Perniagaan internet
Salah satu di mana ramai orang mengalami masalah adalah kesukaran dalam mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara sah.
Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai orang yang ditipu oleh banyak program yang menjanjikan pulangan pendapatan lumayan tetapi pada akhirnya habuk pun tiada.
Ini telah di buktikan dengan kes-kes penipuan skim cepat kaya, dimana ramai orang yang sanggup berhabisan duit hanya kerana terpedaya dengan program yang menjanjikan peluang menjana pendapatan tanpa perlu bekerja atau berniaga.
Asasnya ramai orang yang membuat kesilapan dengan terpedaya dek kata-kata tidak perlu menjual atau tidak perlu bekerja tetapi boleh menjana pendapatan lumayan.
Mengikut kajian anda hanya boleh menjadi kaya jika pandai berniaga dan tahu menjual! Noktah!
- Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja mudah percaya dengan program-program yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa membuat kajian dan penilaian terhadap program-program terebut.
- Persoalannya adalah mengapa kita sering sahaja menolak untuk belajar menjual dan berniaga sedangkan ia merupakan salah satu kunci kejayaan dan kekayaan.
Kini persoalan menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan hampir sahaja boleh dicapai, ini telah di buktikan dengan wujudnya gabungan medium pemasaran gaya pos dan teknologi pemasaran internet.
- Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual buku.
- Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk menjual produk ubat anda.
- Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan orang dan bercakap untuk mempromosikan perkhidmatan mendesain.
Apa yang lebih penting adalah anda dapat belajar memulakan perniagaan dan belajar menjual tanpa perlu keluar dari rumah, berjumpa dan bercakap dengan prospek.
Tetapi sebelum itu mari kita lihat mengapa anda perlu memilih pemasaran melalui pos dan internet sebagai tapak anda belajar menjual dan berniaga dari rumah.
Pertama sekali, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyewa kedai kerana anda boleh jalankan perniagaan ini dari rumah.
Kedua, pelanggan anda meliputi pelanggan dari seluruh dunia jika menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan pelanggan anda adalah yang mempunyai alamat rumah atau pejabat jika menggunakan medium pemasaran pos.
Ketiga, menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet memudahkan anda membuat follow up dengan kos yang murah berbanding penggunaan telefon.
Apa yang lebih penting anda perlu mencuba sedaya upaya untuk belajar menjalankan perniagaan melalui medium pemasaran pos dan internet.
Persoalan lain yang menjadi tanda tanya bagi anda yang masih tercari-cari peluang menjana pendapatan daripada pos dan internet ini adalah produk atau perkhidmatan yang bagaimana boleh dijual.
Idea Menjana Pendapatan Dari Pos Dan Internet.
Menjual produk maklumat.
Pada masa sekarang menghasil dan menjual produk maklumat seperti e-book, buku, video dan audio menjadi pilihan oleh ramai orang. Anda juga boleh mencubanya.
Jika anda malas untuk menghasilkan produk sendiri, anda boleh memilih untuk menjadi ahli affiliate kepada prorgram yang di jalankan di internet.
Perlu anda tahu bahawa menjadi affiliate memerlukan kemahiran dalam pemasaran di internet. Asasnya anda perlu mahir dalam menjana traffik.
Kembali kepada pembelajaran kita pada kali ini.
Perkara Kedua : Kemahiran menulis surat jualan.
Untuk menjual produk atau perkhidmatan melalui pos dan internet anda memerlukan satu teknik khas untuk menjual tanpa perlu berjumpa dan bercakap dengan pelanggan.
Teknik jualan tersebut lebih dikenali sebagai menjual produk atau perkhidmatan melalui surat jualan yang ditulis.
Jika anda memilih medium pemasaran internet anda boleh menulis surat jualan di laman web atau blog.
Perkara Ketiga : Promosi dan pengiklanan.
Dalam perniagaan atau proses menjual promosi dan pengiklanan adalah perkara yang sangat penting.
Walaupun begitu teknik promosi dan pengiklanan melalui internet lebih menjimatkan berbanding promosi dan pengiklanan di televisyen dan majalah.
Apa yang mahu saya jelaskan dalam artikel ini adalah anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan jika mahu belajar dan sanggup berusaha.
Semoga artikel ini dapat menjelaskan serba sedikit bagaimana anda boleh menjana pendapatan cara mudah, cepat dan menguntungkan disamping mempunyai perniagaan anda sendiri yang boleh di jalankan dengan segera.
Semoga berjaya.
Demi Kejayaan Anda,
Masrule Hamid.
www.instantbisnes.com




