Tip Bisnes Archives

Ruang dan peluang perniagaan sendiri # 1

mom_at_office_1.jpgSyarikat Khas yang akan membayar sebanyak RM100,000 SEBULAN tanpa perlu melakukan apa-apa !

Baru-baru ini satu kajian dan penyiasatan mengenai kaedah menjana pendapatan cara mudah untuk dilakukan telah di buat.

Asasnya anda akan menerima bayaran walaupun tidak melakukan apa-apa pekerjaan!

Ruang dan peluang yang dimaksudkan adalah pengendalian sistem telefon berbayar 900# atau 600# .

Saya pasti anda sudah biasa dengan iklan komersial rancangan televisyen yang menawarkan program ‘talian sahabat, cerita artis , kuiz bolasepak , telekuiz , dan lain-lain rancangan berbayar.

Untuk pengetahuan anda, beberapa tahun dahulu hanya ada beberapa buah syarikat pengendali rancangan berbayar seperti ini, tetapi sekarang ianya sudah banyak ditawarkan tetapi kini telah melambak-lambak syarikat yang muncul.

Asas kepada penjanaan pendapatan daripada ruang dan peluang nini adalah anda akan menjadi ‘pembekal maklumat’ atau 'information provider (IP) '.

Orang ramai akan membuat panggilan ke nombor yang anda iklankan untuk mengetahui tentang lagu-lagu, horoskop, sahabat, cerita seram, pelajaran  dan maklumat-maklumat penting terkini.

Oleh yang demikian, anda boleh menawarkan apa-apa sahaja tajuk yang difikirkan sesuai dan boleh menarik perhatian orang ramai untuk menalipon talian yang anda promosikan.

Sesetengah daripada syarikat pengendali ini sudah mempunyai program-program khas yang disediakan dan anda hanya perlu memilih sahaja dan memberitahu mereka bila anda mahu memulakannya.

Pada kebiasaannya anda hanya perlu memperuntukkan masa sebanyak 1 jam sebulan untuk membuat beberapa buah iklan di dalam beberapa buah syarikat penerbitan yang mengiklankan talian 600# milik anda.

ecover-fertigasi.jpgSistem Fertigasi, Sistem Buat Duit Dari Laman Rumah.

Ramai orang membuat kesilapan dengan tidak mengambil peluang menjana pendapatan dari rumah.

Tips kali ini saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana menjana pendapatan dari laman rumah anda pula.

Jangan biarkan laman rumah anda terbiar tanpa memanfaatkannya terutama dalam hal buat duit!

Adakah anda tahu bahawa pertanian fertigasi pada masa kini telah menggantikan kaedah pertanian konvesional dimana pertanian konvesional ini sugguh memenatkan.

Dengan menggunakan kaedah pertanian fertigasi anda boleh mengusahakan projek kebun sayur mini anda di halaman rumah sahaja.

Ini yang saya katakan bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari laman rumah.

perniagaan pos

Perniagaan Pos.

Perniagaan melalui pos bukan menjadi perniagaan kelas rendah pada masa kini. Walaupun perniagaan ini sudah lama di praktikkan namun tidak ramai yang membuka mata untuk mengenali dan belajar menjalankan perniagaan melalui medium pemasaran yang cukup unik ini.

Di atas nama perniagaan dari rumah, ramai yang mula membuka mata untuk menjalankan perniagaan melalui medium pemasaran pos. Mungkin disebabkan lebih selesa bekerja dari rumah perniagaan pos semakin mendapat tempat pada waktu sekarang.

  • Lihat sahaja lambakan iklan yang memaparkan peluang perniagaan dari rumah hanya menggunakan medium pemasaran pos ini.
  • Lihat sahaja mengapa perkhidmatan pos semakin di tingkatkan kualti perkhidmatannya.

Ini semua disebabkan oleh kejutan yang di buat oleh medium pemasaran pos ini.

Anda juga sepatutnya merebut peluang untuk belajar menjalankan perniagaan pos ini, kerana ianya sangat mudah untuk di praktikkan!

Bagaimana Iklan

Mengapa Iklan Penting.

Seperti yang telah anda tahu, iklan merupakan perkara yang agak penting dalam pemasaran.

•    Tanpa iklan tiada orang yang kenal dengan produk anda.
•    Tanpa iklan anda sukar mendapatkan jualan.

Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai pengusaha produk atau perkhidmatan mengiklankan produk mereka di merata tempat dan melalui pelbagai cara.

Pada kebiasaanya, peniaga dan usahawan jarang-jarang terlalu berkira dalam hal promosi yang berkaitan dengan pengiklanan dalam memasarkan produk mereka.

  • Walaupun begitu, kos yang agak tinggi di perlukan dalam aktiviti promosi dan pengiklanan ini.
  • Walaupun begitu tidak ramai yang mahu belajar teknik promosi dan pengiklanan.

Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya!

Ada satu cara dimana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.

Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asas iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan dimana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian.

Iklan rampaian adalah satu iklan kecil yang ditulis. Kebiasaanya anda dapat melihat iklan rampaian ini di dalam akhbar atau pun majalah.

Walaupun ianya kecil namun ia membantu menjual produk atau perkhidmatan anda, percayalah.

Menentukan Harga Barangan.

Menentukan Harga Barangan.

Menentukan harga bagi setiap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan adalah sesuatu yang agak sukar. Ini kerana ia terpaksa mengambil kira faktor kos bahan mentah, kos penghasilan, kos pengangkutan, kos sewa kedai dan macam-macam kos lagi.

Berbeza dengan penghasilan produk atau perkhidmatan yang berteraskan produk maklumat. Ia tidak memerlukan kos bahan mentah seperti terpaksa membeli kacang soya sekiranya anda menghasilkan produk minuman susu soya.

Kos masa dan penyelidikan terhadap penghasilan produk maklumat sahaja yang sepatutnya diambil kira sebagai bahan mentah untuk produk berjenis ini. Pelik bukan?

Oleh itu untuk menentukan harga bagi setiap produk maklumat atau servis yang disediakan adalah agak mudah sedikit. Menggunakan kaedah menukar epal menjadi oren adalah kunci kepada penentuan harga untuk produk maklumat.

Sebagai contoh, menukar produk maklumat berbentuk seminar menjadi teleseminar, menukar produk maklumat berbentuk buku menjadi produk maklumat berbentuk e-book.

Epal = seminar dan Oren = telesminar.

Oleh yang demikian untuk penentuan harga untuk setiap produk maklumat yang lebih kurang sama hasilnya agak mudah ditentukan iaitu dengan membandingkan harga epal mereka (seminar) dengan harga epal anda (teleseminar).

Seminar = RM650 dan teleseminar = RM350

Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.

Jika di berikan peluang berniaga 10 tahun yang lepas saya akan memilih untuk menjalankan perniagaan menjual produk maklumat, ini disebabkan oleh beberapa kelebihan berikut :

(1.)    Buat sekali untung sampai bila-bila.

Dari pemerhatian saya, produk yang dihasilkan sekali sahaja tetapi untungnya diperolehi sampai bila-bila merupakan perusahaan yang sangat menguntungkan. Bayangkan anda hanya perlu menyediakan produk sekali sahaja kemudian dapatkan keuntungan berterusan.

Penghasilan dan penjualan produk maklumat seperti buku adalah contoh yang paling mudah untuk mencapai maksud ini. Buku di tulis sekali sahaja kemudian di pasarkan dan penulis hanya perlu menunggu duit royalti.

(2.)    Kebebasan masa kerana boleh di jalankan dari rumah.

Ya, penerbitan produk maklumat ini boleh di jalankan daripada rumah. Apa yang penting adalah hasil karya produk maklumat itu mempunyai permintaan dan ianya dapat di sampaikan kepada pelanggan.

Seperti yang telah anda maklum maklumat dapat di sampaikan kedalam bentuk tulisan, gambar dan audio.

Maksudnya adalah maklumat yang di hasilkan boleh jadi buku, e-book, video dan juga mp3. Ini membolehkan proses penghasilannya hampir tidak memerlukan material yang memerlukan anda membuka sebuah kilang ataupun kedai.

(3.)    Tentukan sendiri harga dan keuntungannya.

Produk maklumat yang anda hasilkan adalah produk anda sendiri. Maksudnya anda sendiri yang menentukan harga dan keuntungannya. Jika dikira kos pengeluarannya adalah tidak mahal mana.

Buat pengetahuan anda penghasilan produk maklumat ini memerlukan modal idea yang besar berbanding wang. Idea ini yang akan anda tukar menjadi wang, anda perlu faham konsep ini.

NOTA: Tiga kelebihan yang saya jelaskan di atas adalah sebahagian sahaja yang akan anda perolehi jika mengusahakan perniagaan produk maklumat. Hakikatnya banyak lagi kelebihan, anda cuba dan anda akan merasainya.

Mengikut pemerhatian saya tidak ramai yang mahu menjalankan perusahaan produk maklumat ini. Mungkin mereka berpendapat mereka tidak mempunyai kemahiran dan bakat dalam penghasilan produk maklumat lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penulisan. Bakat dan kemahiran bukannya datang dengan sendiri, ia perlu di asah dengan mencuba dan berusaha.

Pegang prinsip ini, biar kalah jangan gagal. Maksudnya adalah anda perlu berusaha sehingga berjaya walaupun anda kalah dalam pertandingan. Lebih baik kalah daripada anda gagal melakukan sesuatu.

Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan.

Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan.

Tidak kisahlah jika anda tidak mahu menggunakan surat jualan sebagai satu kaedah menjual produk, ini kerana terdapat banyak kaedah menjual diluar sana.

• Anda boleh menjual produk dengan berjalan kesetiap rumah dikawasan tempat tinggal dan mula menjual produk dengan bercakap.

• Anda boleh menyewa kedai dan tunggu pelanggan datang kekedai untuk membeli produk.

• Anda boleh menjual produk dengan berjumpa setiap orang yang lalu lalang di pasaraya besar.

• Anda boleh membuat panggilan rambang hanya untuk mendapatkan prospek.

Pilihan anda sendiri untuk memilih kaedah menjual produk. Tetapi saya lebih menggemari kaedah menjual produk menggunakan surat jualan, ini kerana saya tidak perlu berpeluh berjalan dari rumah kerumah.

• Saya hanya perlu berfikir dan menulis kemudian pos surat jualan kepada mereka.

• Saya hanya perlu berfikir dan menulis surat jualan di website dan mengiklankannya.

2 masalah perniagaan maklumat

Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan Perusahaan Maklumat Ini.

Baiklah, terdapat dua situasi masalah yang akan anda alami jika anda mengalami sindrom masalah yang saya jelaskan dia atas.

(1.) Mahu menjalankan perniagaan produk maklumat tetapi tidak berminat untuk menghasilkan produk maklumat sendiri.

Jika anda berperancangan untuk tidak mahu menghasilkan produk maklumat sendiri anda boleh mencari seseorang yang dapat menghasilkan produk maklumat kepada anda. Sebagai contoh jika anda mahu menghasilkan buku sebagai produk maklumat, anda boleh mencari

4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan.

Supaya anda tidak tertekan dalam menghasil surat jualan, adalah lebih elok jika anda mengmalalkan tipsyang saya beri ini.

(1.) Sematkan dalam fikiran bahawa proses untuk menulis surat jualan ini tidak diajar dalam mana-mana kursus di universiti. Oleh yang demikian, ianya memerlukan banyak perkara yang perlu dipelajari.

(2.) Sentiasa berfikiran untuk menjual dan hasilnya, penulisan surat jualan yang bersandarkan kepada jualan. Maknanya ayat yang dihasilkan pasti akan menjurus kepada ayat berbaur jualan.

(3.) Tulis apa yang anda fikirkan, ini kerana idea akan datang mencurah-curah selepas itu. Tangan anda pasti tidak berhenti menaip, itu lah keseronakan yang diperolehi apabila menjadikan penulisan sebagai pemangkin kepada semua perkara.

(4.) Elakkan daripada untuk menulis seperti seorang pakar, kerana ia akan menganggu idea penulisan surat jualan. Apabila anda menulis seperti seorang pakar walaupun anda masih belum menjadi pakar, penulisan anda pasti akan terbantut disebabkan ayat yang ditulis dirasakan tidak seperti pakar.

Tip penyediaan ini di harap dapat memberikan anda perangsang kepada anda sebelum menulis surat jualan. Ini kerana anda perlu tahu bahawa bukan senang untuk menulis surat jualan yang menjual.

5 Langkah Menulis Isi Kandungan.

5 Langkah Menulis Isi Kandungan.

Langkah # 1 : Masalah & Penyelesaian.

Pembaca mempunyai peringkat-peringkatnya sendiri. Biasanya pembaca lebih menggemari penulisan yang dapat menghuraikan sesuatu masalah dan penulis dapat menghuraikan penyelesaiannya. Pembaca akan dimotivasikan dari pembacaan karya tersebut.

Oleh yang demikian, sesuaikan penulisan anda samaada mahu menulis topik bagi menghuraikan sesuatu masalah ataupun tidak. Saya tidak berkata bahawa sesuatu topik itu mesti membincangkan masalah, ini kerana ia perlu dipilih.

Masaalah pengangguran semakin meningkat ketika ini, tidak banyak peluang pekerjaan dapat dinikmati oleh graduan Universiti atau Kolej. Graduan perlu bijak mencari peluang pekerjaan sendiri. Tidak terlalu memilih dalam sesuatu bidang pekerjaan merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan.

Contoh diatas merupakan isi kandungan yang membincangkan tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya. Anda perlu bijak untuk menghuraikan masalah dan penyelesaian.

 Page 1 of 2  1  2 »
Login