masrule

Sep 142009
 

Makan gaji atau kerja sendiri.

Pernahkah anda mengeluh kerana wang tidak cukup? Saya percaya ramai orang akan meluahkan perkara yang sama ini kerana mereka tidak faham dengan konsep menjana pendapatan dengan bekerja dengan manusia yang sebenarnya. Anda tahu bahawa anda perlu bekerja untuk mendapatkan wang, tetapi persoalan yang perlu di jawab adalah untuk siapa anda bekerja?

Jika bekerja makan gaji jawapannya adalah anda berkerja untuk majikan di mana majikan akan memberikan upah kepada anda setiap bulan. Upah yang diberikan pula sudah ditetapkan. Anda tahu upah anda setiap bulan, anda tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan.

Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin akan menggugat situasi anda, ini kerana mugkin juga upah yang anda perolehi tidak cukup untuk menampung faktor ini di mana anda sendiri tidak tahu jumlahnya.
Bagi mereka yang bernama majikan pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk pekerja. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada pekerja mereka. Mereka tahu setiap upah yang perlu diberikan kepada pekerja mereka sudah pun ditetapkan. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk memberikan upah kepada pekerja mereka. Faktor kecemasan dan kemalangan tidak memberikan banyak kesan kepada mereka tetapi akan memberikan banyak kesan kepada pekerja mereka. Maka sekali lagi anda yang bernama pekerja untuk majikan ini akan menerima situasi wang sentiasa tidak mencukupi.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula mungkin jawapan mereka adalah mereka bekerja untuk diri mereka sendiri. Mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut.

Oleh yang demikian fikir-fikirkan di mana situasi anda dan fikirkan kemana tujuan anda.

Sep 142009
 

Kesalahan yang perlu anda tahu mengapa anda tidak kaya.

Jika anda masih tidak kaya walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun, ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.

Cuba jawab pertanyaan ini dengan jujur. Apakah matlamat anda dalam bulan ini? Jika anda dapat memberikan sekurang-kurangnya 1 jawapan, maka anda bolehlah di golongkan ke dalam golongan orang yang berjaya…tetapi jika anda tidak dapat menjawab, jelaslah anda perlukan bantuan.

Mengikut kajian, matlamat merupakan perkara terpenting dalam menjana kejayaan dan kekayaan, tanpa matlamat ibarat kapal tanpa pengemudi, dimana kapal itu akan hanyut di bawa ombak yang tidak tahu akan nasibnya.

Dalam kehidupan anda memerlukan matlamat. Matlamat mahu bekerja makan gaji selama 3 tahun sahaja. Matlamat mahu menyimpan duit 10,000.00 setelah 3 tahun bekerja. Matlamat mempunyai perniagaan sendiri dengan modal permulaan RM10,000.00.

Matlamat yang akan menentukan hala tuju kehidupan anda. Mungkin kini anda mulai sedar mengapa sehingga kini walaupun sudah bekerja hampir 10 tahun anda masih belum kaya. Matlamat perlu di susuli dengan tindakan. Tanpa tindakan matlamat hanya tinggal matlamat. Untuk membuat tindakan daripada matlamat yang telah di tetapkan penggunaan kuasa minda sangat-sangat membantu.

Saya telah menyediakan panduan untuk anda di mana saya telah menjelaskan asas kejayaan dan kekayaan ini di dalam buku “Formula IBC”.

Sep 142009
 

Amalan-amalan harian orang kaya yang perlu anda tahu.

Adakah anda tahu bahawa dalam diri anda terdapat satu kuasa di mana kuasa tersebut dapat menggerakkan anda daripada melakukan sesuatu perkara tanpa perlu berfikir untuk melakukannya?

Menggosok gigi merupakan salah satu contoh bagaimana kuasa ini boleh menggerakkan anda daripada tidak berfikir tentangnya. Apabila anda bangun pagi anda akan terus pergi ke bilik air basuh muka, mengambil berus gigi dan menggosok gigi anda. Setuju?

Kuasa ini yang sebenarnya di kenali dengan tabiat, di mana pada permulaannya anda perlu melalukannya berulang kali. Persoalannya bagaimana anda boleh menggunakan konsep tabiat ini dalam menjana kekayaan? Bayangkan jika anda mempunyai tabiat menyimpan. Setiap hari anda akan menyimpan RM1. Jika ianya di lakukan berterusan tanpa gagal untuk menyimpan, sebulan anda akan memperolehi RM30. Bayangkan jika tabiat menyimpan ini di teruskan sehingga 30 tahun…berapakah jumlah simpanan anda.

Mungkin ketika ini anda sudah memahami serba sedikit konsep penggunaan tabiat dalam menjana kekayaan.

Berikut adalah beberapa tabiat yang di gunakan oleh orang kaya menjana kekayaan mereka :

Tabiat # 1 : Tabiat menyimpan.

Seperti yang anda tahu menyimpan merupakan kunci kepada kekayaan. Jika anda masih tidak mempunyai tabiat untuk menyimpan, sukar untuk anda bergelar orang kaya.

Tabiat # 2 : Tabiat tidak boros dalam berbelanja.

Perlu di ingat untuk menjadi orang kaya anda perlu bijak membezakan keperluan dengan kehendak. Orang kaya mempunyai tabiat membeli jika perlu sahaja, berbeza dengan orang biasa yang mempunyai tabiat melebihi kehendak dimana kehendak merupakan kunci kepada kehilangan wang anda.

Tabiat # 3 : Tabiat merekod keluar masuk duit.

Jika anda susah sangat untuk merekod aliran keluar dan masuk wang anda, simpan resit atau bil yang di terima. Hujung bulan anda perlu membuat semakan terhadap resit atau bil-bil tersebut. Kira wang yang masuk dan wang yang keluar. Rekod perbelanjaan yang menggunakan wang yang banyak dan cuba untuk mengelakkan daripada terlebih belanja untuk keperluan tersebut.

Walaupun anda melihat tabiat-tabiat yang saya jelaskan di atas merupakan perkara yang sudah anda tahu, persoalannya adalah adakah anda mempunyai tabiat ini? Wujudkan tabiat asas ini dalam kehidupan anda dan lihat perbezaannya…

Mar 142009
 

Mengapa Promosi Di Internet.

Asasnya jika anda mahu menjual produk atau perkhidmatan di internet anda memerlukan kemahiran pemasaran di internet. Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana melakukannya tetapi sebelum itu anda perlu tahu mengapa anda perlu memilih internet sebagai aktiviti promosi dan pengiklanan.

(1.) Lebih Murah Dan Berkesan.

Pemasaran konvesional tidak memungkinkan kita orang biasa ini yang tidak mempunyai banyak modal untuk membuat pengiklanan terhadap produk atau perkhidmatan yang mahu dijual.

Ini kerana kos pengiklanan sangat mahal dan belum tentu berkesan dalam konsep pemasaran konvesional.

Untuk pengiklanan 3 keluaran saya telah menghabiskan lebih dari RM500.00 di majalah yang kurang di baca. Di internet saya hanya perlu menghabiskan kurang dari RM500.00 sebulan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan dimana ianya dapat dilihat oleh seluruh dunia. Ini telah di buktikan oleh syarikat pengiklanan terbesar di internet iaitu Google Adword.

Google Adword menjadi kaedah pengiklanan yang sangat berkesan dalam mengiklankan produk atau perkhidmatan. Ini kerana ramai orang yang menggunakan enjin carian mereka iaitu Google.com.

Kebijaksanaan enjin carian Google.com lebih terserlah dengan kewujudan program Google Adsense dimana program ini secara tidak langsung memberi pendapatan tambahan kepada penyiarannya dan juga kaedah penyebaran iklan dengan lebih meluas. Melalui konsep inilah iklan Google Adword ini dapat dilihat oleh ramai orang.

Asasnya pengiklanan ini boleh di lakukan sendiri. Kos pengiklanannya yang berpatutan sangat memungkinkan kita orang biasa membuat pengiklanan.

Perlu diingat kesilapan membuat pengiklanan di Google adword akan memerlukan kita membuat bayaran yang agak besar jika tidak kena pada caranya.

Kini terdapat syarikat atau individu yang boleh membantu anda untuk membuat pengiklanan di Goole Adword jika anda tidak tahu menggunakannya.

Mar 122009
 

Minisite Website Jualan Yang Terbaik!

5 tahun yang lepas kita di kejutkan dengan teknologi internet dimana ramai orang yang faham bahawa untuk membina sebuah laman web memerlukan kepakaran didalam programming html, setuju?

Saya tidak terkecuali merasai keperitannya. Bayangkan anda perlu menyediakan template laman web kemudian baru boleh memasukkan isi kandungannya.

Untuk proses ini sahaja sudah mengambil masa seminggu. Belum dengan lain-lain hal seperti memasukkan sistem subscribe, grafik, header dan keyword.

Namun begitu satu proses pembelajaran dan penglaman telah saya perolehi dari proses ini. Saya belajar hal programming PHP dimana ramai orang yang cuba untuk belajar skill programming ini.

Minisite atau pun dipanggil website pada ketika ini juga menggunakan surat jualan untuk menjual produk atau perkhidmatan. Maksudnya anda perlu mempunyai kemahiran menulis surat jualan yang menjual.

Satu proses pembelajaran yang saya perolehi dari proses penyiapan website pada masa itu iaitu menulis surat jualan.

Walaupun pada ketika ini ramai orang yang kurang berminat untuk memiliki website atau minisite, namun website masih mempunyai kelebihannya iaitu boleh di kategorikan sebagai website terbaik untuk menjual produk!

Mar 112009
 

LAGI TIPS MENGHASILKAN SURAT JUALAN

Rahsia menjual produk di internet

1. Menulis perhatian

- Perhatian perlu dibuat berdasarkan masalah yang dihadapi dan bagaimana dengan menggunakan produk anda masalah tersebut dapat diselesaikan.
- Perhatian dihasilkan berdasarkan bagaimana pelanggan dapat manafaat dari anda.
- Ia mesti pendek dan terus kepada point.

2. Pengenalan
- Pokoknya adalah memberitahu siapa anda dan mengapa pembaca perlu dan boleh mempercayai anda.
- Mulakan surat jualan anda dengan membuat perhubungan yang baik dengan pembaca dan jadikan ianya begitu peribadi.
- Mulakan pengenalan surat jualan anda dengan memberitahu bagaimana anda menjumpai penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi bakal pelanggan anda.
- Beritahu pembaca yang anda berjaya meyelesaikan permasalahan tersebut dengan menggunakan produk yang dihasilkan oleh anda.
- Matlamat utama adalah menjadikan sesuatu permasalahan itu besar dan semakin besar dan menjadikan penyelesaianya menjadi semakin mudah untuk digunakan.

3. Dimana mahu bermula.
- Mulakan dengan pengenalan.
- Beritahu bagaimana pada suatu ketika anda menjumpai sesuatu masalah tetapi rupa-rupanya ramai yang mempunyai masalah yang sama.
- Beritahu yang anda telah membuat penyelidikan dan akhirnya anda mempunyai penyelesaiannya.
- Beritahu produk anda adalah penyelesaian kepada permasalahan mereka.
- Beritahu kelebihan yang ada pada produk anda.
- Masukkan elemen paksaan kedalam surat jualan.
- Letakkan harga yang beresuaian (ingat formula tukar epal menjadi oren).
- Mudahkan pembaca untuk membuat tindakan setalah membaca surat jualan anda. (Subscribe kepada newsletter atau terus membeli produk anda.
- Letakkan elemen P.S bagi setiap surat jualan yang anda hasilkan. P.S tersebut merupakan ringkasan kepada surat jualan anda.
- Latih diri anda untuk mengahsilkan lebih banyak surat jualan seperti pepatah ‘Practice make perfect’.

Mar 092009
 

Rahsia SEO.

Search Engine Optimization (SEO) adalah proses pembelajaran yang sangat-sangat diperlukan oleh seorang pemasar di internet. Pemasar internet berpendapat tanpa menyediakan isi kandungan dengan menggunakan kaedah SEO yang betul akan menyebabkan sesebuah website atau blog itu tepu tanpa pelawat.

Proses pembelajaran untuk menjadi seorang yang pakar SEO ini bukan lah suatu perkara yang mudah. Tidak ramai pemilik website yang mempunyai kemahiran ini.

Setakat apa yang saya tahu, penggunaan kaedah website atau blog yang berjaya menggunakan kaedah SEO ini adalah penggunaan kata kunci yang begitu kerap di tulis dalam tajuk dan isi kandungannya.

Maka tidak hairanlah jika anda meneliti website atau blog yang selalu mendapat posisi bawah 10 setiap kali carian dibuat menggunakan kata kunci yang di blend kan dengan isi kandungannya.

Kemudian kaedah SEO yang berjaya ini boleh dilakukan dengan bagaimana anda membina rangkaian dengan pemilik-pemilik website yang lain. Enjin carian meminati website yang berkait dengan website lain dimana terdapatnya URL masing-masing. Ini dikenali dengan istilah ‘Backlink’.

Website yang mempunyai jumlah backlink yang tinggi mempunyai peluang untuk isi kandungannya dipaparkan setiap kali carian di buat.

Pada asalnya pembinaan backlink ini boleh di buat dengan menghantar email kepada pemilik-pemilik website yang lain supaya membuat pertukaran link.

Namun kini dengan kewujudan BLOG kaedah-kaedah ini ditukar dengan penggunaan proses PING.
Proses ini di lihat lebih automatik. Walaupun begitu bagi saya penggunaan kaedah menulis email adalah lebih beradab dan secara tidak langsung dapat membina hubungan baik.

Perlu anda ingat bahawa penggunaan kaedah SEO yang berkesan mampu memberikan lebih pelawat kepada website atau BLOG anda.

Mar 022009
 

Pengenalan Kepada Pemasaran Internet.

Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada pemasaran konvesional pada ketika ini. Ramai pengusaha kini telah berlumba-lumba memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet. Apakah yang membuatkan ramai pengusaha berubah ke pemasaran internet? Apakah kelebihan yang terdapat pada kecanggihan teknologi internet ini?

Antara sebab utama adalah kerana kecepatan serta perlaksanaannya yang boleh dibuat dan dicapai secara ontime. Dengan ini banyak masa, kos dan tenaga yang dapat di jimatkan.

(1.) Mengenalpasti Pasaran Lebih Mudah.

Proses mengenalpasti pasaran dan permintaan ini menjadi lebih mudah dengan penggunaan internet. Kita tidak perlu membelek akhbar dan majalah atau membuat survey hanya untuk mengenalpasti pasaran dan permintaan.

Proses ini boleh dilakukan dengan membuat carian di enjin carian seperti Google dan Yahoo. Taip sahaja “Apa yang pelanggan mahukan” dengan kecepatan masa beribu-ribu maklumat akan disiarkan.

Daripada jawapan yang diberikan oleh enjin pencari ini anda sudah boleh membuat penyelidikan tentang keperluan dan kemahuan pengguna.

Penggunaan perisian yang dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam pemasaran internet ini lebih memudahkan anda bagi mencapai proses ini.

(2.) Laman Web Ganti Kepada Kedai Dan Pejabat.

Seperti yang anda faham bahawa dalam pemasaran konvesional anda memerlukan kedai atau pejabat atau rumah sebagai tempat memasarkan produk.

Di internet anda hanya perlu membina laman web sebagai ganti kepada alamat kedai dan kedai atau pejabat itu sendiri.

Melalui laman web, pengguna sudah mengetahui apa yang anda jual. Alamat sebenar syarikat menjadi perkara kedua dilihat oleh pengguna internet ini.

(3.) Perhubungan Mudah Melalui E-Mail.

Dalam aktiviti pemasaran konvesional anda memerlukan telefon atau surat sebagai medium perhubungan. Tetapi di internet aktiviti perhubungan ini telah di ganti dengan penggunaan e-mail.

Dengan menggunakan email sebagai ganti kepada kaedah telefon atau surat, banyak masa dan kos yang dapat di jimatkan.

Walaupun e-mail dilihat sebagai medium perhubungan yang utama dalam pemasaran intenet, medium perhubungan seperti telefon dan surat tidak boleh dibuang.

Pokoknya e-mail akan mengurangkan kos perhubungan lebih-lebih lagi jika ianya memerlukan kita membuat perhubungan dengan seseorang di luar negara. Ketika ini ramai orang yang sudah mempunyai e-mail mereka sendiri.

Terdapat Syarikat dan orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan ini. Lebih menjimatkan jika anda menyewa domain dan webhosting sendiri. Dengan cara ini anda boleh ‘setup’ sendiri alamat email anda.

Perkhidmatan e-mail percuma seperti Yahoo, Gmail sangat-sangat memberikan kemudahan kepada anda. Jika anda mahukan e-mail beralamat sendiri seperti anda@syarikatanda.com anda perlu menyewanya.

(4.) Sistem Pembayaran Menjadi Mudah.

Pemasaran yang terbaik adalah pemasaran yang berjaya memudahkan urusan pembayaran antara penjual dengan pembeli.

• Pemasaran konvesional memerlukan tunai sebagai pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.
• Pemasaran gaya pos memerlukan pengguna membeli wang pos sebagai proses pembelian produk atau perkhidmatan.

Walapun melalui pemasaran konvesional itu pelanggan masih boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, tetapi tidak semua pengusaha yang mampu memiliki mesin pembayaran kad kredit tersebut.

Oleh sebab itu kita hanya dapat melihat mesin ini berada di kedai-kedai besar sahaja.

Pemasaran internet telah berjaya memungkinkan orang biasa seperti kita menerima bayaran daripada pelanggan melalui kad kredit dengan melalui laman web sahaja. Ini telah dibuktikan oleh akaun bank maya seperti Paypal, 2CHECKOUT dan Clikckbank.

Pelanggan hanya perlu memasukkan nombor kad kredit dibahagian yang disediakan dan dalam masa beberapa saat sahaja anda sudah menerima bayaran dari pelanggan.

(5.) Produk Boleh Di Agihkan Ke Seluruh Dunia.

Banyak syarikat kurier yang menggunakan internet ini sebagai medium penglobalan bisnes mereka. Tidak hairanlah pada ketika ini Abu dari Malaysia dapat membuat penghantaran produk minyak lintah ke pelanggan Mat Salleh yang berada di United Kingdom, London.

Oleh yang demikian pengagihan produk tidak setakat dapat diagihkan didalam pasaran Malaysia sahaja.

X

Forgot Password?

Join Us

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.