Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu.
Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu.
Adakah anda tahu bahawa dalam diri anda terdapat satu kuasa di mana kuasa tersebut dapat menggerakkan anda daripada melakukan sesuatu perkara tanpa perlu berfikir untuk melakukannya?
Menggosok gigi merupakan salah satu contoh bagaimana kuasa ini boleh menggerakkan anda daripada tidak berfikir tentangnya. Apabila anda bangun pagi anda akan terus pergi ke bilik air basuh muka, mengambil berus gigi dan menggosok gigi anda. Setuju?
Kuasa ini yang sebenarnya di kenali dengan tabiat, di mana pada permulaannya anda perlu melalukannya berulang kali. Persoalannya bagaimana anda boleh menggunakan konsep tabiat ini dalam menjana kekayaan? Bayangkan jika anda mempunyai tabiat menyimpan. Setiap hari anda akan menyimpan RM1. Jika ianya di lakukan berterusan tanpa gagal untuk menyimpan, sebulan anda akan memperolehi RM30. Bayangkan jika tabiat menyimpan ini di teruskan sehingga 30 tahun…berapakah jumlah simpanan anda.
Mungkin ketika ini anda sudah memahami serba sedikit konsep penggunaan tabiat dalam menjana kekayaan.
Berikut adalah beberapa tabiat yang di gunakan oleh orang kaya menjana kekayaan mereka :
Tabiat # 1 : Tabiat menyimpan.
Seperti yang anda tahu menyimpan merupakan kunci kepada kekayaan. Jika anda masih tidak mempunyai tabiat untuk menyimpan, sukar untuk anda bergelar orang kaya.
Tabiat # 2 : Tabiat tidak boros dalam berbelanja.
Perlu di ingat untuk menjadi orang kaya anda perlu bijak membezakan keperluan dengan kehendak. Orang kaya mempunyai tabiat membeli jika perlu sahaja, berbeza dengan orang biasa yang mempunyai tabiat melebihi kehendak dimana kehendak merupakan kunci kepada kehilangan wang anda.
Tabiat # 3 : Tabiat merekod keluar masuk duit.
Jika anda susah sangat untuk merekod aliran keluar dan masuk wang anda, simpan resit atau bil yang di terima. Hujung bulan anda perlu membuat semakan terhadap resit atau bil-bil tersebut. Kira wang yang masuk dan wang yang keluar. Rekod perbelanjaan yang menggunakan wang yang banyak dan cuba untuk mengelakkan daripada terlebih belanja untuk keperluan tersebut.
Walaupun anda melihat tabiat-tabiat yang saya jelaskan di atas merupakan perkara yang sudah anda tahu, persoalannya adalah adakah anda mempunyai tabiat ini? Wujudkan tabiat asas ini dalam kehidupan anda dan lihat perbezaannya…
Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Senang. Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan...
- Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
- Menjana Trafik Website Atau Blog Anda. Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda. Pada ketika ini...
Tagged with: amalan harian • berus gigi • bil bil • orang kaya • tabiat • wang yang
Filed under: Blog • Tip Kekayaan
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!
Possibly related posts
Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya.
Jika anda masih tidak kaya walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun, ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.
Cuba jawab pertanyaan ini dengan jujur. Apakah matlamat anda dalam bulan ini? Jika anda dapat memberikan sekurang-kurangnya 1 jawapan, maka anda bolehlah di golongkan ke dalam golongan orang yang berjaya…tetapi jika anda tidak dapat menjawab, jelaslah anda perlukan bantuan.
Mengikut kajian, matlamat merupakan perkara terpenting dalam menjana kejayaan dan kekayaan, tanpa matlamat ibarat kapal tanpa pengemudi, dimana kapal itu akan hanyut di bawa ombak yang tidak tahu akan nasibnya.
Dalam kehidupan anda memerlukan matlamat. Matlamat mahu bekerja makan gaji selama 3 tahun sahaja. Matlamat mahu menyimpan duit 10,000.00 setelah 3 tahun bekerja. Matlamat mempunyai perniagaan sendiri dengan modal permulaan RM10,000.00.
Matlamat yang akan menentukan hala tuju kehidupan anda. Mungkin kini anda mulai sedar mengapa sehingga kini walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun anda masih belum kaya. Matlamat perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa tindakan matlamat hanya tinggal matlamat. Untuk membuat tindakan daripada matlamat yang telah di tetapkan penggunaan kuasa minda sangat-sangat membantu.
Saya telah menyediakan panduan untuk anda di mana saya telah menjelaskan asas kejayaan dan kekayaan ini di dalam buku “Formula IBC”.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Senang. Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan...
- Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
- Menjana Trafik Website Atau Blog Anda. Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda. Pada ketika ini...
- hanyut, kapal, kejayaan, mahu, ombak, perniagaan
Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat
Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila sahaja anda menerimanya.Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk anda memboroskannya bila anda mendapatnya.
Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.
Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.
Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan.
Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang anda perolehi.
Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Senang. Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan...
- Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
- Menjana Trafik Website Atau Blog Anda. Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda. Pada ketika ini...
- cermat, peratus, perolehan, rahsia, semangat, wang yang
Kesilapan dalam pengurusan perniagaan Apabila anda menjalankan apa-apa perniagaan pun, kesilapan mudah sangat dilakukan., ini kerana anda tidak mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan sebelum ini.
Itu adalah lebih baik daripada anda tidak mencubanya langsung.
Kesilapan yang berlaku biasanya adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh mana-mana pengusaha terutama pengusaha dirumah seperti anda. Oleh yang demikian saya akan menyenaraikan beberapa kesilapan yang biasa berlaku, dan anda boleh cuba untuk mengelaknya.
Berpendapat bahawa skill yang ada tidak diperlukan langsung.
Katakan anda tidak tahu langsung tentang pengurusan rekod akaun atau katakan anda tidak tahu untuk sekurang-kurangnya mengambil pusing aliran keluar masuk wang anda.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan. Dibiarkan disini bermaksud anda tidak mahu ambil tahu perkara-perkara tersebut dengan menyerahkan perkara tersebut kepada sebagai contoh membayar kepada akauntan. Pengurusan akaun sepatutnya perlu anda ketahui, supaya anda dapat mengetahui perjalanan syarikat.
Tidak menguruskan masa.
Bekerja dari jam 9 hingga 5 adalah waktu bekerja untuk mereka yang dibayar gaji. Apabila anda menjalankan perniagaan dirumah, masa boleh jadi tidak menentu.
Tidak ada orang yang melarang anda supaya mesti bekerja dari jam 9 hingga 5.
Anda perlu menyiapkan jadual anda setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun sendiri! Pastikan jadual tersebut perlu anda ikuti dan pastikan setiap masa perlu memberikan hasil.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Senang. Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan...
- Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
- Menjana Trafik Website Atau Blog Anda. Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda. Pada ketika ini...
- kesilapan perniagaan
Bagaimana Iklan Mengapa Iklan Penting.
Seperti yang telah anda tahu, iklan merupakan perkara yang agak penting dalam pemasaran.
• Tanpa iklan tiada orang yang kenal dengan produk anda.
• Tanpa iklan anda sukar mendapatkan jualan.Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai pengusaha produk atau perkhidmatan mengiklankan produk mereka di merata tempat dan melalui pelbagai cara.
Pada kebiasaanya, peniaga dan usahawan jarang-jarang terlalu berkira dalam hal promosi yang berkaitan dengan pengiklanan dalam memasarkan produk mereka.
- Walaupun begitu, kos yang agak tinggi di perlukan dalam aktiviti promosi dan pengiklanan ini.
- Walaupun begitu tidak ramai yang mahu belajar teknik promosi dan pengiklanan.
Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya!
Ada satu cara dimana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.
Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asas iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan dimana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian.
Iklan rampaian adalah satu iklan kecil yang ditulis. Kebiasaanya anda dapat melihat iklan rampaian ini di dalam akhbar atau pun majalah.
Walaupun ianya kecil namun ia membantu menjual produk atau perkhidmatan anda, percayalah.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Senang. Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan...
- Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
- Menjana Trafik Website Atau Blog Anda. Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda. Pada ketika ini...
- jualan, mahu, pengiklanan, perniagaan, promosi, usahawan
Perniagaan internet Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran dalam mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara sah.
Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai orang yang ditipu oleh banyak program yang menjanjikan pulangan pendapatan lumayan tetapi pada akhirnya habuk pun tiada.
Ini telah di buktikan dengan kes-kes penipuan skim cepat kaya, dimana ramai orang yang sanggup berhabisan duit hanya kerana terpedaya dengan program yang menjanjikan peluang menjana pendapatan tanpa perlu bekerja atau berniaga.
Asasnya ramai orang yang membuat kesilapan dengan terpedaya dek kata-kata tidak perlu menjual atau tidak perlu bekerja tetapi boleh menjana pendapatan lumayan.
Ini yang menjadikan masalah besar oleh kebanyakkan orang.Mengikut kajian anda hanya boleh menjadi kaya jika pandai berniaga dan tahu menjual! Noktah!
Mungkin di sebabkan kena menjual atau perlu berniaga ramai orang yang tidak sanggup menanggung risiko serta belajar untuk meniaga dan menjual.
- Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja mudah percaya dengan program-program yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa membuat kajian dan penilaian terhadap program-program terebut.
- Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja menolak untuk belajar menjual dan berniaga sedangkan ia merupakan salah satu kunci kejayaan dan kekayaan.
Jawapannya mungkin juga kita tidak suka untuk belajar mencari dan mendapatkan ilmu.Kini persoalan menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan hampir sahaja boleh dicapai, ini telah di buktikan dengan wujudnya gabungan medium pemasaran gaya pos dan teknologi pemasaran internet.
- Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual buku.
- Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual produk ubat anda.
- Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk mempromosikan perkhidmatan mendesain.
Walaupun begitu tidak semua produk atau perkhidmatan boleh dijual dan di niagakan melalui pos dan juga internet.Apa yang lebih penting adalah anda dapat belajar memulakan perniagaan dan belajar menjual tanpa perlu keluar dari rumah, berjumpa dan bercakap dengan prospek.
Inilah yang dikatakan proses menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan.
Persoalan yang akan wujud bagi ramai orang adalah bagaimana menjalankan perniagaan dan menjual di internet ataupun pos?Tetapi sebelum itu mari kita lihat mengapa anda perlu memilih pemasaran melalui pos dan internet sebagai tapak anda belajar menjual dan berniaga dari rumah.
Pertama sekali, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyewa kedai kerana anda boleh jalankan perniagaan ini dari rumah.
Kedua, pelanggan anda meliputi pelanggan dari seluruh dunia jika menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan pelanggan anda adalah yang mempunyai alamat rumah atau pejabat jika menggunakan medium pemasaran pos.
Ketiga, menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet memudahkan anda membuat follow up dengan kos yang murah berbanding penggunaan telefon.
Itu hanya 3 kelebihan yang saya boleh senaraikan disini, tetapi hakikatnya lebih banyak kelebihan.Apa yang lebih penting anda perlu mencuba sedaya upaya untuk belajar menjalankan perniagaan melalui medium pemasaran pos dan internet.
Persoalan lain yang menjadi tanda tanya bagi anda yang masih tercari-cari peluang menjana pendapatan daripada pos dan internet ini adalah produk atau perkhidmatan yang bagaimana boleh dijual.
Idea Menjana Pendapatan Dari Pos Dan Internet.
Perkara Pertama : Pilih produk atau perkhidmatan yang mahu di jual.Menjual produk maklumat.
Pada masa sekarang menghasil dan menjual produk maklumat seperti e-book, buku, video dan audio menjadi pilihan oleh ramai orang. Anda juga boleh mencubanya.
Asasnya untuk menjalankan model perniagaan sebegini anda hanya perlu pandai menulis.
Menjadi affiliate.Jika anda malas untuk menghasilkan produk sendiri, anda boleh memilih untuk menjadi ahli affiliate kepada prorgram yang di jalankan di internet.
Sebagai contoh dengan menjadi ahli affiliate anda akan diberikan 50% jika berjaya menjual.Perlu anda tahu bahawa menjadi affiliate memerlukan kemahiran dalam pemasaran di internet. Asasnya anda perlu mahir dalam menjana traffik.
Kembali kepada pembelajaran kita pada kali ini.
Perkara Kedua : Kemahiran menulis surat jualan.
Untuk menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet anda memerlukan satu teknik khas untuk menjual tanpa perlu berjumpa dan bercakap dengan pelanggan.
Teknik jualan tersebut lebih dikenali sebagai menjual produk atau perkhidmatan melalui surat jualan yang ditulis.
Jika anda memilih medium pemasaran gaya pos anda boleh menulis surat jualan kemudian pos kepada pelanggan.Jika anda memilih medium pemasaran internet anda boleh menulis surat jualan di laman web atau blog.
Perkara Ketiga : Promosi dan pengiklanan.
Dalam perniagaan atau proses menjual promosi dan pengiklanan adalah perkara yang sangat penting.
Pemasaran melalui pos dan internet juga memerlukan promosi dan pengiklanan.Walaupun begitu teknik promosi dan pengiklanan melalui internet lebih menjimatkan berbanding promosi dan pengiklanan di televisyen dan majalah.
Apa yang mahu saya jelaskan dalam artikel ini adalah anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan jika mahu belajar dan sanggup berusaha.
Semoga artikel ini dapat menjelaskan serba sedikit bagaimana anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan disamping mempunyai perniagaan anda sendiri yang boleh di jalankan dengan segera.
Kejayaan dan kekayaan pasti akan menyusul jika anda mula membuka mata dan minda untuk belajar dan mencari ilmu.Semoga berjaya.
Demi Kejayaan Anda,
Masrule Hamid.
www.instantbisnes.comArtikel ini dilindungi dengan hak cipta terpelihara. Artikel ini di tulis oleh Masrule Hamid.Sebarang pengambilan dan pengubahan terhadap artikel ini adalah di larang sama sekali melainkan dengan persetujuan penulis.- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya. Jika...
- Rahsia Mencari Wang Yang Banyak Dari Rumah # 1 Mengamalkan tabiat berjimat cermat Satu perkara yang amat sukar...
- Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Senang. Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan...
- Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan. Jika di berikan peluang...
- Menjana Trafik Website Atau Blog Anda. Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda. Pada ketika ini...
- berniaga, kunci kejayaan, pemasaran internet, pendapatan lumayan, perniagaan internet, ubat




Leave a Reply