Monday, December 28th, 2009 at
5:04 pm
Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan Perusahaan Maklumat Ini.
Baiklah, terdapat dua situasi masalah yang akan anda alami jika anda mengalami sindrom masalah yang saya jelaskan dia atas.
(1.) Mahu menjalankan perniagaan produk maklumat tetapi tidak berminat untuk menghasilkan produk maklumat sendiri.
Jika anda berperancangan untuk tidak mahu menghasilkan produk maklumat sendiri anda boleh mencari seseorang yang dapat menghasilkan produk maklumat kepada anda. Sebagai contoh jika anda mahu menghasilkan buku sebagai produk maklumat, anda boleh mencari
Sunday, December 27th, 2009 at
5:08 pm
4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan.
Supaya anda tidak tertekan dalam menghasil surat jualan, adalah lebih elok jika anda mengmalalkan tipsyang saya beri ini.
(1.) Sematkan dalam fikiran bahawa proses untuk menulis surat jualan ini tidak diajar dalam mana-mana kursus di universiti. Oleh yang demikian, ianya memerlukan banyak perkara yang perlu dipelajari.
(2.) Sentiasa berfikiran untuk menjual dan hasilnya, penulisan surat jualan yang bersandarkan kepada jualan. Maknanya ayat yang dihasilkan pasti akan menjurus kepada ayat berbaur jualan.
(3.) Tulis apa yang anda fikirkan, ini kerana idea akan datang mencurah-curah selepas itu. Tangan anda pasti tidak berhenti menaip, itu lah keseronakan yang diperolehi apabila menjadikan penulisan sebagai pemangkin kepada semua perkara.
(4.) Elakkan daripada untuk menulis seperti seorang pakar, kerana ia akan menganggu idea penulisan surat jualan. Apabila anda menulis seperti seorang pakar walaupun anda masih belum menjadi pakar, penulisan anda pasti akan terbantut disebabkan ayat yang ditulis dirasakan tidak seperti pakar.
Tip penyediaan ini di harap dapat memberikan anda perangsang kepada anda sebelum menulis surat jualan. Ini kerana anda perlu tahu bahawa bukan senang untuk menulis surat jualan yang menjual.
Saturday, December 26th, 2009 at
5:01 pm
5 Langkah Menulis Isi Kandungan.
Langkah # 1 : Masalah & Penyelesaian.
Pembaca mempunyai peringkat-peringkatnya sendiri. Biasanya pembaca lebih menggemari penulisan yang dapat menghuraikan sesuatu masalah dan penulis dapat menghuraikan penyelesaiannya. Pembaca akan dimotivasikan dari pembacaan karya tersebut.
Oleh yang demikian, sesuaikan penulisan anda samaada mahu menulis topik bagi menghuraikan sesuatu masalah ataupun tidak. Saya tidak berkata bahawa sesuatu topik itu mesti membincangkan masalah, ini kerana ia perlu dipilih.
Masaalah pengangguran semakin meningkat ketika ini, tidak banyak peluang pekerjaan dapat dinikmati oleh graduan Universiti atau Kolej. Graduan perlu bijak mencari peluang pekerjaan sendiri. Tidak terlalu memilih dalam sesuatu bidang pekerjaan merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan.
Contoh diatas merupakan isi kandungan yang membincangkan tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya. Anda perlu bijak untuk menghuraikan masalah dan penyelesaian.
Friday, December 25th, 2009 at
5:06 pm
Sekarang ini ramai orang telah membuka mata untuk menjadikan pertanian sebagai perniagaan. Mungkin di sebabkan adanya sokongan kuat terutama daripada kerajaan telah menjadikan ramai orang telah menjadikan pertanian sebagai bidang terjun.
Walaupun begitu pertanian ini bukanlah satu bidang yang mudah. Lihat sahaja bagaimana harga pasaran pada waktu ini masih lagi belum turun kerana kesukaran mendapatkan bekalan ini.
Ramai juga dari sahabat saya yang mengeluh dan putus asa setelah gagal dalam perusahaan pertanian yang di jalankan.
Namun begitu pada masa kini kecanggihan teknologi pertanian telah memungkinkan lebih ramai pengusaha pertanian berjaya menjalankan projek pertanian mereka.
Ini telah di buktikan dengan wujudnya pertanian yang menggunakan kaedah sistem fertigasi. Sistem fertigasi ini memungkinkan :
- Seorang pengusaha itu tidak perlu berpanas.
- Seorang pengusaha itu tidak perlu memegang cangkul.
- Seorang pengusaha itu tidak perlu berlumpur.
Di sebabkan oleh tidak banyak maklumat tentang pertanian fertigasi ini bolehlah di katakan bahawa sistem pertanian fertigasi ini di pelopori oleh sebilangan orang sahaja.
Berikut adalah kelebihan sistem pertanian fertigasi :
- Pemberian nutrien lengkap yang boleh di kawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan.
- Tumbesaran tanaman yang lebih terjamin kerana persekitaran yang bersih dan teratur.
- Penyakit yang datang terutama daripada tanah dapat di atasi dengan penggunaan media selain daripada tanah.
- Hasil tuaian yang lebih banyak dan berkualiti.
- Penggunaan baja yang optimum dan cekap.
- Penggunaan racun serangga yang minimum keatas tanaman.
Bagi mereka yang mahu mencuba mengusahakan pertanian fertigasi ini mereka sangat-sangat dialukan.
Saya telah berjaya membina perusahaan pertanian fertigasi sendiri.
Post ini adalah permulaan kepada perbincangan pertanian fertigasi.
Thursday, December 24th, 2009 at
5:56 pm
4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.
Langkah # 1 : Buat keputusan karya penulisan anda.
Setelah kajian pasaran dibuat, pada langkah ini anda perlu membuat keputusan apakah karya yang mahu dihasilkan samaada mahu menulis artikel atau buku.
Daripada kajian yang saya buat adalah lebih elok anda hasilkan artikel terlebih dahulu. Kemudian daripada artikel anda jadikan laporan. Daripada laporan anda jadikan ianya e-book atau buku.
Langkah # 2 : Kenalpasti topik projek penulisan anda.
Langkah yang kedua ini anda perlu membuat keputusan tentang topik yang mahu di tulis. Ini penting kerana tanpa memilih topik yang jelas ia akan menyukarkan hasil penulisan anda.
Langkah # 3 : Memilih helaian muka surat projek penulisan anda.
• Jika anda memilih artikel untuk asas kepada karya penulisan anda format standardnya adalah 500 patah perkataan.
• Jika anda memilih untuk menjadikan ia sebagai laporan cukup setakat 20 mukasurat.
• Jika anda memilih untuk menjadikan sebagai e-book cukup setakat 40 mukasurat.
• Jika anda memilih untuk menjadikannya sebagai buku minimun mukasurat adalah 100 helaian.
Langkah # 4 : Membuat anggaran masa projek penulisan dapat di siapkan.
Membuat anggaran masa untuk projek penulisan anda adalah perlu supaya anda tidak membazirkan banyak masa dan supaya anda jelas dengan tarikh penyiapan projek penulisan anda.