Bagaimana Iklan

Mengapa Iklan Penting.

Seperti yang telah anda tahu, iklan merupakan perkara yang agak penting dalam pemasaran.

•    Tanpa iklan tiada orang yang kenal dengan produk anda.
•    Tanpa iklan anda sukar mendapatkan jualan.

Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai pengusaha produk atau perkhidmatan mengiklankan produk mereka di merata tempat dan melalui pelbagai cara.

Pada kebiasaanya, peniaga dan usahawan jarang-jarang terlalu berkira dalam hal promosi yang berkaitan dengan pengiklanan dalam memasarkan produk mereka.

  • Walaupun begitu, kos yang agak tinggi di perlukan dalam aktiviti promosi dan pengiklanan ini.
  • Walaupun begitu tidak ramai yang mahu belajar teknik promosi dan pengiklanan.

Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya!

Ada satu cara dimana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.

Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asas iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan dimana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian.

Iklan rampaian adalah satu iklan kecil yang ditulis. Kebiasaanya anda dapat melihat iklan rampaian ini di dalam akhbar atau pun majalah.

Walaupun ianya kecil namun ia membantu menjual produk atau perkhidmatan anda, percayalah.

Tag:

bagaimana membuat iklan, cara pengiklanan, bagaimana iklan, iklan pinjaman wang dari akhbar, iklan shoutmix, bagaimana membuat pengiklanan, cara-cara mempromosikan produk mbsb, iklan melalui pelbagai cara, bagaimana buat iklan perumahan, cara buat iklan di suratkhabar

2 masalah perniagaan maklumat

Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan Perusahaan Maklumat Ini.

Baiklah, terdapat dua situasi masalah yang akan anda alami jika anda mengalami sindrom masalah yang saya jelaskan dia atas.

(1.) Mahu menjalankan perniagaan produk maklumat tetapi tidak berminat untuk menghasilkan produk maklumat sendiri.

Jika anda berperancangan untuk tidak mahu menghasilkan produk maklumat sendiri anda boleh mencari seseorang yang dapat menghasilkan produk maklumat kepada anda. Sebagai contoh jika anda mahu menghasilkan buku sebagai produk maklumat, anda boleh mencari

Tag:

masalah perniagaan, masalah perniagaan online, masalah perniagaan internet, masalah peniagaan, penyelesaian masalah perniagaan, penyelesaian masalah perniagaan online, perniagaan dan permasaahan, penyelesaian kerja projek matematik tambahan 2 2011, membendung, perniagaan maklumat

4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.

4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.

Langkah # 1 : Buat keputusan karya penulisan anda.

Setelah kajian pasaran dibuat, pada langkah ini anda perlu membuat keputusan apakah karya yang mahu dihasilkan samaada mahu menulis artikel atau buku.

Daripada kajian yang saya buat adalah lebih elok anda hasilkan artikel terlebih dahulu. Kemudian daripada artikel anda jadikan laporan. Daripada laporan anda jadikan ianya e-book atau buku.

Langkah # 2 : Kenalpasti topik projek penulisan anda.

Langkah yang kedua ini anda perlu membuat keputusan tentang topik yang mahu di tulis. Ini penting kerana tanpa memilih topik yang jelas ia akan menyukarkan hasil penulisan anda.

Langkah # 3 : Memilih helaian muka surat projek penulisan anda.

•    Jika anda memilih artikel untuk asas kepada karya penulisan anda format standardnya adalah 500 patah perkataan.

•    Jika anda memilih untuk menjadikan ia sebagai laporan cukup setakat 20 mukasurat.
•    Jika anda memilih untuk menjadikan sebagai e-book cukup setakat 40 mukasurat.

•    Jika anda memilih untuk menjadikannya sebagai buku minimun mukasurat adalah 100 helaian.

Langkah # 4 : Membuat anggaran masa projek penulisan dapat di siapkan.

Membuat anggaran masa untuk projek penulisan anda adalah perlu supaya anda tidak membazirkan banyak masa dan supaya anda jelas dengan tarikh penyiapan projek penulisan anda.

Tag:

MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN, keputusan projek, langkah membuat keputusan, membuat keputusan, artikel membuat keputusan, model keputusan empat langkah, penulisan keputusan kajian, bagaimana buat penulisan, 3 langkah membuat keputusan, membuat keputusan model

Rahsia Kejayaan # 3

Rahsia Kejayaan # 3 : KEAZAMAN KUAT UNTUK BERJAYA.

Kebiasaanya ramai orang yang hanya tahu dan mahu berfikir sahaja tanpa melakukan apa-apa tindakan yang seterusnya dengan serius

Inilah faktor utama yang menjadikan ramai orang gagal untuk berjaya.

Walaupun mereka mempunyai niat dan fikiran untuk berjaya tetapi tanpa keazaman yang kuat untuk berjaya ianya tidak akan menghasilkan apa-apa tindakan.

Faktor ini yang perlu di ambil kira jika anda mahu berjaya! Ianya telah menjadi hukum alam bahawa sebelum kita mencapai kejayan dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita terpaksa melalui pelbagai kesilapan, penderitaan serta kesusahan.

Sebenarnya, jika semua pengalaman ini anda jadikan ia sebagai sebahagian dari proses pembelajaran yang mesti dilalui sebelum mencapai sesuatu kejayaan saya pasti anda akan mencapai kejayaan.

Keadaan yang malang ini akan terus berlaku berulang kali sehinggalah anda dapat menukarkannya menjadi pelajaran daripada pengalaman negatif itu.

Seperti yang pernah dikatakan, kebanyakkan orang hanya bersedih kepada pengalaman negatif ini tetapi tidak menerimanya sebagai pelajaran yang dapat memperbaiki rancangannya.

Setiap kali anda menemui pengalamn negatif yang sama, anda akan menjadibiasa dengannya dan semakin fasih dan bijak untuk mengatasi masalah itu.

Oleh itu anda akan menghampiri kejayaan. Kebanyakkan orang tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai keazaman ingin berjaya yang kuat.

Read the rest of this entry

Tag:

rahasia KEJAYAAN KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAN, rahsia keazaman

Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya.

Jika anda masih tidak kaya walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun, ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.

Cuba jawab pertanyaan ini dengan jujur. Apakah matlamat anda dalam bulan ini? Jika anda dapat memberikan sekurang-kurangnya 1 jawapan, maka anda bolehlah di golongkan ke dalam golongan orang yang berjaya…tetapi jika anda tidak dapat menjawab, jelaslah anda perlukan bantuan.

Mengikut kajian, matlamat merupakan perkara terpenting dalam menjana kejayaan dan kekayaan, tanpa matlamat ibarat kapal tanpa pengemudi, dimana kapal itu akan hanyut di bawa ombak yang tidak tahu akan nasibnya.

Dalam kehidupan anda memerlukan matlamat. Matlamat mahu bekerja makan gaji selama 3 tahun sahaja. Matlamat mahu menyimpan duit 10,000.00 setelah 3 tahun bekerja. Matlamat mempunyai perniagaan sendiri dengan modal permulaan RM10,000.00.

Matlamat yang akan menentukan hala tuju kehidupan anda. Mungkin kini anda mulai sedar mengapa sehingga kini walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun anda masih belum kaya. Matlamat perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa tindakan matlamat hanya tinggal matlamat. Untuk membuat tindakan daripada matlamat yang telah di tetapkan penggunaan kuasa minda sangat-sangat membantu.

Saya telah menyediakan panduan untuk anda di mana saya telah menjelaskan asas kejayaan dan kekayaan ini di dalam buku “Formula IBC”.

Tag:

www marketingpower com my, mengapa perniagaan tidak berjaya, adakah anda tahu, peluang baik com, peniagaan yang menguntungkan, perlu kaya, perniagaan mengutungkan, perniagaan yang berjaya, produk perniagaan mengutungkan, tip bekerja dari rumah

Bagaimana membuat blog cara mudah

Bagaimana membuat blog cara mudah.

Hari ini ramai orang yang mahu mempunyai blog mereka sendiri. Mereka mahu mempunyai blog mereka untuk bermacam tujuan. Ada yang mahu sekadar untuk hiburan, ada yang mahu untuk tujuan buat duit, ada yang mahukan blog untuk tujuan mendapatkan kenalan.

Ini merupakan tujuan dan sebab-sebab biasa mengapa anda memerlukan blog. Namun begitu tidak mempunyai pengetahuan untuk membuat blog telah menghadkan kemahun menjadi blogger.

Kini membuat blog tidak lagi sesukar dahulu. Anda boleh mempunyai blog sendiri dengan mendaftar secara percuma di BLOGGER atau WORDPRESS. Sign Up keahlian anda dan ikuti segala arahan yang di berikan. Dalam masa kurang dari 15 minit anda sudah boleh mempunyai blog anda sendiri.

Jika anda mahu mempunyai blog yang mempunyai nama domain pilihan anda anda boleh menyewa web hosting dan nama domain dengan kadar bayaran serendah RM100 setahun. Web Hosting kebiasaannya menyediakan bahagian membuat blog dengan satu klik sahaja. Ianya boleh diperolehi di bahagian Fantastico De Luxe.

Saya harap panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat blog anda sendiri…

Tag:

bagaimana membuat blog, masrule, isi kandungan, cara nak daftar hosting dan domain di internet-webhosting, cara senang buat blog, cara untuk membuat blog bisnes, ebook membuat blog, bagaimana cara membuat blog, MANUAL PENGGUNA CARA BUAT BLOG, Masrule Hamid