayaan pasti akan menyusul jika anda mula membuka mata dan minda untuk belajar dan mencari ilmu.

Semoga berjaya.

Demi Kejayaan Anda,
Masrule Hamid.
www.instantbisnes.com

Artikel ini dilindungi dengan hak cipta terpelihara. Artikel ini di tulis oleh Masrule Hamid.
Sebarang pengambilan dan pengubahan terhadap artikel ini adalah di larang sama sekali melainkan dengan persetujuan penulis.

Pengenalan Kepada Pemasaran Internet.

Pengenalan Kepada Pemasaran Internet.

Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada pemasaran konvesional pada ketika ini. Ramai pengusaha kini telah berlumba-lumba memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet. Apakah yang membuatkan ramai pengusaha berubah ke pemasaran internet? Apakah kelebihan yang terdapat pada kecanggihan teknologi internet ini?

Antara sebab utama adalah kerana kecepatan serta perlaksanaannya yang boleh dibuat dan dicapai secara ontime. Dengan ini banyak masa, kos dan tenaga yang dapat di jimatkan.

(1.) Mengenalpasti Pasaran Lebih Mudah.

Proses mengenalpasti pasaran dan permintaan ini menjadi lebih mudah dengan penggunaan internet. Kita tidak perlu membelek akhbar dan majalah atau membuat survey hanya untuk mengenalpasti pasaran dan permintaan.

Proses ini boleh dilakukan dengan membuat carian di enjin carian seperti Google dan Yahoo. Taip sahaja “Apa yang pelanggan mahukan” dengan kecepatan masa beribu-ribu maklumat akan disiarkan.

Daripada jawapan yang diberikan oleh enjin pencari ini anda sudah boleh membuat penyelidikan tentang keperluan dan kemahuan pengguna.

Penggunaan perisian yang dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam pemasaran internet ini lebih memudahkan anda bagi mencapai proses ini.

(2.) Laman Web Ganti Kepada Kedai Dan Pejabat.

Seperti yang anda faham bahawa dalam pemasaran konvesional anda memerlukan kedai atau pejabat atau rumah sebagai tempat memasarkan produk.

Di internet anda hanya perlu membina laman web sebagai ganti kepada alamat kedai dan kedai atau pejabat itu sendiri.

Melalui laman web, pengguna sudah mengetahui apa yang anda jual. Alamat sebenar syarikat menjadi perkara kedua dilihat oleh pengguna internet ini.

(3.) Perhubungan Mudah Melalui E-Mail.

Dalam aktiviti pemasaran konvesional anda memerlukan telefon atau surat sebagai medium perhubungan. Tetapi di internet aktiviti perhubungan ini telah di ganti dengan penggunaan e-mail.

Dengan menggunakan email sebagai ganti kepada kaedah telefon atau surat, banyak masa dan kos yang dapat di jimatkan.

Walaupun e-mail dilihat sebagai medium perhubungan yang utama dalam pemasaran intenet, medium perhubungan seperti telefon dan surat tidak boleh dibuang.

Pokoknya e-mail akan mengurangkan kos perhubungan lebih-lebih lagi jika ianya memerlukan kita membuat perhubungan dengan seseorang di luar negara. Ketika ini ramai orang yang sudah mempunyai e-mail mereka sendiri.

Terdapat Syarikat dan orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan ini. Lebih menjimatkan jika anda menyewa domain dan webhosting sendiri. Dengan cara ini anda boleh ‘setup’ sendiri alamat email anda.

Perkhidmatan e-mail percuma seperti Yahoo, Gmail sangat-sangat memberikan kemudahan kepada anda. Jika anda mahukan e-mail beralamat sendiri seperti anda@syarikatanda.com anda perlu menyewanya.

(4.) Sistem Pembayaran Menjadi Mudah.

Pemasaran yang terbaik adalah pemasaran yang berjaya memudahkan urusan pembayaran antara penjual dengan pembeli.

• Pemasaran konvesional memerlukan tunai sebagai pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.
• Pemasaran gaya pos memerlukan pengguna membeli wang pos sebagai proses pembelian produk atau perkhidmatan.

Walapun melalui pemasaran konvesional itu pelanggan masih boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, tetapi tidak semua pengusaha yang mampu memiliki mesin pembayaran kad kredit tersebut.

Oleh sebab itu kita hanya dapat melihat mesin ini berada di kedai-kedai besar sahaja.

Pemasaran internet telah berjaya memungkinkan orang biasa seperti kita menerima bayaran daripada pelanggan melalui kad kredit dengan melalui laman web sahaja. Ini telah dibuktikan oleh akaun bank maya seperti Paypal, 2CHECKOUT dan Clikckbank.

Pelanggan hanya perlu memasukkan nombor kad kredit dibahagian yang disediakan dan dalam masa beberapa saat sahaja anda sudah menerima bayaran dari pelanggan.

(5.) Produk Boleh Di Agihkan Ke Seluruh Dunia.

Banyak syarikat kurier yang menggunakan internet ini sebagai medium penglobalan bisnes mereka. Tidak hairanlah pada ketika ini Abu dari Malaysia dapat membuat penghantaran produk minyak lintah ke pelanggan Mat Salleh yang berada di United Kingdom, London.

Oleh yang demikian pengagihan produk tidak setakat dapat diagihkan didalam pasaran Malaysia sahaja.

Related Posts with Thumbnails