Archive for December, 2009

Menentukan Harga Barangan.

Menentukan Harga Barangan.

Menentukan harga bagi setiap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan adalah sesuatu yang agak sukar. Ini kerana ia terpaksa mengambil kira faktor kos bahan mentah, kos penghasilan, kos pengangkutan, kos sewa kedai dan macam-macam kos lagi.

Berbeza dengan penghasilan produk atau perkhidmatan yang berteraskan produk maklumat. Ia tidak memerlukan kos bahan mentah seperti terpaksa membeli kacang soya sekiranya anda menghasilkan produk minuman susu soya.

Kos masa dan penyelidikan terhadap penghasilan produk maklumat sahaja yang sepatutnya diambil kira sebagai bahan mentah untuk produk berjenis ini. Pelik bukan?

Oleh itu untuk menentukan harga bagi setiap produk maklumat atau servis yang disediakan adalah agak mudah sedikit. Menggunakan kaedah menukar epal menjadi oren adalah kunci kepada penentuan harga untuk produk maklumat.

Sebagai contoh, menukar produk maklumat berbentuk seminar menjadi teleseminar, menukar produk maklumat berbentuk buku menjadi produk maklumat berbentuk e-book.

Epal = seminar dan Oren = telesminar.

Oleh yang demikian untuk penentuan harga untuk setiap produk maklumat yang lebih kurang sama hasilnya agak mudah ditentukan iaitu dengan membandingkan harga epal mereka (seminar) dengan harga epal anda (teleseminar).

Seminar = RM650 dan teleseminar = RM350

Perniagaan Menjual Produk Maklumat Yang Menguntungkan.

Jika di berikan peluang berniaga 10 tahun yang lepas saya akan memilih untuk menjalankan perniagaan menjual produk maklumat, ini disebabkan oleh beberapa kelebihan berikut :

(1.)    Buat sekali untung sampai bila-bila.

Dari pemerhatian saya, produk yang dihasilkan sekali sahaja tetapi untungnya diperolehi sampai bila-bila merupakan perusahaan yang sangat menguntungkan. Bayangkan anda hanya perlu menyediakan produk sekali sahaja kemudian dapatkan keuntungan berterusan.

Penghasilan dan penjualan produk maklumat seperti buku adalah contoh yang paling mudah untuk mencapai maksud ini. Buku di tulis sekali sahaja kemudian di pasarkan dan penulis hanya perlu menunggu duit royalti.

(2.)    Kebebasan masa kerana boleh di jalankan dari rumah.

Ya, penerbitan produk maklumat ini boleh di jalankan daripada rumah. Apa yang penting adalah hasil karya produk maklumat itu mempunyai permintaan dan ianya dapat di sampaikan kepada pelanggan.

Seperti yang telah anda maklum maklumat dapat di sampaikan kedalam bentuk tulisan, gambar dan audio.

Maksudnya adalah maklumat yang di hasilkan boleh jadi buku, e-book, video dan juga mp3. Ini membolehkan proses penghasilannya hampir tidak memerlukan material yang memerlukan anda membuka sebuah kilang ataupun kedai.

(3.)    Tentukan sendiri harga dan keuntungannya.

Produk maklumat yang anda hasilkan adalah produk anda sendiri. Maksudnya anda sendiri yang menentukan harga dan keuntungannya. Jika dikira kos pengeluarannya adalah tidak mahal mana.

Buat pengetahuan anda penghasilan produk maklumat ini memerlukan modal idea yang besar berbanding wang. Idea ini yang akan anda tukar menjadi wang, anda perlu faham konsep ini.

NOTA: Tiga kelebihan yang saya jelaskan di atas adalah sebahagian sahaja yang akan anda perolehi jika mengusahakan perniagaan produk maklumat. Hakikatnya banyak lagi kelebihan, anda cuba dan anda akan merasainya.

Mengikut pemerhatian saya tidak ramai yang mahu menjalankan perusahaan produk maklumat ini. Mungkin mereka berpendapat mereka tidak mempunyai kemahiran dan bakat dalam penghasilan produk maklumat lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penulisan. Bakat dan kemahiran bukannya datang dengan sendiri, ia perlu di asah dengan mencuba dan berusaha.

Pegang prinsip ini, biar kalah jangan gagal. Maksudnya adalah anda perlu berusaha sehingga berjaya walaupun anda kalah dalam pertandingan. Lebih baik kalah daripada anda gagal melakukan sesuatu.

Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan.

Mengapa Surat Jualan Menjadi Pilihan.

Tidak kisahlah jika anda tidak mahu menggunakan surat jualan sebagai satu kaedah menjual produk, ini kerana terdapat banyak kaedah menjual diluar sana.

• Anda boleh menjual produk dengan berjalan kesetiap rumah dikawasan tempat tinggal dan mula menjual produk dengan bercakap.

• Anda boleh menyewa kedai dan tunggu pelanggan datang kekedai untuk membeli produk.

• Anda boleh menjual produk dengan berjumpa setiap orang yang lalu lalang di pasaraya besar.

• Anda boleh membuat panggilan rambang hanya untuk mendapatkan prospek.

Pilihan anda sendiri untuk memilih kaedah menjual produk. Tetapi saya lebih menggemari kaedah menjual produk menggunakan surat jualan, ini kerana saya tidak perlu berpeluh berjalan dari rumah kerumah.

• Saya hanya perlu berfikir dan menulis kemudian pos surat jualan kepada mereka.

• Saya hanya perlu berfikir dan menulis surat jualan di website dan mengiklankannya.

2 masalah perniagaan maklumat

Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan Perusahaan Maklumat Ini.

Baiklah, terdapat dua situasi masalah yang akan anda alami jika anda mengalami sindrom masalah yang saya jelaskan dia atas.

(1.) Mahu menjalankan perniagaan produk maklumat tetapi tidak berminat untuk menghasilkan produk maklumat sendiri.

Jika anda berperancangan untuk tidak mahu menghasilkan produk maklumat sendiri anda boleh mencari seseorang yang dapat menghasilkan produk maklumat kepada anda. Sebagai contoh jika anda mahu menghasilkan buku sebagai produk maklumat, anda boleh mencari

4 Tip Penyediaan Sebelum Menulis Surat Jualan.

Supaya anda tidak tertekan dalam menghasil surat jualan, adalah lebih elok jika anda mengmalalkan tipsyang saya beri ini.

(1.) Sematkan dalam fikiran bahawa proses untuk menulis surat jualan ini tidak diajar dalam mana-mana kursus di universiti. Oleh yang demikian, ianya memerlukan banyak perkara yang perlu dipelajari.

(2.) Sentiasa berfikiran untuk menjual dan hasilnya, penulisan surat jualan yang bersandarkan kepada jualan. Maknanya ayat yang dihasilkan pasti akan menjurus kepada ayat berbaur jualan.

(3.) Tulis apa yang anda fikirkan, ini kerana idea akan datang mencurah-curah selepas itu. Tangan anda pasti tidak berhenti menaip, itu lah keseronakan yang diperolehi apabila menjadikan penulisan sebagai pemangkin kepada semua perkara.

(4.) Elakkan daripada untuk menulis seperti seorang pakar, kerana ia akan menganggu idea penulisan surat jualan. Apabila anda menulis seperti seorang pakar walaupun anda masih belum menjadi pakar, penulisan anda pasti akan terbantut disebabkan ayat yang ditulis dirasakan tidak seperti pakar.

Tip penyediaan ini di harap dapat memberikan anda perangsang kepada anda sebelum menulis surat jualan. Ini kerana anda perlu tahu bahawa bukan senang untuk menulis surat jualan yang menjual.

5 Langkah Menulis Isi Kandungan.

5 Langkah Menulis Isi Kandungan.

Langkah # 1 : Masalah & Penyelesaian.

Pembaca mempunyai peringkat-peringkatnya sendiri. Biasanya pembaca lebih menggemari penulisan yang dapat menghuraikan sesuatu masalah dan penulis dapat menghuraikan penyelesaiannya. Pembaca akan dimotivasikan dari pembacaan karya tersebut.

Oleh yang demikian, sesuaikan penulisan anda samaada mahu menulis topik bagi menghuraikan sesuatu masalah ataupun tidak. Saya tidak berkata bahawa sesuatu topik itu mesti membincangkan masalah, ini kerana ia perlu dipilih.

Masaalah pengangguran semakin meningkat ketika ini, tidak banyak peluang pekerjaan dapat dinikmati oleh graduan Universiti atau Kolej. Graduan perlu bijak mencari peluang pekerjaan sendiri. Tidak terlalu memilih dalam sesuatu bidang pekerjaan merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan.

Contoh diatas merupakan isi kandungan yang membincangkan tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya. Anda perlu bijak untuk menghuraikan masalah dan penyelesaian.

Pertanian fertigasi

Sekarang ini ramai orang telah membuka mata untuk menjadikan pertanian sebagai perniagaan. Mungkin di sebabkan adanya sokongan kuat terutama daripada kerajaan telah menjadikan ramai orang telah menjadikan pertanian sebagai bidang terjun.

Walaupun begitu pertanian ini bukanlah satu bidang yang mudah. Lihat sahaja bagaimana harga pasaran pada waktu ini masih lagi belum turun kerana kesukaran mendapatkan bekalan ini.

Ramai juga dari sahabat saya yang mengeluh dan putus asa setelah gagal dalam perusahaan pertanian yang di jalankan.

Namun begitu pada masa kini kecanggihan teknologi pertanian telah memungkinkan lebih ramai pengusaha pertanian berjaya menjalankan projek pertanian mereka.

Ini telah di buktikan dengan wujudnya pertanian yang menggunakan kaedah sistem fertigasi. Sistem fertigasi ini memungkinkan :

  • Seorang pengusaha itu tidak perlu berpanas.
  • Seorang pengusaha itu tidak perlu memegang cangkul.
  • Seorang pengusaha itu tidak perlu berlumpur.

Di sebabkan oleh tidak banyak maklumat tentang pertanian fertigasi ini bolehlah di katakan bahawa sistem pertanian fertigasi ini di pelopori oleh sebilangan orang sahaja.

Berikut adalah kelebihan sistem pertanian fertigasi :

  • Pemberian nutrien lengkap yang boleh di kawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan.
  • Tumbesaran tanaman yang lebih terjamin kerana persekitaran yang bersih dan teratur.
  • Penyakit yang datang terutama daripada tanah dapat di atasi dengan penggunaan media selain daripada tanah.
  • Hasil tuaian yang lebih banyak dan berkualiti.
  • Penggunaan baja yang optimum dan cekap.
  • Penggunaan racun  serangga yang minimum keatas tanaman.

Bagi mereka yang mahu mencuba mengusahakan pertanian fertigasi ini mereka sangat-sangat dialukan.

Saya telah berjaya membina perusahaan pertanian fertigasi sendiri.

Post ini adalah permulaan kepada perbincangan pertanian fertigasi.

4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.

4 Langkah Membuat Keputusan Projek Penulisan.

Langkah # 1 : Buat keputusan karya penulisan anda.

Setelah kajian pasaran dibuat, pada langkah ini anda perlu membuat keputusan apakah karya yang mahu dihasilkan samaada mahu menulis artikel atau buku.

Daripada kajian yang saya buat adalah lebih elok anda hasilkan artikel terlebih dahulu. Kemudian daripada artikel anda jadikan laporan. Daripada laporan anda jadikan ianya e-book atau buku.

Langkah # 2 : Kenalpasti topik projek penulisan anda.

Langkah yang kedua ini anda perlu membuat keputusan tentang topik yang mahu di tulis. Ini penting kerana tanpa memilih topik yang jelas ia akan menyukarkan hasil penulisan anda.

Langkah # 3 : Memilih helaian muka surat projek penulisan anda.

•    Jika anda memilih artikel untuk asas kepada karya penulisan anda format standardnya adalah 500 patah perkataan.

•    Jika anda memilih untuk menjadikan ia sebagai laporan cukup setakat 20 mukasurat.
•    Jika anda memilih untuk menjadikan sebagai e-book cukup setakat 40 mukasurat.

•    Jika anda memilih untuk menjadikannya sebagai buku minimun mukasurat adalah 100 helaian.

Langkah # 4 : Membuat anggaran masa projek penulisan dapat di siapkan.

Membuat anggaran masa untuk projek penulisan anda adalah perlu supaya anda tidak membazirkan banyak masa dan supaya anda jelas dengan tarikh penyiapan projek penulisan anda.

Login