Pengenalan Kepada Pemasaran Internet.

Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada pemasaran konvesional pada ketika ini. Ramai pengusaha kini telah berlumba-lumba memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet. Apakah yang membuatkan ramai pengusaha berubah ke pemasaran internet? Apakah kelebihan yang terdapat pada kecanggihan teknologi internet ini?

Antara sebab utama adalah kerana kecepatan serta perlaksanaannya yang boleh dibuat dan dicapai secara ontime. Dengan ini banyak masa, kos dan tenaga yang dapat di jimatkan.

(1.) Mengenalpasti Pasaran Lebih Mudah.

Proses mengenalpasti pasaran dan permintaan ini menjadi lebih mudah dengan penggunaan internet. Kita tidak perlu membelek akhbar dan majalah atau membuat survey hanya untuk mengenalpasti pasaran dan permintaan.

Proses ini boleh dilakukan dengan membuat carian di enjin carian seperti Google dan Yahoo. Taip sahaja “Apa yang pelanggan mahukan” dengan kecepatan masa beribu-ribu maklumat akan disiarkan.

Daripada jawapan yang diberikan oleh enjin pencari ini anda sudah boleh membuat penyelidikan tentang keperluan dan kemahuan pengguna.

Penggunaan perisian yang dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam pemasaran internet ini lebih memudahkan anda bagi mencapai proses ini.

(2.) Laman Web Ganti Kepada Kedai Dan Pejabat.

Seperti yang anda faham bahawa dalam pemasaran konvesional anda memerlukan kedai atau pejabat atau rumah sebagai tempat memasarkan produk.

Di internet anda hanya perlu membina laman web sebagai ganti kepada alamat kedai dan kedai atau pejabat itu sendiri.

Melalui laman web, pengguna sudah mengetahui apa yang anda jual. Alamat sebenar syarikat menjadi perkara kedua dilihat oleh pengguna internet ini.

(3.) Perhubungan Mudah Melalui E-Mail.

Dalam aktiviti pemasaran konvesional anda memerlukan telefon atau surat sebagai medium perhubungan. Tetapi di internet aktiviti perhubungan ini telah di ganti dengan penggunaan e-mail.

Dengan menggunakan email sebagai ganti kepada kaedah telefon atau surat, banyak masa dan kos yang dapat di jimatkan.

Walaupun e-mail dilihat sebagai medium perhubungan yang utama dalam pemasaran intenet, medium perhubungan seperti telefon dan surat tidak boleh dibuang.

Pokoknya e-mail akan mengurangkan kos perhubungan lebih-lebih lagi jika ianya memerlukan kita membuat perhubungan dengan seseorang di luar negara. Ketika ini ramai orang yang sudah mempunyai e-mail mereka sendiri.

Terdapat Syarikat dan orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan ini. Lebih menjimatkan jika anda menyewa domain dan webhosting sendiri. Dengan cara ini anda boleh ‘setup’ sendiri alamat email anda.

Perkhidmatan e-mail percuma seperti Yahoo, Gmail sangat-sangat memberikan kemudahan kepada anda. Jika anda mahukan e-mail beralamat sendiri seperti anda@syarikatanda.com anda perlu menyewanya.

(4.) Sistem Pembayaran Menjadi Mudah.

Pemasaran yang terbaik adalah pemasaran yang berjaya memudahkan urusan pembayaran antara penjual dengan pembeli.

• Pemasaran konvesional memerlukan tunai sebagai pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.
• Pemasaran gaya pos memerlukan pengguna membeli wang pos sebagai proses pembelian produk atau perkhidmatan.

Walapun melalui pemasaran konvesional itu pelanggan masih boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, tetapi tidak semua pengusaha yang mampu memiliki mesin pembayaran kad kredit tersebut.

Oleh sebab itu kita hanya dapat melihat mesin ini berada di kedai-kedai besar sahaja.

Pemasaran internet telah berjaya memungkinkan orang biasa seperti kita menerima bayaran daripada pelanggan melalui kad kredit dengan melalui laman web sahaja. Ini telah dibuktikan oleh akaun bank maya seperti Paypal, 2CHECKOUT dan Clikckbank.

Pelanggan hanya perlu memasukkan nombor kad kredit dibahagian yang disediakan dan dalam masa beberapa saat sahaja anda sudah menerima bayaran dari pelanggan.

(5.) Produk Boleh Di Agihkan Ke Seluruh Dunia.

Banyak syarikat kurier yang menggunakan internet ini sebagai medium penglobalan bisnes mereka. Tidak hairanlah pada ketika ini Abu dari Malaysia dapat membuat penghantaran produk minyak lintah ke pelanggan Mat Salleh yang berada di United Kingdom, London.

Oleh yang demikian pengagihan produk tidak setakat dapat diagihkan didalam pasaran Malaysia sahaja.

Related Posts
Pelan Pemasaran Blog.
Pelan Pemasaran BlogTidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog mereka walaupun mereka sudah mempunyai blog sendiri. Maka tidak hairanlah kebanyakkan blog yang terhasil kosong tidak mempunyai isi kandungan yang memberi manfaat ...
READ MORE
Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend untuk menambah pendapatan.Ada dikalangan mereka ini telah menjadikan ianya sumber pendapatan utama-residual income. Bagi saya tidak mustahil untuk mencapai matlamat ...
READ MORE
Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran dalam mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara sah.Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai orang yang ditipu ...
READ MORE
Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah.
Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang 'Internet Marketer' anda perlu membaca surat jualan ini hingga habis! Tidak kiralah anda mahu promosikan produk orang lain (affiliate) atau produk anda ...
READ MORE
Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah pelanggan anda, maknanya anda tidak mempunyai pelanggan. Mungkin anda tidak begitu faham dengan pepatah ini tetapi ia begitu penting untuk ...
READ MORE
Pelan Pemasaran Blog.
Rahsia menjana wang di internet.
Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan.
Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah.
$50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah

laman-web-perniagaan




Bukti RM308,705 Di Rumah!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!

NOTA KAKI : Maklumat untuk download LAPORAN akan di hantar ke email anda. Pastikan anda memberikan alamat email yang aktif.

 

Tag:

pengenalan kepada pemasaran, pengenalan pemasaran, pengenalan pemasaran internet, cara buat kesimpulan pemasaran, Contoh pengenalan perniagaan online, PROSES MENGGUNAKAN E MARKETING SENANG, pengenalan tentang wang, pengenalan kepada perniagaan online, pengenalan kepada perniagaan internet, panduan membuat pendenalan

Related posts:

  1. Pelan Pemasaran Blog. Pelan Pemasaran Blog Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog mereka...
  2. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
  3. Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran...
  4. Panduan Promosi Dan Pengiklanan Di Internet Cara Mudah. Dari Masrule Hamid, Sahabat jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang...
  5. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...

Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>