Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah pelanggan anda, maknanya anda tidak mempunyai pelanggan. Mungkin anda tidak begitu faham dengan pepatah ini tetapi ia begitu penting untuk difikirkan.

Seorang pengusaha gayapos terkenal di Amerika, Kevin Nolan telah melalui pengalaman pahit ini dan berharap anda dapat mengambil iktibar daripadanya.

Salah satu daripada bisnes gayaposnya, beliau menerbitkan dan menjual buku, kaset, bulletin dan produk informasi – bisnes, motivasi dan pemasaran; dan beliau mengalami kerugian yang agak besar daripada satu masalah ini : iaitu setiap orang MUNGKIN menjadi pelanggannya.

Ini menjadikan kos permulaan untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru amatlah tinggi. Ini juga memerlukan pelaburan yang agak tinggi dalam mendapatkan setiap pelanggan baru.

Beliau terpaksa menempah ruang iklan yang mahal dalam satu majalah terkenal, suratkhabar atau television atau menyewa senarai nama pelanggan- beliau lakukan semuanya tetapi kerana kos dan pelaburan yang terpaksa dilakukan, syarikat beliau bergerak dengan perlahan.

Tetapi dalam satu daripada bisnesnya, beliau menerbitkan dan memasarkan satu produk yang cukup tepat kepada para doktor gigi, dimana bisnes ini sungguh menguntungkan dan kosnya juga agak sedikit jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Mengapa?

Kerana terdapat lebih kurang 100,000 doktor gigi di Amerika. Nama mereka sudah tercatit dalam direktori, yellow pages dan senarai nama yang hanya kosnya satu pertiga daripada penyewa biasa.

Majalah yang mereka baca juga menawarkan kos iklan yang agak berpatutan.

Untuk kes yang pertama tadi, beliau terpaksa melabur dalam menempah iklan hanya untuk membezakan orang yang berminat dengan produknya daripada orang yang tidak berminat langsung.

Kemudian, barulah beliau boleh melabur dengan lebih agresif lagi terhadap mereka-mereka yang menunjukkan minat ini.

Berbeza dengan kes kedua, beliau tidak memerlukan pelaburan yang pertama. Setiap doktor gigi berminat untuk mendapatkan maklumat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Untuk itu nasihat untuk pengusaha gayapos baru ialah untuk mencari dan mengambil peluang kepada pasaran yang telah sedia ada.

$50,000 Sebulan Bisnes dari Rumah

Ini adalah kisah benar untuk renungan anda bersama. Jeff dan Peggy Paul telah menjalankan satu bisnes gayapos dan telah rugi dengan teruknya dan menanggung hutang lebih $200,000.00!

Jeff merupakan bekas Perancang Kewangan yang terlatih dan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan. Selepas menghadiri satu persidangan gayapos beliau mendapat idea yang bagus!

Dia mempunyai maklumat khas (merancang kewangan keluarga) yang boleh diberikan kepada pasaran yang sudah ada( mereka yang sudah berkahwain).

Selepas mengubah teknik bungkusan dan iklan maklumatnya beliau menggunakan strategi baru ini.

Pada bulan pertama jualannya meningkat daripada $1000 kepada $13000. Kemudian menjadi $30,000 dan lebih $50,000 jualan, dalam SEBULAN daripada bisnes gayapos yang beliau lakukan sendiri dari rumah.

Cuba perhatikan: Jeff bukanlah seorang yang pakar iklan yang terlatih atau pakar pemasaran terus. Dia bukannya “semulajadi”.

Dia berusaha dengan gigih untuk mendapatkan apa yang perlu. Pentingnya ialah orang muda ini telah mencipta kebebasan kewangan buat dirinya dengan idea yang saya kongsi bersama anda dalam laporan ini.

Perkara lain yang perlu diambil kira

Dengan dapat mengelakkan daripada “mencari bakal prospek yang  layak”, anda dapat menjimatkan banyak perbelanjaan, pelaburan modal, ekperimen dan kekecewaan.

Anda mengurangkan risiko yang perlu ditanggung. Dengan menumpukan kepada pasaran yang sedia ada, anda boleh menggunakan majalah atau suratkhabar yang murah untuk menempah iklan.

Dengan menggunakan pasaran ini juga, anda dapat menyewa senarai nama yang agak baik dan berkemungkinan tinggi untuk membeli produk anda.

Dengan menulis surat jualan, brosur juga menjadi mudah apabila anda tahu bagaimana untuk menggunakan bahasa yang sesuai , membicarakan tentang keperluan,minat , pengalaman dan impian mereka.

Akhirnya, produk yang khas juga boleh diletakkan harga yang tinggi daripada produk awam yang dijual kepada semua orang.

Harga? Anda memerlukan paling kurang 4x (400%) atau 8x(800%) keuntungan keatas apa juga produk yang anda mahu jual jika mahu menggunakan akhbar atau majalah.

Jika kosnya RM1.00 anda tidak boleh menjualnya pada RM2.00 untuk membuat keuntungan.

Wang yang anda dapat perlu digunakan untuk terus menempah iklan sebelum anda betul-betul mendapat pesanan yang banyak.

Nasihat ringkas ini adalah satu pendekatan yang tepat jika anda mahu membuat wang dalam gayapos.

Bukan sahaja RM50,000 sebulan bahkan RM100,000 atau lebih sebulan adalah tidak mustahil jika produk anda sesuatu yang dicari oleh pasaran yang sedia ada – pelajar, polis, keluarga, doktor, wanita, kaum ibu, perokok, penggangur, surirumah.

Fikirkan. Selamat berjaya.

Related Posts
Panduan Bisnes Dari Rumah
Masukkan nama dan alamat email anda untuk dapatkan laporan "Rahsia Buat Duit Dari Rumah" SEKARANG!!   Masukkan nama & alamat email anda untuk mendapatkan laporan ini! Laporan Buat Duit Dari Rumah! Nama : Email : Dapatkan ...
READ MORE
500 artikel english untuk dimiliki
Dari Masrule Hamid,Sekarang ini banyak juga website/blog yang dihasilkan, rata-ratanya tidak mendatangkan pendapatan.Ianya berlaku kerana pemilik website/blog tidak meletakkan iklan Google Adsense didalam website/blog mereka.Kesilapan Tentang Tiada Pengetahuan Dan Kemahiran ...
READ MORE
Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran dalam mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara sah.Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai orang yang ditipu ...
READ MORE
Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend untuk menambah pendapatan.Ada dikalangan mereka ini telah menjadikan ianya sumber pendapatan utama-residual income. Bagi saya tidak mustahil untuk mencapai matlamat ...
READ MORE
Bagaimana membuat blog cara mudah
Bagaimana membuat blog cara mudah.Hari ini ramai orang yang mahu mempunyai blog mereka sendiri. Mereka mahu mempunyai blog mereka untuk bermacam tujuan. Ada yang mahu sekadar untuk hiburan, ada yang ...
READ MORE
Panduan Bisnes Dari Rumah
500 artikel english untuk dimiliki
Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan.
Rahsia menjana wang di internet.
Bagaimana membuat blog cara mudah



Bukti RM308,705 Di Rumah!

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Orang Kaya Buat Duit Dengan Membuat Pendaftaran Keahlian Di Sini!

NOTA KAKI : Maklumat untuk download LAPORAN akan di hantar ke email anda. Pastikan anda memberikan alamat email yang aktif.

 

Tag:

$50 000 Sebulan Bisnes Dari Rumah, buat duit guna handset, senarai nama orang awam yang minat melabur

Related posts:

  1. Panduan Bisnes Dari Rumah Masukkan nama dan alamat email anda untuk dapatkan laporan “Rahsia...
  2. 500 artikel english untuk dimiliki Dari Masrule Hamid, Sekarang ini banyak juga website/blog yang dihasilkan,...
  3. Rahsia menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan. Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran...
  4. Rahsia menjana wang di internet. Menjana wang di internet sekarang ini telah menjadi satu trend...
  5. Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...

Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>