Bagaimana Buat Duit Secara Sah.

Bagaimana Buat Duit Secara Sah!

Ramai orang termasuk saya dan anda yang mahu mengetahui rahsia bagaimana membuat duit secara sah! Bukannya mencetak ringgit palsu…ini salah!

  • Buat duit disini bermaksud anda menjana pendapatan walaupun sedang tidur
  • Buat duit disini bermaksud duit yang bekerja untuk anda bukannya anda yang bekerja untuk duit.
  • Buat duit disini bermaksud anda buat sekali dan menjana keuntungan sampai bila-bila.

Untuk mencapai maksud buat duit tersebut maka bolehlah saya katakan bahawa anda perlukan satu sistem yang menjana pendapatan walaupun anda sedang tidur.

Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apa dan bagaimana mencipta sistem buat duit ini?

Mungkin anda pernah atau belum pernah mendengar bagaimana seseorang itu boleh menjana pendapatan penghasilan karya.

Penghasilan karya ini seperti mencipta dan membuat lagu, membuat filem dan menulis buku.

Mereka ini sedang mencipta sistem buat duit mereka sendiri. Ini kerana mereka hanya perlu menghasilkan karya produk mereka sekali sahaja, kemudian jual dan tunggu keuntungan datang mencurah-curah walaupun sedang tidur.

Read the rest of this entry

Bagaimana cara menulis

Penulisan atau menulis pada masa ini menjadi minat dan kemahiran oleh ramai orang. Lihat sahaja banyak blog-blog yang di hasilkan di internet.

“Satu perkara yang perlu anda ingat tanpa kemahiran menulis, minat untuk menulis dan peruntukan masa untuk menulis anda tidak dapat menyediakan maklumat yang berguna untuk pembaca blog anda.”

Saya tidak terkecuali untuk memilih menulis ini sebagai satu kemahiran yang perlu di asah. Saya berfikiran tidak ada ruginya jika saya menjadikan menulis ini sebagai satu kemahiran, ini kerana dengan mempelajari teknik menulis pada masa ini saya telah menghasilkan lebih kurang 5 naskah buku.

Walaupun buku-buku yang saya hasilkan ini masih belum mendapat sambutan namun saya percaya banyak hikmah yang diperolehi dengan menjadikan penulisan sebagai kemahiran.

  • Bayangkan dengan mempelajari ilmu-ilmu dan teknik-teknik menulis saya telah berjaya menghasilkan kertas kerja perniagaan berhalaman 40 mukasurat dan apa yang penting kertas kerja yang saya tulis itu mendapat pujian daripada pihak yang berkenaan.
  • Bayangkan dengan mepelajari ilmu-ilmu dan teknik-teknik menulis saya telah berjaya menulis surat jualan untuk tujuan menjual produk menggunakan medium pemasaran pos dan internet.
  • Bayangkan dengan mempelajari ilmu-ilmu dan teknik menulis saya telah berjaya menulis surat rasmi bagi bermacam-macam tujuan.

Itulah kelebihan-kelebihan dalam menjadikan penulisan sebagai satu kemahiran.

Dengan kemahiran dan pengalaman menulis ini saya telah berjaya menyediakan satu panduan menulis yang mungkin boleh menjadi panduan untuk anda yang bercita-cita menjadikan penulisan sebagai kemahiran, hobi atau menjana pendapatan.

penulis-pro

Untuk maklumat lanjut berkaitan panduan (e-book) ini lawati laman web ini :

http://instantbisnes.com/bagaimana-menulis/

penulis

Pengenalan Kepada Surat Jualan.

Pengenalan Kepada Surat Jualan.

Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan.

Konsep yang digunakan dalam surat jualan adalah pelanggan akan membuat tempahan atau membeli produk atau perkhidmatan yang dibaca melalui surat ataupun website.

Surat jualan merupakan salah satu kaedah yang diguna pakai oleh penjual produk atau perkhidmatan dari rumah atau komputer dengan menggunakan medium pos atau internet untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Secara konsepnya, surat jualan merupakan satu kaedah menjual produk atau perkhidmatan tanpa berjumpa pelanggan dan bercakap dengan mereka.

Surat jualan mempunyai standard dan formatnya sendiri. Ia telah digunakan oleh ramai pengusaha dari luar Negara terutama Negara-negara barat.

Ia juga boleh bertindak untuk menjadi iklan pendek sekiranya kita bijak menggunakan tajuk sebagai tarikan perhatian pembaca.

Perlu di ingat surat jualan yang baik adalah surat jualan yang dapat mempengaruhi orang yang membaca supaya membuat tindakan.

Download Wp Link Exchange!

Klik pada link di bawah untuk download plugin!

Download WP Link Exchange!

—————————————————–

Untuk test drive boleh try link exchange kat bawah ni…

Link Exchange. | Jana pendapatan secara online

———————————————————–

Rahsia Kejayaan # 3

Rahsia Kejayaan # 3 : KEAZAMAN KUAT UNTUK BERJAYA.

Kebiasaanya ramai orang yang hanya tahu dan mahu berfikir sahaja tanpa melakukan apa-apa tindakan yang seterusnya dengan serius

Inilah faktor utama yang menjadikan ramai orang gagal untuk berjaya.

Walaupun mereka mempunyai niat dan fikiran untuk berjaya tetapi tanpa keazaman yang kuat untuk berjaya ianya tidak akan menghasilkan apa-apa tindakan.

Faktor ini yang perlu di ambil kira jika anda mahu berjaya! Ianya telah menjadi hukum alam bahawa sebelum kita mencapai kejayan dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita terpaksa melalui pelbagai kesilapan, penderitaan serta kesusahan.

Sebenarnya, jika semua pengalaman ini anda jadikan ia sebagai sebahagian dari proses pembelajaran yang mesti dilalui sebelum mencapai sesuatu kejayaan saya pasti anda akan mencapai kejayaan.

Keadaan yang malang ini akan terus berlaku berulang kali sehinggalah anda dapat menukarkannya menjadi pelajaran daripada pengalaman negatif itu.

Seperti yang pernah dikatakan, kebanyakkan orang hanya bersedih kepada pengalaman negatif ini tetapi tidak menerimanya sebagai pelajaran yang dapat memperbaiki rancangannya.

Setiap kali anda menemui pengalamn negatif yang sama, anda akan menjadibiasa dengannya dan semakin fasih dan bijak untuk mengatasi masalah itu.

Oleh itu anda akan menghampiri kejayaan. Kebanyakkan orang tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai keazaman ingin berjaya yang kuat.

Read the rest of this entry

Rahsia Kejayaan # 2

Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan!


Perkara yang seterusnya yang perlu diberikan perhatian adalah cara anda membuat keputusan atas sesuatu perkara.

Ramai yang tidak berani membuat keputusan sendiri dan sentiasa bergantung kepada pendapat orang lain.

Oleh itu mereka selalu menjadi mangsa kepada pemikiran orang lain dan apa yang dilakukan bukan mengikut kehendak sendiri tetapi untuk memenuhi pendapat orang lain supaya mereka mempersetujui tindakannya.

Mereka tidak berani melakukan rancangan mereka sendiri apabila diketawakan oleh rakan-rakan dan saudara mara.

Satu rahsia untuk mengatasi masalah anda ialah jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingin tetapi fokuskan fikiran anda keatas perkara yang betul-betul menjadi keinginan anda.

Jangan membenarkan pemikiran orang lain menguasai pemikiran anda sendiri, jangan terlalu fikirkan ketidak setujuan atau penghinaan orang lain jika tidak memberi pengajaran yang baik terhadap rancangan anda itu.

Percayalah pada diri anda sendiri dan terus lakukan seperti apa yang ingin anda lakukan.

Jika anda sentiasa mementingkan kata-kata orang lain yang tidak sama dengan perancangan anda pasti anda akan terasa seperti terkurung dalam sebuah bilik yang terkunci, kearah manapun anda pergi pasti anda tidak akan dapat cari jalan keluar.

Dengan itu anda tidak mungkin akan mendapat pengalaman baru dari luar dan tidak akan dapat membuat sebarang perubahan terhadap diri dan hidup anda.

Anda akan hidup dalam blik yang dihadkan keluasannya oleh orang lain, mungkin untuk seumur hidup anda.
Selalulah berfikir secara serius dan ketahui apa yang betul-betul anda inginkan dalam hidup anda.

Read the rest of this entry

Menjana Trafik Website Atau Blog Anda.

Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda.

Pada ketika ini ramai blogger atau pun pengendali website yang masih baru mulai pening untuk mendapatkan pelawat yang datang melawat ke laman web atau blog mereka.

Manakan tidak setelah penat menghasilkan website atau blog berhari-hari, tiada seorang pun yang datang melawat website atau blog mereka.

Masalah ini menjadi sangat-sangat kritikal jika tidak di atasi. Jika ianya berlarutan di takuti kelak perasaan rasa putus asa dan putus harap untuk mengusahakan website atau blog akan wujud.

Walaupun begitu perlu di ingat bahawa pemasar internet yang bertahun-tahun mengusahakan website atau blog mereka pun masih belajar untuk meningkatkan trafik pada website atau blog mereka.

Ini disebabkan wujudnya persaingan di antara website atau blog yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan setiap hari.

Seperti yang telah anda tahu pelawat yang datang melawat ke laman web atau blog anda merupakan perkara terpenting dalam kejayaan sesebuah website atau blog tersebut.

Pelawat yang datang ke laman web atau blog anda di dikenali sebagai traffik. Selepas ini jika ada di antara rakan anda yang bercerita tentang traffik website atau traffik blog anda sudah boleh faham apakah maksudnya.

Seperti yang telah anda tahu traffik pada website atau blog sangat-sangat di perlukan bagi bermacam tujuan pada website atau blog anda.

Lebih-lebih lagi jika website atau blog yang anda hasilkan untuk tujuan perniagaan.

Walapun begitu dengan wujudnya website atau blog yang bagaikan cendawan ini sangat-sangat memberikan persaingan untuk anda.

Persoalan yang timbul bagi anda yang masih baru adalah bagaimana menjana atau mendapatkan traffik untuk website atau blog anda.

Saya akan dedahkan 7 kaedah yang menjadi mandatori bagi setiap pemasar internet dan blogger untuk mendapatkan traffik.

Walaupun begitu terdapat banyak lagi cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan trafik.

1) Kaedah PPC.

Google Adword dan Yahoo Overture menyediakan banyak skim pengiklanan yang baik untuk website atau blog anda dengan peluang mendapatkan trafik yang besar.

Walaupun begitu anda perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk mendapatkan perkhidmatan pengiklanan mereka.

Bagi saya perkhidmatan pengiklanan ini perlu anda cuba jika anda tidak banyak pengetahuan dalam menjana trafik melalui kaedah yang lain-lain.


2) Penukaran Link.

Dengan bertukar link website atau blog anda dengan orang lain merupakan teknik lama tetapi berkesan untuk mendapatkan trafik. Asasnya kedua-dua website atau blog akan mendapat manfaat bersama. Pelawat yang melawat website atau blog yang anda buat penukaran link akan klik pada website atau blog anda dan sebaliknya.

Dengan menggunakan kaedah ini juga keberangkalian website anda mendapat back link juga mudah.

Asasnya semakin banyak anda membuat penukaran link semakin banyak backlink yang anda terima dan semakin banyak trafik yang akan anda perolehi.


3) Kaedah Pemasaran Viral.

Melalui kaedah pemasaran Viral ini akan membenarkan anda untuk menyebar perkataan atau isi kandungan tentang perusahaan dan produk anda tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Konsepnya adalah orang lain akan menyebarkan produk atau perkhidmatan anda kepada orang lain tanpa menggunakan kos. Contohnya seperti penyebaran laporan percuma. Laporan percuma yang anda hasilkan akan mempunyai URL website atau URL blog anda.

Laporan percuma tersebut akan terus disebarkan kepada orang yang mahukannya. Penjanaan trafik menggunakan kaedah ini adalah pelawat yang akan klik URL website atau URL blog yang terdapat dalam laporan percuma anda itu tadi.

Sebenarnya banyak lagi kaedah yang boleh anda aplikasikan menggunakan kaedan pemasaran viral ini.

4) Enjin Pencari.

Mungkin jika saya katakan enjin pencari anda kurang faham tetapi jika saya katakan search engine mungkin anda tahu. Enjin pencari seperti Goolge.com dan Yahoo.com adalah enjin carian yang terkenal.

Dengan menggunakan kaedah kata kunci untuk enjin carian ini akan menjimatkan wang promosi dan pengiklanan anda.

Asasnya setiap isi kandungan dalam website atau post blog anda perlu lah menggunakan kata kunci yang sesuai. Enjin carian akan mencari kata kunci yang terdapat dalam isi kandungan website atau post blog anda.

Enjin carian akan memaparkan link website atau post blog anda yang mempunyai kata kunci ini.

5) Menulis Artikel.

Tulis dan hantar artikel anda ke direktori artikel. Letakkan URL website atau URL blog anda pada artikel yang di tulis.

Pembaca yang membaca artikel anda akan klik pada URL website atau blog anda jika mereka berminat untuk mengetahui kandungan yang terdapat dalam website anda.

6) Join Forum

Forum merupakan tempat yang dikunjungi pelawat setiap hari. Biasanya pelawat yang melawat forum ini adalah orang yang berulang.

Mereka akan post dan membaca thread yang di sediakan. Oleh yang demkian anda boleh tulis thread dan masukkan link website atau blog anda disitu.

Saya harap panduan ini akan memberikan panduan kepada anda. Saya akan memberikan lebih banyak panduan untuk post yang berikutnya.

Selamat Mencuba!

Rahsia Kejayaan # 1

Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda.


Punca pertama yang mempengaruhi kejayaan seseorang itu adalah berkenaan dengan keadaan, perkara dan orang yang berada disekelilingnya.

Jika anda ingin memperbaiki kewangan anda atau matlamat hidup anda, anda mesti menjauhi keadaan sekitar yang buruk atau yang akan menjejaskan tindakan anda untuk mencapai matlamat anda itu.

Contohnya, jika anda sentiasa suka bergaul dengan rakan-rakan yang suka berpoya-poya dan tidak mementingkan kehidupan dan kewangan, lama-kelamaan tanpa anda sedariĀ  anda akan berperangai seperti mereka juga.

Ini adalah sifat semulajadi manusia yang suka mengikut apa yang dilakukan oleh orangorang disekelilingnya jika sentiasa bersama mereka, dan juga disebabkan oleh pemikiran otak anda yang telah masak atau lali dengan apa yang anda lakukan selama ini.

Read the rest of this entry

Rahsia Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Duit.

RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN MENJADI WANG.

Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat.

Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila disuruh melakukan sesuatu yang tidak diminati. Sudah tentulah hasilnya tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak selesai.

Oleh itu tidak hairanlah jika anda dapat ramai orang sering bertukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.

Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak perubahan yang berlaku.

Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati.

Read the rest of this entry

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN BLOG

 

shahraduan asked:

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN BLOG

RM 3,000 Sebulan. Rahsia Buat Duit Mudah Dengan Blog http://www.shahraduan.com

Website content

 Page 3 of 19 « 1  2  3  4  5 » ...  Last »