Jul 222010
 

cover-depan

Kaedah # 1 : Kaedah Pengiklanan.

Di internet pengiklanan menjadi pemangkin atau kekuatan dalam membantu memasarkan perniagaan. Maka tidak hairanlah banyak syarikat yang telah mengambil inisiatif membina program pengiklanan untuk membantu banyak perniagaan dan perusahaan dalam memasarkan produk mereka di internet.

Namun demikian terdapat kuasa besar yang talah memonopoli program pengiklanan di internet. Antaranya adalah syarikat yang membangunkan enjin carian. Pengiklanan adalah punca pendapatan untuk perniagaan berasaskan enjin carian.

Masih terdapat peluang untuk program kecil seperti blog kecil ini menjana pendapatan dari pengiklanan di internet. Konsepnya adalah dengan membina program pengiklanan sendiri atau membantu syarikat pengiklanan besar dalam program pengiklanan mereka.

Antara program pengiklanan yang boleh anda cuba adalah :

Program # 1 : Program Pengklanan PPC.

Program Pay Per Click (PPC) adalah merupakan peluang buat duit yang perlu anda cuba. Program ini berkonsepkan bayaran komisen bagi setiap klik pada iklan yang di paparkan. Antara program PPC yang menjadi pilihan adalah seperti Google Adsense, Yahoo! Search Marketing.

Program PPC seperti ini masih lagi beroperasi dan jaran-jarang mendengar komisen klik tidak di bayar. Program ini di usahakan oleh syarikat enjin carian terbesar dunia. Program PPC Google Adsense di miliki oleh enjin carian Google.com manakalan program PPC Yahoo! Search Marketing di miliki oleh enjin carian Yahoo!

Program PPC ini menjadi pilihan ramai blogger untuk menjana pendapatan cara mudah. Konsepnya anda hanya perlu membuka akaun PPC dan dapatkan kod id daripada program ini.

Contoh blog yang mempunyai iklan adsense. Jika pengunjug blog anda klik pada iklan adsense anda akan mendapat komisen.

Kemudian anda letakkan kod id tersebut di blog anda. Katakunci dan kandungan blog anda akan menyiarkan iklan-iklan yang bersesuaian untuk di paparkan dalam blog anda. Jika pelawat blog anda berminat dengan iklan yang di tawarkan, mereka akan klik iklan tersebut.

Lebih banyak klik pada iklan anda akan memberikan lebih banyak pendapatan yang akan anda perolehi.

Program # 2 : Program Pengiklanan Text Links.

Penggunaan teks link juga antara program lain yang boleh anda gunakan untuk menjana penadapatan dari blog anda. Konsepnya lebih kurang sama dengan program google adsense. Cuma nama program yang berlainan.

Program teks link adalah program pengiklanan yang lain boleh anda letakkan dalam blog anda untuk menjana pendapatan mudah dari blog yang anda bangunkan.

Program # 3 : Perkhidmatan Pengiklanan.

Bergantung kepada jumlah pelawat yang melawat blog anda akan memberikan kelebihan kepada anda untuk buat duit dari pengiklanan.

Konspenya adalah anda hanya perlu menwarkan ruang pengiklanan kepada mereka yang mahu mengiklankan produk mereka. Anda jelasakan berapa ramai pelawat yang melawat blog anda dan tawarkan harga ruang pengiklanan kepada mereka.

Program # 4 : Program Affiliate.

Program affiliate adalah lagi program pengiklanan yang boleh anda cuba. Program affiliate ini di bangunkan untuk membantu perusahaan atau perniagaan memasarkan produk dengan memberikan komisen kepada ahli dalam proses bantuan pemasaran produk.

Terdapat banyak konsep yang digunakan dalam program affiliate ini antaranya adalah seperti memberi komisen setelah produk berjaya dijual atau Click Per Action (CPA). Asasnya program affiliate ini boleh mempunyai banyak level. Secara konsepnya program affiliate ini menggunakan konsep yang di guna pakai dalam program MLM.

Konsep yang paling mudah untuk menawarkan produk affiliate ini adalah dengan menyediakan anchor text pada kata kunci dalam kandungan blog anda.

Pelawat yang berminat dengan produk tersebut akan klik pada anchor text yang anda sediakan. Bergantung kepada terma program affiliate tersebut, anda akan memperolehi komisen daripada program affiliate yang anda tawarkan tadi.

Jul 012010
 

affiliate-making-money Menghasil dan menjual produk maklumat.

Menulis buku dan menerbitkannya sendiri merupakan peluang yang perlu kita ambil. Ia mudah dijalankan, tidak memerlukan kos yang besar. Idea, komitmen dan masa merupakan modal yang perlu kita adakan.

Seperti yang anda tahu, komputer dan pengetahuan asas menggunakan microsoft word sudah mencukupi untuk menjalankan perniagaan ini. Menulis buku bukanlah susah sangat asalkan ada kemahuan disitu ada jalan.

Mengapa memilih produk maklumat.?

Saya pada mulanya tidak berapa minat dengan penulisan. Saya merasakan penulisan ini sesuatu yang sukar.

Saya juga pada mulanya tidak suka membaca, tetapi pada ketika ini hampir setiap bulan saya membeli satu buku untuk menambah pengetahuan dan rujukan. Maknanya disini sikap seseorang itu boleh diubah dan berubah. Pokoknya adalah bermula daripada apa yang difikirkan.

Jika anda berfikir untuk mengubah sikap, pasti sikap itu boleh diubah. Jika anda berfikir untuk mahu membaca, pasti anda akan membaca. Jika anda berfikir untuk menulis, pasti anda akan menulis.

Diatas desakan kehidupan saya tiada pilihan lain. Pendapatan dari kerja makan gaji setakat cukup makan sahaja. Modal permulaan menjalankan perniagaan yang besar membebankan saya, tiada kemahiran tentang perniagaan yang mahu dijalankan menambah kekusutan.

Apa pilihan yang saya ada?

Mujurlah seorang kawan memberikan idea kepada saya supaya menjalankan perniagaan penulisan dan terbit sendiri. Pada mulanya saya hanya ikut-ikut tetapi lama kelamaan saya sudah mendapat arah kemana nak saya tuju dalam penulisan ini.

Ramai orang beranggapan bahawa kerjaya penulisan ini tidak kemana. Ramai yang beranggapan kerjaya penulisan ini tidak memberikan pendapatan lumayan.

Saya pada mulanya juga beranggapan demikian. Seperti yang telah saya jelaskan apa pilihan yang saya ada?

Di negara barat penulisan merupakan kerjaya yang mendapat pilihan dan disanjung penulisnya. Ramai penulis yang menjana pendapatan ratusan ribu ringgit setahun. Ramai yang sudah menjadi jutawan hanya menulis buku.

Di negara kita juga tidak kurang hebatnya. Saudara Azizi Ali pada ketika ini sedang membina empayar penerbitannya sendiri hasil dari penulisan buku dengan kaedah tulis dan terbit sendiri.

Bayangkan jika bukunya dijual dengan harga RM 35.00 senaskah, bayangkan pula jika satu tajuk daripada buku yang ditulis dijual hampir 30,000 naskah, berapa agaknya jumlah pendapatannya.

Chef Li yang terkenal dengan kursus masakan pada ketika ini sedang menulis buku. Apakah yang membuatkan beliau terus menulis, sedangkan beliau sendiri sudah mempunyai pendapatan lumayan daripada kursus yang dijalankan.

Buat sekali untung sampai bila-bila.

Apakah perniagaan yang boleh dibuat sekali tetapi untungnya sampai bila-bila?

Menghasilkan lirik dan lagu merupakan contoh daripada pendapatan pasif ini. Walaupun lagu yang dihasilkan oleh Allahyarham P.Ramlee sudah menjangkau lebih daripada 30 tahun tetapi lagu beliau masih lagi kedengaran dan mendapat sambutan.

Syarikat rakaman tahu peluang menjana pendapatan ini. Mereka menjual lagu beliau dan jana pendapatan dengan kos yang agak sedikit.

Menulis dan menerbitkan buku menggunakan konsep yang sama.

Si penulis hanya perlu menulis sekali tetapi terbitan terhadap buku tersebut dapat di buat berkali-kali. Oleh yang demikian, pada pendapat saya menulis dan menerbit buku ini merupakan pendapatn pasif yang dapat dijana oleh kita jika kena pada tempat dan caranya.

resell-right-promo

X

Forgot Password?

Join Us

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.