Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran dalam mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara sah.

Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai orang yang ditipu oleh banyak program yang menjanjikan pulangan pendapatan lumayan tetapi pada akhirnya habuk pun tiada.

Ini telah di buktikan dengan kes-kes penipuan skim cepat kaya, dimana ramai orang yang sanggup berhabisan duit hanya kerana terpedaya dengan program yang menjanjikan peluang menjana pendapatan tanpa perlu bekerja atau berniaga.

Asasnya ramai orang yang membuat kesilapan dengan terpedaya dek kata-kata tidak perlu menjual atau tidak perlu bekerja tetapi boleh menjana pendapatan lumayan.

Ini yang menjadikan masalah besar oleh kebanyakkan orang.

Mengikut kajian anda hanya boleh menjadi kaya jika pandai berniaga dan tahu menjual! Noktah!

Mungkin di sebabkan kena menjual atau perlu berniaga ramai orang yang tidak sanggup menanggung risiko serta belajar untuk meniaga dan menjual.

  • Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja mudah percaya dengan program-program yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa membuat kajian dan penilaian terhadap program-program terebut.
  • Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja menolak untuk belajar menjual dan berniaga sedangkan ia merupakan salah satu kunci kejayaan dan kekayaan.
Jawapannya mungkin juga kita tidak suka untuk belajar mencari dan mendapatkan ilmu.

Kini persoalan menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan hampir sahaja boleh dicapai, ini telah di buktikan dengan wujudnya gabungan medium pemasaran gaya pos dan teknologi pemasaran internet.

  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual buku.
  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual produk ubat anda.
  • Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk mempromosikan perkhidmatan mendesain.
Walaupun begitu tidak semua produk atau perkhidmatan boleh dijual dan di niagakan melalui pos dan juga internet.

Apa yang lebih penting adalah anda dapat belajar memulakan perniagaan dan belajar menjual tanpa perlu keluar dari rumah, berjumpa dan bercakap dengan prospek.

Inilah yang dikatakan proses menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan.

Persoalan yang akan wujud bagi ramai orang adalah bagaimana menjalankan perniagaan dan menjual di internet ataupun pos?

Tetapi sebelum itu mari kita lihat mengapa anda perlu memilih pemasaran melalui pos dan internet sebagai tapak anda belajar menjual dan berniaga dari rumah.

Pertama sekali, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyewa kedai kerana anda boleh jalankan perniagaan ini dari rumah.

Kedua, pelanggan anda meliputi pelanggan dari seluruh dunia jika menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan pelanggan anda adalah yang mempunyai alamat rumah atau pejabat jika menggunakan medium pemasaran pos.

Ketiga, menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet memudahkan anda membuat follow up dengan kos yang murah berbanding penggunaan telefon.

Itu hanya 3 kelebihan yang saya boleh senaraikan disini, tetapi hakikatnya lebih banyak kelebihan.

Apa yang lebih penting anda perlu mencuba sedaya upaya untuk belajar menjalankan perniagaan melalui medium pemasaran pos dan internet.

Persoalan lain yang menjadi tanda tanya bagi anda yang masih tercari-cari peluang menjana pendapatan daripada pos dan internet ini adalah produk atau perkhidmatan yang bagaimana boleh dijual.

Idea Menjana Pendapatan Dari Pos Dan Internet.

Perkara Pertama : Pilih produk atau perkhidmatan yang mahu di jual.

Menjual produk maklumat.

Pada masa sekarang menghasil dan menjual produk maklumat seperti e-book, buku, video dan audio menjadi pilihan oleh ramai orang. Anda juga boleh mencubanya.

Asasnya untuk menjalankan model perniagaan sebegini anda hanya perlu pandai menulis.

Menjadi affiliate.

Jika anda malas untuk menghasilkan produk sendiri, anda boleh memilih untuk menjadi ahli affiliate kepada prorgram yang di jalankan di internet.

Sebagai contoh dengan menjadi ahli affiliate anda akan diberikan 50% jika berjaya menjual.

Perlu anda tahu bahawa menjadi affiliate memerlukan kemahiran dalam pemasaran di internet. Asasnya anda perlu mahir dalam menjana traffik.

Kembali kepada pembelajaran kita pada kali ini.

Perkara Kedua : Kemahiran menulis surat jualan.

Untuk menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet anda memerlukan satu teknik khas untuk menjual tanpa perlu berjumpa dan bercakap dengan pelanggan.

Teknik jualan tersebut lebih dikenali sebagai menjual produk atau perkhidmatan melalui surat jualan yang ditulis.

Jika anda memilih medium pemasaran gaya pos anda boleh menulis surat jualan kemudian pos kepada pelanggan.

Jika anda memilih medium pemasaran internet anda boleh menulis surat jualan di laman web atau blog.

Perkara Ketiga : Promosi dan pengiklanan.

Dalam perniagaan atau proses menjual promosi dan pengiklanan adalah perkara yang sangat penting.

Pemasaran melalui pos dan internet juga memerlukan promosi dan pengiklanan.

Walaupun begitu teknik promosi dan pengiklanan melalui internet lebih menjimatkan berbanding promosi dan pengiklanan di televisyen dan majalah.

Apa yang mahu saya jelaskan dalam artikel ini adalah anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan jika mahu belajar dan sanggup berusaha.

Semoga artikel ini dapat menjelaskan serba sedikit bagaimana anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan disamping mempunyai perniagaan anda sendiri yang boleh di jalankan dengan segera.

Kejayaan dan kekayaan pasti akan menyusul jika anda mula membuka mata dan minda untuk belajar dan mencari ilmu.

Semoga berjaya.

Demi Kejayaan Anda,
Masrule Hamid.
www.instantbisnes.com

Artikel ini dilindungi dengan hak cipta terpelihara. Artikel ini di tulis oleh Masrule Hamid.
Sebarang pengambilan dan pengubahan terhadap artikel ini adalah di larang sama sekali melainkan dengan persetujuan penulis.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

Related posts:

  1. Mengapa Promosi Di Internet. Mengapa Promosi Di Internet. Asasnya jika anda mahu menjual produk...
  2. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
  3. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada...
  4. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
  5. 2 masalah perniagaan maklumat Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan...

Tagged with:

Filed under: perniagaan internet

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!

Possibly related posts

  • Mengapa Promosi Di Internet.
  • Mengapa Promosi Di Internet.

    Asasnya jika anda mahu menjual produk atau perkhidmatan di internet anda memerlukan kemahiran pemasaran di internet. Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana melakukannya tetapi sebelum itu anda perlu tahu mengapa anda perlu memilih internet sebagai aktiviti promosi dan pengiklanan.

    (1.) Lebih Murah Dan Berkesan.

    Pemasaran konvesional tidak memungkinkan kita orang biasa ini yang tidak mempunyai banyak modal untuk membuat pengiklanan terhadap produk atau perkhidmatan yang mahu dijual.

    Ini kerana kos pengiklanan sangat mahal dan belum tentu berkesan dalam konsep pemasaran konvesional.

    Untuk pengiklanan 3 keluaran saya telah menghabiskan lebih dari RM500.00 di majalah yang kurang di baca. Di internet saya hanya perlu menghabiskan kurang dari RM500.00 sebulan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan dimana ianya dapat dilihat oleh seluruh dunia. Ini telah di buktikan oleh syarikat pengiklanan terbesar di internet iaitu Google Adword.

    Google Adword menjadi kaedah pengiklanan yang sangat berkesan dalam mengiklankan produk atau perkhidmatan. Ini kerana ramai orang yang menggunakan enjin carian mereka iaitu Google.com.

    Kebijaksanaan enjin carian Google.com lebih terserlah dengan kewujudan program Google Adsense dimana program ini secara tidak langsung memberi pendapatan tambahan kepada penyiarannya dan juga kaedah penyebaran iklan dengan lebih meluas. Melalui konsep inilah iklan Google Adword ini dapat dilihat oleh ramai orang.

    Asasnya pengiklanan ini boleh di lakukan sendiri. Kos pengiklanannya yang berpatutan sangat memungkinkan kita orang biasa membuat pengiklanan.

    Perlu diingat kesilapan membuat pengiklanan di Google adword akan memerlukan kita membuat bayaran yang agak besar jika tidak kena pada caranya.

    Kini terdapat syarikat atau individu yang boleh membantu anda untuk membuat pengiklanan di Goole Adword jika anda tidak tahu menggunakannya.

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Mengapa Promosi Di Internet. Mengapa Promosi Di Internet. Asasnya jika anda mahu menjual produk...
    2. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
    3. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada...
    4. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
    5. 2 masalah perniagaan maklumat Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan...

  • adword google, carian google, enjin carian, google adword, kaedah pengiklanan, pemasaran di internet
  • Rahsia menjana wang di internet.
  • Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend untuk menambah pendapatan.

    Ada dikalangan mereka ini telah menjadikan ianya sumber pendapatan utama-residual income. Bagi saya tidak mustahil untuk mencapai matlamat ini, asalkan anda mempunyai pengetahuan dan bijak mencari peluang.

    Ingin saya tegaskan disini, perkara utama yang perlu ada untuk menjana wang di internet ini adalah 'ILMU'. Ilmu untuk menjana pendapatan di internet boleh anda perolehi dengan mudah asalkan ada kemahuan.

    Di sini saya akan jelaskan beberapa kaedah dan peluang bagaimana untuk menjana wang di internet.

    • Menjual produk/barang di internet.
    • Menjana wang di internet cara ini lebih kurang sama dengan menjalankan perniagaan offline iaitu menjual produk. Tidak kiralah samaada produk yang dijual itu boleh dipegang (tangible) ataupun tidak boleh dipegang (intangible). Pokoknya internet akan menjadi medium supaya anda dapat memasarkan produk anda dan internet akan menjadi medium untuk membuat dan menerima tempahan. Contohnya dengan menulis dan menjual produk maklumat. Walapun begitu untuk menjana wang di internet cara ini anda perlu pandai menulis.
    • Menjadi ejen atau wakil penjual atau affiliate.
    • Menjadi ejen atau wakil penjual produk di internet adalah satu lagi peluang untuk anda menjana wang di internet. Anda tidak perlu mempunyai produk untuk dihasilkan, tugas anda hanya perlu membuat promosi kepada produk tersebut. Biasanya anda akan mendapat bayaran setelah produk itu dibeli. Apa yang pasti ianya dilakukan dalam talian (internet). Di internet terdapat banyak program affiliate yang boleh anda cuba.
    • PPC - Iklankan produk.
    • Pay Per Click. Menjana wang di internet cara ini lebih menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai trafik yang agak tinggi. Google Adsense adalah salah satu program yang menggunakan pendekatan kaedah perniagaan jenis ini. Anda hanya perlu mengiklankan produk mereka dengan meletakkan kod nya sahaja, yang lain-lainnya akan diuruskan oleh syarikat ini. Setiap iklan yang dipaparkan dan mendapat klik, akan diberikan komisen.
    • Menyediakan servis.
    • Sebagai contoh menyewa webhosting. Servis ini disediakan bagi tujuan menyediakan tapak web dimana bayaran akan dikenakan setiap tahun. Anda boleh menjadikan modul perniagaan jenis ini jika mempunyai ilmu berkaitan server. Tidak ramai yang mengusahakan bisnes jenis ini. Jika anda mempunyai idea untuk menyediakan servis secara online mengapa tidak lakukanya nya sahaja di internet?
    • Forex trading.
    • Satu lagi peluang menjana pendapatan di internet. Ianya agak berisiko, tetapi mampu memberikan pendapatan lumayan kepada anda. Anda hanya perlu membuka keahlian dan mulakan kerja trading anda.

    Sebenarnya banyak lagi peluang menjana pendapatan di internet tetapi bagi saya peluang yang saya berikan yang menjadi tumpuan.

    Saya harap ilmu yang diberikan akan menjadi panduan kepada anda.

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Mengapa Promosi Di Internet. Mengapa Promosi Di Internet. Asasnya jika anda mahu menjual produk...
    2. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
    3. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada...
    4. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
    5. 2 masalah perniagaan maklumat Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan...

  • google adsense, internet adalah, menambah pendapatan, perniagaan, produk maklumat, rahsia menjana wang di internet
  • Bagaimana Iklan
  • Mengapa Iklan Penting.

    Seperti yang telah anda tahu, iklan merupakan perkara yang agak penting dalam pemasaran.

    •    Tanpa iklan tiada orang yang kenal dengan produk anda.
    •    Tanpa iklan anda sukar mendapatkan jualan.

    Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai pengusaha produk atau perkhidmatan mengiklankan produk mereka di merata tempat dan melalui pelbagai cara.

    Pada kebiasaanya, peniaga dan usahawan jarang-jarang terlalu berkira dalam hal promosi yang berkaitan dengan pengiklanan dalam memasarkan produk mereka.

    • Walaupun begitu, kos yang agak tinggi di perlukan dalam aktiviti promosi dan pengiklanan ini.
    • Walaupun begitu tidak ramai yang mahu belajar teknik promosi dan pengiklanan.

    Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya!

    Ada satu cara dimana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.

    Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asas iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan dimana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian.

    Iklan rampaian adalah satu iklan kecil yang ditulis. Kebiasaanya anda dapat melihat iklan rampaian ini di dalam akhbar atau pun majalah.

    Walaupun ianya kecil namun ia membantu menjual produk atau perkhidmatan anda, percayalah.

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Mengapa Promosi Di Internet. Mengapa Promosi Di Internet. Asasnya jika anda mahu menjual produk...
    2. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
    3. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada...
    4. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
    5. 2 masalah perniagaan maklumat Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan...

  • jualan, mahu, pengiklanan, perniagaan, promosi, usahawan
  • Bagaimana Buat Duit Secara Sah.
  • Bagaimana Buat Duit Secara Sah!

    Ramai orang termasuk saya dan anda yang mahu mengetahui rahsia bagaimana membuat duit secara sah! Bukannya mencetak ringgit palsu…ini salah!

    • Buat duit disini bermaksud anda menjana pendapatan walaupun sedang tidur
    • Buat duit disini bermaksud duit yang bekerja untuk anda bukannya anda yang bekerja untuk duit.
    • Buat duit disini bermaksud anda buat sekali dan menjana keuntungan sampai bila-bila.

    Untuk mencapai maksud buat duit tersebut maka bolehlah saya katakan bahawa anda perlukan satu sistem yang menjana pendapatan walaupun anda sedang tidur.

    Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apa dan bagaimana mencipta sistem buat duit ini?

    Mungkin anda pernah atau belum pernah mendengar bagaimana seseorang itu boleh menjana pendapatan penghasilan karya.

    Penghasilan karya ini seperti mencipta dan membuat lagu, membuat filem dan menulis buku.

    Mereka ini sedang mencipta sistem buat duit mereka sendiri. Ini kerana mereka hanya perlu menghasilkan karya produk mereka sekali sahaja, kemudian jual dan tunggu keuntungan datang mencurah-curah walaupun sedang tidur.

    Bagi orang biasa agak sukar untuk menghasilkan filem, bagi orang biasa agak sukar untuk menghasilkan lagu tetapi ramai orang biasa yang boleh menghasilkan karya produk maklumat mereka.

    • Buktinya pada ketika ini ramai orang biasa yang boleh menghasilkan dan menjual buku mereka melalui pos dan internet.
    • Buktinya pada ketika ini ramai orang biasa yang boleh menghasilkan video mereka sendiri di youtube.

    Apakah Produk Maklumat?

    Ianya adalah seperti buku, manual, video, kaset, disket atau CD bermaklumat.

    Apa yang perlu anda lakukan untuk menceburkan diri dalam bisnes buat duit ini adalah menghasilkan produk maklumat yang diperlukan orang dan menjadikannya supaya orang lain boleh mendapatkannya.

    Hari ini penggunaan komputer dapat memudahkan lagi tugas anda untuk menyediakan produk maklumat ini.

    • Anda boleh menulis buku menggunakan komputer.
    • Anda boleh menghasilkan video menggunakan komputer.
    • Anda boleh menghasilkan audio menggunakan komputer.

    Anda jangan tekejut jika saya katakan produk maklumat adalah satu bisnes yang cukup menguntungkan.

    Pasaran untuk produk ini cukup luas dan oleh kerana skopnya begitu luas anda mempunyai pesaing yang kurang.

    Jadi peluang untuk anda berjaya dalam bisnes ini cukup cerah.

    Kebanyakan produk ini berkisar tentang hobi dan minat dimasa lapang.

    Contohnya :

    • Patti Carlson  mencipta mesin buat duit beliau berjuta dollar melalui bukunya yang bertajuk “Bagaimana Bermain Piano Dengan Senang” yang dijualnya melalui televisyen di Amerika Syarikat.
    • Robert Lauglin mencipta mesin buat duit beliau dengan hanya menjual satu kursus belajar dirumah bertajuk “Bagaimana Memainkan Lagu Pujaan Anda Dengan Piano – Hanya 3 Jam”, dan “100 Resepi Lazat Hawaii Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah” adalah satu buku kecil yang diiklankan dan dijual melalui iklan kecil dimajalah wanita dan tabloid.
    • Joe Sabah berjaya mencipta mesin buat duit beliau dengan menjual ribuan bukunya yang bertajuk “Bagaimana Mendapat Kerja Yang Anda Idamkan Dan Majikan Menelefon Anda”.

    Apa Yang Anda Perlu Lakukan!

    Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mencipta mesin buat duit anda sendiri?

    • Anda perlu belajar untuk menghasilkan produk maklumat anda sekarang!
    • Anda perlu pandai menulis buku sekarang!
    • Anda perlu ada kemahiran menulis surat jualan anda sekarang!
    • Anda perlu belajar membuat website atau blog anda sekarang!
    • Anda perlu belajar meniaga dan menjual sekarang!

    Mulakan tindakan pertama anda untuk membuat duit dengan mula mempelajari ilmu buat duit ini sekarang kemudian bertindak untuk menghasilkan produk maklumat anda sendiri.

    Selamat Mencuba!

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Mengapa Promosi Di Internet. Mengapa Promosi Di Internet. Asasnya jika anda mahu menjual produk...
    2. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
    3. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada...
    4. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
    5. 2 masalah perniagaan maklumat Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan...

  • bisnes, buat duit, filem, hari ini, produk maklumat, rahsia
  • Pengenalan Kepada Surat Jualan.
  • Pengenalan Kepada Surat Jualan.

    Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan.

    Konsep yang digunakan dalam surat jualan adalah pelanggan akan membuat tempahan atau membeli produk atau perkhidmatan yang dibaca melalui surat ataupun website.

    Surat jualan merupakan salah satu kaedah yang diguna pakai oleh penjual produk atau perkhidmatan dari rumah atau komputer dengan menggunakan medium pos atau internet untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

    Secara konsepnya, surat jualan merupakan satu kaedah menjual produk atau perkhidmatan tanpa berjumpa pelanggan dan bercakap dengan mereka.

    Surat jualan mempunyai standard dan formatnya sendiri. Ia telah digunakan oleh ramai pengusaha dari luar Negara terutama Negara-negara barat.

    Ia juga boleh bertindak untuk menjadi iklan pendek sekiranya kita bijak menggunakan tajuk sebagai tarikan perhatian pembaca.

    Perlu di ingat surat jualan yang baik adalah surat jualan yang dapat mempengaruhi orang yang membaca supaya membuat tindakan.

    - Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -

    Related posts:

    1. Mengapa Promosi Di Internet. Mengapa Promosi Di Internet. Asasnya jika anda mahu menjual produk...
    2. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
    3. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pengenalan Kepada Pemasaran Internet. Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada...
    4. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
    5. 2 masalah perniagaan maklumat Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan...

  • bijak, membaca, pengusaha, penulisan, satu