Bagaimana Buat Duit Secara Sah.

Bagaimana Buat Duit Secara Sah!

Ramai orang termasuk saya dan anda yang mahu mengetahui rahsia bagaimana membuat duit secara sah! Bukannya mencetak ringgit palsu…ini salah!

  • Buat duit disini bermaksud anda menjana pendapatan walaupun sedang tidur
  • Buat duit disini bermaksud duit yang bekerja untuk anda bukannya anda yang bekerja untuk duit.
  • Buat duit disini bermaksud anda buat sekali dan menjana keuntungan sampai bila-bila.

Untuk mencapai maksud buat duit tersebut maka bolehlah saya katakan bahawa anda perlukan satu sistem yang menjana pendapatan walaupun anda sedang tidur.

Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apa dan bagaimana mencipta sistem buat duit ini?

Mungkin anda pernah atau belum pernah mendengar bagaimana seseorang itu boleh menjana pendapatan penghasilan karya.

Penghasilan karya ini seperti mencipta dan membuat lagu, membuat filem dan menulis buku.

Mereka ini sedang mencipta sistem buat duit mereka sendiri. Ini kerana mereka hanya perlu menghasilkan karya produk mereka sekali sahaja, kemudian jual dan tunggu keuntungan datang mencurah-curah walaupun sedang tidur.

Read the rest of this entry

Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Senang.

Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan menjadi sesuatu yang agak pelik mengapa ramai yang tidak mengambil peluang yang terhidang didepan mata.

Apabila anda memikirkan secara halus, perkara yang diperlukan untuk sesorang menjadi kaya ialah satu pandangan yang jauh dan tenaga untuk menjalankan bisnes tersebut.

Salah satu cara yang paling senang untuk mencari kekayaan, dan satu cara yang selalu digunakan oleh mereka yang bijak ialah memberikan kepakaran, peralatan atau modal untuk sesuatu perniagaan yang menyakinkan.

Biasanya anda membeli saham sebagai rakan kongsi- kemudian apabila bines sudah berkembang anda pastinya mendapat habuan yang setimpal.

Perkara yang bagusnya tentang cara ini ialah anda boleh membuat perkara yang sama, sebanyak yang boleh.

Anda boleh mulakan misalan dengan memberikan khidmat pemasaran atau penjualan untuk satu perniagaan kecil – kemudian apabila bisnes tersebut mula berkembang dan pendapatan yang anda perolehi digunakan untuk laburkan kesatu bisnes lain pula, dan lakukan sehingga anda mempunyai 25 jenis perniagaan.

Jika satu bisnes anda memperoleh RM400 sebulan daripada 25 jenis bisnes, pendapatan anda boleh mencecah RM10,000 sebulan! Sebagai permulaan ini adalah satu jumlah yang agak banyak!

Cuba lihat sekeliling tempat anda – dengan tumpuan sepenuhnya anda akan dapati beberapa ratus bisnes kecil-kecilan yang boleh berkembang dengan pertolongan daripada anda.

Kebanyakkan bisnes mahukan dan mengalu-alukan khidmat pemasaran, promosi, iklan dan pembantu jualan. Dengan sedikit kajiselidik anda akan dapati bahawa kehadiran anda amat diperlukan untuk memajukan bisnes mereka.

Biasanya anda perlu membuat temujanji untuk berjumpa dan berbincang dengan tuan punya kedai berkenaan beberapa idea yang dapat menggandakan perniagaan mereka.

Dengan cara ini sudah pasti mereka tidak sabar untuk berjumpa anda.

Sebagai persediaan, pastikan anda menulis idea anda diatas kertas. Ketengahkan idea anda, kos yang diperlukan dan faedah yang akan diperolehi.

Kemudian apabila anda sampai untuk berjumpa, pastikan anda nampak dan dilihat sebagai seorang bisness man yang terkenal.

Beberapa ketika bercerita kosong sebelum anda mulakan proposal anda.

Pentingnya ialah anda perlu memberitahu kepada tauke bisnes tersebut bahawa anda boleh meningkatkan bisnes mereka dengan tukar 10 hingga 20 % saham syarikat tersebut yang tidak begitu seberapa.

Sudah tentu jika mereka tidak mahu memberikan saham anda cadangkan supaya anda menjadi konsultant sahaja.

Hampir semua bisnes mahukan pertolongan dari segenap segi.

Tuanpunya bisnes sudah tentu sibuk menguruskan bisnes mereka – dan merasakan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan semuanya, menyebabkan banyak perkara penting yang dibiarkan.

Ini akan menyebabkan bisnes mereka menjadi merosot , lebih kurang 60% akan menutup perniagaan mereka atau  menjualnya kepada orang lain.

Satu lagi cara lain untuk anda memasuki bisnes sesorang ialah dengan memberi pinjaman kewangan. Jika anda mempunyai modal RM10 atau RM15 ribu dengan mudahnya anda boleh menembusi bisnes mereka.

Pastikan anda meneliti terlebih dahulu potensi bisnes tersebut dan apabila melihat ianya bakal berkembang dengan memerlukan sedikit modal, anda perlu pantas mendapatkannya.

Anda boleh memilih banyak bisnes yang demikian dengan hanya perlu menyiarkan iklan yang berikut :

BISNES EKSKUTIF MENCARI RAKAN
KONGSI PERNIAGAAN SEBAGAI RAKAN
KONGSI ATAU SUNTIKAN MODAL.
TEL: XXXXXX

Ramai yang telah berkecimpung dalam bisnes ini setiap hari tanpa memerlukan modal permulaan yang besar.

Apa yang penting ialah anda perlu bertindak pantas, jika dilakukan dengan sebaiknya anda pasti boleh menjadi kaya!

Bagaimana menjalankan bisnes di internet.

Register Domain & Webhosting.

Sebagai langkah permulaan menjalankan bisnes di internet, anda perlukan 2 perkara ini.

1) Nama domain
2) Webhosting

Apa pentingnya nama domain itu? Tanpa nama domain anda tidak layak membuat perniagaan secara online.

Ini kerana ia adalah perkara asas dalam internet. Nama domain boleh dikatakan sebagi alamat sesebuah tempat, oleh yang demikian tanpa alamat maka tiada orang yang dapat sampai ke tempat anda.

Saya menyarankan kepada anda supaya membeli nama domain sendiri. Ini kerana ia akan menunjukkan sikap profesional anda dalam menjual sesuatu produk.

Nama domain juga bolehlah di sama ertikan sebagai nama pendaftaran perniagaan. Oleh yang demikian tanpa nama domain atau nama pendaftaran perniagaan anda tidak layak menjalankan bisnes.

Apa pentingnya webhosting?

Sama juga pentingnya dengan nama domain. Ini kerana ia berkait rapat dengan nama domain. Boleh dikatakan webhosting adalah tempat untuk menyimpan barang anda, sebagai contoh ia bertujuan untuk menyimpan website. Jika dalam perniagaan offline anda perlukan kedai untuk menyimpan stok produk anda, sama juga dengan menjalankan bisnes di internet.

Anda perlukan satu tempat untuk meletakkan produk dan website. Kini terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa nama domain dan webhosting.

Apa lagi kelebihan nama domain & webhosting?

* Dengan memiliki nama domain dan webhosting sendiri, secara automatik anda akan memperolehi email. Sebagai contoh email : nama_anda@domain_saya.com.
* Website yang mempunyai database sendiri.

Terdapat banyak perbezaan webhosting diluar sana. Sebagai contoh ada webhosting yang menyediakan perkhidmatan ASP dan ada yang menyediakan perkhidmatan PHP.

Apa bezanya?

Ya, terdapat perbezaan program disini. ASP adalah program yang dihasilkan oleh Microsoft dan ia menggunakan Microsoft Access sebagai database.

Manakala PHP dihasilkan secara percuma dan ia menggunakan PHP Mysql sebgai databasenya sendiri. Secara peribadi saya akan memilih webhosting yang menyediakan perkhidamtan PHP, ini kerana ia jauh lebih murah dan terdapat banyak skrip percuma yang dapat menyokong PHP. Secara peribadi, berikut adalah webhosting yang sangat disarankan :

EXABYTES WEBHOSTING

NOCSER WEBHOSTING

Login