Monday, October 12th, 2009 at
3:50 pm
Bagaimana Buat Duit Secara Sah!
Ramai orang termasuk saya dan anda yang mahu mengetahui rahsia bagaimana membuat duit secara sah! Bukannya mencetak ringgit palsu…ini salah!
- Buat duit disini bermaksud anda menjana pendapatan walaupun sedang tidur
- Buat duit disini bermaksud duit yang bekerja untuk anda bukannya anda yang bekerja untuk duit.
- Buat duit disini bermaksud anda buat sekali dan menjana keuntungan sampai bila-bila.
Untuk mencapai maksud buat duit tersebut maka bolehlah saya katakan bahawa anda perlukan satu sistem yang menjana pendapatan walaupun anda sedang tidur.
Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apa dan bagaimana mencipta sistem buat duit ini?
Mungkin anda pernah atau belum pernah mendengar bagaimana seseorang itu boleh menjana pendapatan penghasilan karya.
Penghasilan karya ini seperti mencipta dan membuat lagu, membuat filem dan menulis buku.
Mereka ini sedang mencipta sistem buat duit mereka sendiri. Ini kerana mereka hanya perlu menghasilkan karya produk mereka sekali sahaja, kemudian jual dan tunggu keuntungan datang mencurah-curah walaupun sedang tidur.
Read the rest of this entry
Monday, February 9th, 2009 at
1:15 pm
Bagaimana membuat blog cara mudah.
Hari ini ramai orang yang mahu mempunyai blog mereka sendiri. Mereka mahu mempunyai blog mereka untuk bermacam tujuan. Ada yang mahu sekadar untuk hiburan, ada yang mahu untuk tujuan buat duit, ada yang mahukan blog untuk tujuan mendapatkan kenalan.
Ini merupakan tujuan dan sebab-sebab biasa mengapa anda memerlukan blog. Namun begitu tidak mempunyai pengetahuan untuk membuat blog telah menghadkan kemahun menjadi blogger.
Kini membuat blog tidak lagi sesukar dahulu. Anda boleh mempunyai blog sendiri dengan mendaftar secara percuma di BLOGGER atau WORDPRESS. Sign Up keahlian anda dan ikuti segala arahan yang di berikan. Dalam masa kurang dari 15 minit anda sudah boleh mempunyai blog anda sendiri.
Jika anda mahu mempunyai blog yang mempunyai nama domain pilihan anda anda boleh menyewa web hosting dan nama domain dengan kadar bayaran serendah RM100 setahun. Web Hosting kebiasaannya menyediakan bahagian membuat blog dengan satu klik sahaja. Ianya boleh diperolehi di bahagian Fantastico De Luxe.
Saya harap panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat blog anda sendiri…