5 Langkah Menulis Isi Kandungan.
5 Langkah Menulis Isi Kandungan.
Langkah # 1 : Masalah & Penyelesaian.
Pembaca mempunyai peringkat-peringkatnya sendiri. Biasanya pembaca lebih menggemari penulisan yang dapat menghuraikan sesuatu masalah dan penulis dapat menghuraikan penyelesaiannya. Pembaca akan dimotivasikan dari pembacaan karya tersebut.
Oleh yang demikian, sesuaikan penulisan anda samaada mahu menulis topik bagi menghuraikan sesuatu masalah ataupun tidak. Saya tidak berkata bahawa sesuatu topik itu mesti membincangkan masalah, ini kerana ia perlu dipilih.
Masaalah pengangguran semakin meningkat ketika ini, tidak banyak peluang pekerjaan dapat dinikmati oleh graduan Universiti atau Kolej. Graduan perlu bijak mencari peluang pekerjaan sendiri. Tidak terlalu memilih dalam sesuatu bidang pekerjaan merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan.
Contoh diatas merupakan isi kandungan yang membincangkan tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya. Anda perlu bijak untuk menghuraikan masalah dan penyelesaian.
Related posts:
- 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. Langkah # 1 :...
- 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. Supaya anda tidak...
- LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN Rahsia menjual produk di internet...
- 3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan...
- Pengenalan Kepada Surat Jualan. Pengenalan Kepada Surat Jualan. Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan...
Tagged with: bijak • graduan • pekerjaan sendiri • pengangguran • penulisan
Filed under: Blog • Tip Bisnes
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!
Possibly related posts
3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan membaca sudah mencukupi. Menetapkan minda untuk menjadikan menulis sebagai kerjaya yang menjadikan ianya sesuatu yang sukar.
Oleh yang demikian berikut adalah 3 sebab yang dapat saya senaraikan mengapa anda perlu menjadi penulis, fikirkan sebab-sebab yang disenaraikan dan cuba untuk menjadikan sebab tersebut sebagai matlamat anda menulis.
Sebab # 1 : Menjana Pendapatan.
Menjana pendapatan menjadi sebab utama bagi ramai penulis menulis buku, tidak terkecuali saya. Lihat sahaja saudara Azizi Ali yang telah menggemparkan industri penulisan buku dengan karya tulisan buku motivasi panduan kewangannya.
Sehingga sekarang, telah bermacam buku yang telah ditulis oleh beliau. Tidak hairanlah bahawa beliau ketika ini sedang mencetak wang dari empayar penerbitan buku hasil penulisan buku.
Sebab # 2 : Memberi dan berkongsi ilmu.
Biasanya menulis buku kepada pembaca wujud dari idea bagaimana mahu menterjemahkan sebuah panduan kedalam bentuk tulisan.
Harapan oleh banyak penulis agar buku yang di hasilkan menjadi sesuatu yang sangat bermanfaat kepada semua orang yang membacanya.
Menulis buku merupakan satu kaedah penyampaian ilmu yang sangat berkesan.
Buku teks merupakan contoh bagaimana ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah.
Buku motivasi menjadi panduan kepada mereka yang perlukan motivasi tanpa berjumpa pakar kaunseling.
Sebab # 3 : Meluahkan pendangan dan perasaan.
Ada sesetengah penulis yang mahu meluahkan perasaannya dengan menulis, dengan harapan perasaannya itu dapat diluahkan dengan pembaca.
Oleh yang demikian jika anda mempunyai perasaan yang mahu diluahkan, maka bolehlah menulis buku untuk menterjemahkan perasaan.
Menulis novel merupakan contoh bagaimana perasaan anda dapat diluahkan melalui tulisan.
Terserah kepada anda untuk memilih bidang penulisan anda, apa yang lebih penting adalah anda perlu memulakan proses pembelajaran penulisan anda sekarang!
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. Langkah # 1 :...
- 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. Supaya anda tidak...
- LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN Rahsia menjual produk di internet...
- 3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan...
- Pengenalan Kepada Surat Jualan. Pengenalan Kepada Surat Jualan. Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan...
- azizi ali, buku teks, kemahiran menulis, menjadi penulis, motivasi, pelajar sekolah
LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN
Rahsia menjual produk di internet
1. Menulis perhatian
- Perhatian perlu dibuat berdasarkan masalah yang dihadapi dan bagaimana dengan menggunakan produk anda masalah tersebut dapat diselesaikan.
- Perhatian dihasilkan berdasarkan bagaimana pelanggan dapat manafaat dari anda.
- Ia mesti pendek dan terus kepada point.2. Pengenalan
- Pokoknya adalah memberitahu siapa anda dan mengapa pembaca perlu dan boleh mempercayai anda.
- Mulakan surat jualan anda dengan membuat perhubungan yang baik dengan pembaca dan jadikan ianya begitu peribadi.
- Mulakan pengenalan surat jualan anda dengan memberitahu bagaimana anda menjumpai penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi bakal pelanggan anda.
- Beritahu pembaca yang anda berjaya meyelesaikan permasalahan tersebut dengan menggunakan produk yang dihasilkan oleh anda.
- Matlamat utama adalah menjadikan sesuatu permasalahan itu besar dan semakin besar dan menjadikan penyelesaianya menjadi semakin mudah untuk digunakan.3. Dimana mahu bermula.
- Mulakan dengan pengenalan.
- Beritahu bagaimana pada suatu ketika anda menjumpai sesuatu masalah tetapi rupa-rupanya ramai yang mempunyai masalah yang sama.
- Beritahu yang anda telah membuat penyelidikan dan akhirnya anda mempunyai penyelesaiannya.
- Beritahu produk anda adalah penyelesaian kepada permasalahan mereka.
- Beritahu kelebihan yang ada pada produk anda.
- Masukkan elemen paksaan kedalam surat jualan.
- Letakkan harga yang beresuaian (ingat formula tukar epal menjadi oren).
- Mudahkan pembaca untuk membuat tindakan setalah membaca surat jualan anda. (Subscribe kepada newsletter atau terus membeli produk anda.
- Letakkan elemen P.S bagi setiap surat jualan yang anda hasilkan. P.S tersebut merupakan ringkasan kepada surat jualan anda.
- Latih diri anda untuk mengahsilkan lebih banyak surat jualan seperti pepatah ‘Practice make perfect’.- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. Langkah # 1 :...
- 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. Supaya anda tidak...
- LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN Rahsia menjual produk di internet...
- 3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan...
- Pengenalan Kepada Surat Jualan. Pengenalan Kepada Surat Jualan. Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan...
- Add new tag, berjaya, elemen, menulis, mulakan, penyelidikan, perhubungan, Rahsia menjual produk di internet
4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.
Langkah # 1 : Buat keputusan karya penulisan anda.
Setelah kajian pasaran dibuat, pada langkah ini anda perlu membuat keputusan apakah karya yang mahu dihasilkan samaada mahu menulis artikel atau buku.
Daripada kajian yang saya buat adalah lebih elok anda hasilkan artikel terlebih dahulu. Kemudian daripada artikel anda jadikan laporan. Daripada laporan anda jadikan ianya e-book atau buku.
Langkah # 2 : Kenalpasti topik projek penulisan anda.
Langkah yang kedua ini anda perlu membuat keputusan tentang topik yang mahu di tulis. Ini penting kerana tanpa memilih topik yang jelas ia akan menyukarkan hasil penulisan anda.
Langkah # 3 : Memilih helaian muka surat projek penulisan anda.
• Jika anda memilih artikel untuk asas kepada karya penulisan anda format standardnya adalah 500 patah perkataan.
• Jika anda memilih untuk menjadikan ia sebagai laporan cukup setakat 20 mukasurat.
• Jika anda memilih untuk menjadikan sebagai e-book cukup setakat 40 mukasurat.• Jika anda memilih untuk menjadikannya sebagai buku minimun mukasurat adalah 100 helaian.
Langkah # 4 : Membuat anggaran masa projek penulisan dapat di siapkan.
Membuat anggaran masa untuk projek penulisan anda adalah perlu supaya anda tidak membazirkan banyak masa dan supaya anda jelas dengan tarikh penyiapan projek penulisan anda.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. Langkah # 1 :...
- 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. Supaya anda tidak...
- LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN Rahsia menjual produk di internet...
- 3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan...
- Pengenalan Kepada Surat Jualan. Pengenalan Kepada Surat Jualan. Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan...
- e book, elok, jelas, mahu, membuat keputusan, menulis artikel
Pelan Pemasaran Blog. 
Pelan Pemasaran Blog
Tidak ramai yang tahu mengorganisasikan blog mereka walaupun mereka sudah mempunyai blog sendiri. Maka tidak hairanlah kebanyakkan blog yang terhasil kosong tidak mempunyai isi kandungan yang memberi manfaat kepada pengunjung
Mungkin ini disebabkan oleh tidak mempunyai perancangan untuk menguruskan blog mereka.
Asas kepada penghasilan blog yang mempunyai barisan peminat dan pelawatnya adalah isi kandungan yang terdapat dalam blog itu sendiri.
Ini adalah termasuk skill penulisan, topik yang di bincangkan, kategori blog yang di pilih dan isi kandungan blog itu sendiri.
Bagi saya jika anda bisa menulis isi kandungan yang memberi manfaat kepada pelawat maka anda telah berjaya menulis post yang mendapat permintaan dari pelawat.
Mungkin anda tertanya-tanya apa dan bagaimana pelan yang perlu ada dalam penghasilan isi kandungan blog yang bermanfaat.
1) Kategori Blog.
Asasnya terdapat beberapa kategori blog yang popular, antaranya adalah :
a) Kategori blog berjenis orgranisai.
Kategori blog berjenis ini di wujudkan bagi tujuan penyampaian dan perkongsian maklumat antara ahli organisasi mereka.
Contohnya seperti :
- Perkongsian dan perbincangan maklumat tentang pelajaran yang akan di ajar pada esok hari bagi pelajar sekolah.
- Perkongsian masalah dan perkongsian maklumat mengenai produk baru antara pekerja dengan majikan.
- Perkongsian maklumat tentang kurusu yang di adakan antara penganjur kursus dengan peserta.
b) Kategori blog berjenis perniagaan.
Kategori blog berjenis ini pula di wujudkan bagi tujuan peneybaran maklumat tentang produk atau perkhidmatan mereka.
Blog berjenis ini di wujudkan bagi tujuan perkongisan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang di tawarkan atau menjual terus kepada pelanggan.
Walaupun begitu anda perlu menyediakan maklumat yang bermanfaat kepada ahli-ahli anda jika mahu menghasilkan blog berkategori begini.
c) Kategori blog berjenis sendirian.
kategori blog berjenis ini di wujudkan bagi tujuan perkongsian maklumat tentang diri sendiri. Sebagai contoh anda boleh menyediakan maklumat tentang mimpi anda malam tadi atau perkara-perkara yang berlaku dalam hidup anda.
Penulis perlu bijak menyediakan maklumat supaya ianya tidak membosankan. Ramai orang yang tidak mahu membaca atau mendengar kisah orang lain dengan membangga diri.
Oleh itu programkan isi kandungan blog anda jika mahu memilih blog berkategori ini.
2) Sasaran Pelawat.
Siapa pelawat anda, apa yang mahu anda kongsikan dengan mereka, apa yang mereka mahukan sangat-sangat memainkan peranan dalam penghasilan blog yang berkualiti.
Faktor ini perlu dimasukkan dalam pelan penghasilan blog anda.
Lebih mudah jika anda buatkan draf dengan memasukkan faktor-faktor ini. Ia akan menjadikan anda dapat melihat seluruh gambaran blog.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. Langkah # 1 :...
- 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. Supaya anda tidak...
- LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN Rahsia menjual produk di internet...
- 3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan...
- Pengenalan Kepada Surat Jualan. Pengenalan Kepada Surat Jualan. Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan...
- berjaya, menulis, pelan pemasaran, perkongsian maklumat, produk baru, yang memberi manfaat
Pengenalan Kepada Surat Jualan. Pengenalan Kepada Surat Jualan.
Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan.
Konsep yang digunakan dalam surat jualan adalah pelanggan akan membuat tempahan atau membeli produk atau perkhidmatan yang dibaca melalui surat ataupun website.
Surat jualan merupakan salah satu kaedah yang diguna pakai oleh penjual produk atau perkhidmatan dari rumah atau komputer dengan menggunakan medium pos atau internet untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.
Secara konsepnya, surat jualan merupakan satu kaedah menjual produk atau perkhidmatan tanpa berjumpa pelanggan dan bercakap dengan mereka.
Surat jualan mempunyai standard dan formatnya sendiri. Ia telah digunakan oleh ramai pengusaha dari luar Negara terutama Negara-negara barat.
Ia juga boleh bertindak untuk menjadi iklan pendek sekiranya kita bijak menggunakan tajuk sebagai tarikan perhatian pembaca.
Perlu di ingat surat jualan yang baik adalah surat jualan yang dapat mempengaruhi orang yang membaca supaya membuat tindakan.
- Hakcipta Terpelihara Masrule Hamid - Website. Sebarang penggunaan dalam tulisan ini perlu mendapatkan kebenaran daripada penulis terlebih dahulu. -Related posts:
- 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. 4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan. Langkah # 1 :...
- 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. 4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan. Supaya anda tidak...
- LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN Rahsia menjual produk di internet...
- 3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan...
- Pengenalan Kepada Surat Jualan. Pengenalan Kepada Surat Jualan. Surat jualan adalah kaedah penyampaian jualan...
- bijak, membaca, pengusaha, penulisan, satu




info yang amat menarik dan berguna pada semua.