Archive for June, 2010

Kesilapan dalam pengurusan perniagaan

Apabila anda menjalankan apa-apa perniagaan pun, kesilapan mudah sangat dilakukan., ini kerana anda tidak mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan sebelum ini.

Itu adalah lebih baik daripada anda tidak mencubanya langsung.

Kesilapan yang berlaku biasanya adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh mana-mana pengusaha terutama pengusaha dirumah seperti anda. Oleh yang demikian saya akan menyenaraikan beberapa kesilapan yang biasa berlaku, dan anda boleh cuba untuk mengelaknya.

Berpendapat bahawa skill yang ada tidak diperlukan langsung.

Katakan anda tidak tahu langsung tentang pengurusan rekod akaun atau katakan anda tidak tahu untuk sekurang-kurangnya mengambil pusing aliran keluar masuk wang anda.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan. Dibiarkan disini bermaksud anda tidak mahu ambil tahu perkara-perkara tersebut dengan menyerahkan perkara tersebut kepada sebagai contoh membayar kepada akauntan. Pengurusan akaun sepatutnya perlu anda ketahui, supaya anda dapat mengetahui perjalanan syarikat.

Tidak menguruskan masa.

Bekerja dari jam 9 hingga 5 adalah waktu bekerja untuk mereka yang dibayar gaji. Apabila anda menjalankan perniagaan dirumah, masa boleh jadi tidak menentu.

Tidak ada orang yang melarang anda supaya mesti bekerja dari jam 9 hingga 5.

Anda perlu menyiapkan jadual anda setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun sendiri! Pastikan jadual tersebut perlu anda ikuti dan pastikan setiap masa perlu memberikan hasil.

Tag:

pengurusan perniagaan, pengurusan akaun perniagaan, tips pengurusan perniagaan, bagaimana menguruskan perniagaan, menguruskan perniagaan, PANDUAN PENGURUSAN PERNIAGAAN, pengurusan akaun syarikat, pengurusan duit, akaun pengurusan perniagaan, tip menguruskan perniagaan

Mencari dan menetapkan nama perniagaan

Nama perniagaan adalah sesuatu yang penting bagi mengiklankan dan memperkenalkan perniagaan anda.

Anda tidak perlu memberikan nama-nama yang kelihatan seperti anda sangat besar dan mewah. Pernah saya ditegur oleh seseorang yang sangat berjaya dalam perniagaan dimana beliau menegur nama syarikat saya.

Ketika itu nama syarikat saya berkaitan dengan duit. Katanya untuk menjadi syarikat yang berdaya maju tidak perlu meletakkan nama yang berkaitan dengan kekayaan. Ini kerana orang yang tiada duit sahaja yang dapat kita pancing.

Apajadi dengan mereka yang banyak duit?

Oleh yang demikian ada baiknya anda meletakkan sebagai contoh menggunakan nama anda sendiri.

Bukan setakat nama perniagaan sahaja yang perlu anda fikirkan. Anda perlu mengikut trend semasa, ini kerana trend menggunakan website bagi memperkenalkan perniagaan anda, akan mampu mengiklan produk anda dipasaran.

Maka anda perlu memikirkan alamat domain pula.

Sebagai contoh, sekarang ini, sudah menjadi trend perniagaan menggunakan nama-nama haiwan sebagai nama pernigaan dan konsep perniagaan.

Katakan anda memilih nama panda, anda boleh mengunakan panda sebagai logo perniagaan. Pejabat rumah anda boleh diletakkan buluh sebagi konsep dalaman.

Memilih nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang panjang. Sebagi contoh FEDEX – Federal Express.
Setelah mendapatkan nama perniagaan anda perlu mendaftarkannya.

Tag:

nama perniagaan, contoh nama perniagaan, contoh nama syarikat, mencari nama syarikat, NAMA-NAMA PERNIAGAAN, nama bisnes, memilih nama perniagaan, nama nama perniagaan, panduan memilih nama syarikat, nama untuk perniagaan