Archive for February, 2009

$50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah

Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah pelanggan anda, maknanya anda tidak mempunyai pelanggan. Mungkin anda tidak begitu faham dengan pepatah ini tetapi ia begitu penting untuk difikirkan.

Seorang pengusaha gayapos terkenal di Amerika, Kevin Nolan telah melalui pengalaman pahit ini dan berharap anda dapat mengambil iktibar daripadanya.

Salah satu daripada bisnes gayaposnya, beliau menerbitkan dan menjual buku, kaset, bulletin dan produk informasi – bisnes, motivasi dan pemasaran; dan beliau mengalami kerugian yang agak besar daripada satu masalah ini : iaitu setiap orang MUNGKIN menjadi pelanggannya.

Ini menjadikan kos permulaan untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru amatlah tinggi. Ini juga memerlukan pelaburan yang agak tinggi dalam mendapatkan setiap pelanggan baru.

Beliau terpaksa menempah ruang iklan yang mahal dalam satu majalah terkenal, suratkhabar atau television atau menyewa senarai nama pelanggan- beliau lakukan semuanya tetapi kerana kos dan pelaburan yang terpaksa dilakukan, syarikat beliau bergerak dengan perlahan.

Tetapi dalam satu daripada bisnesnya, beliau menerbitkan dan memasarkan satu produk yang cukup tepat kepada para doktor gigi, dimana bisnes ini sungguh menguntungkan dan kosnya juga agak sedikit jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Mengapa?

Kerana terdapat lebih kurang 100,000 doktor gigi di Amerika. Nama mereka sudah tercatit dalam direktori, yellow pages dan senarai nama yang hanya kosnya satu pertiga daripada penyewa biasa.

Majalah yang mereka baca juga menawarkan kos iklan yang agak berpatutan.

Untuk kes yang pertama tadi, beliau terpaksa melabur dalam menempah iklan hanya untuk membezakan orang yang berminat dengan produknya daripada orang yang tidak berminat langsung.

Kemudian, barulah beliau boleh melabur dengan lebih agresif lagi terhadap mereka-mereka yang menunjukkan minat ini.

Berbeza dengan kes kedua, beliau tidak memerlukan pelaburan yang pertama. Setiap doktor gigi berminat untuk mendapatkan maklumat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Untuk itu nasihat untuk pengusaha gayapos baru ialah untuk mencari dan mengambil peluang kepada pasaran yang telah sedia ada.

$50,000 Sebulan Bisnes dari Rumah

Ini adalah kisah benar untuk renungan anda bersama. Jeff dan Peggy Paul telah menjalankan satu bisnes gayapos dan telah rugi dengan teruknya dan menanggung hutang lebih $200,000.00!

Jeff merupakan bekas Perancang Kewangan yang terlatih dan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan. Selepas menghadiri satu persidangan gayapos beliau mendapat idea yang bagus!

Dia mempunyai maklumat khas (merancang kewangan keluarga) yang boleh diberikan kepada pasaran yang sudah ada( mereka yang sudah berkahwain).

Selepas mengubah teknik bungkusan dan iklan maklumatnya beliau menggunakan strategi baru ini.

Pada bulan pertama jualannya meningkat daripada $1000 kepada $13000. Kemudian menjadi $30,000 dan lebih $50,000 jualan, dalam SEBULAN daripada bisnes gayapos yang beliau lakukan sendiri dari rumah.

Cuba perhatikan: Jeff bukanlah seorang yang pakar iklan yang terlatih atau pakar pemasaran terus. Dia bukannya “semulajadi”.

Dia berusaha dengan gigih untuk mendapatkan apa yang perlu. Pentingnya ialah orang muda ini telah mencipta kebebasan kewangan buat dirinya dengan idea yang saya kongsi bersama anda dalam laporan ini.

Perkara lain yang perlu diambil kira

Dengan dapat mengelakkan daripada “mencari bakal prospek yang  layak”, anda dapat menjimatkan banyak perbelanjaan, pelaburan modal, ekperimen dan kekecewaan.

Anda mengurangkan risiko yang perlu ditanggung. Dengan menumpukan kepada pasaran yang sedia ada, anda boleh menggunakan majalah atau suratkhabar yang murah untuk menempah iklan.

Dengan menggunakan pasaran ini juga, anda dapat menyewa senarai nama yang agak baik dan berkemungkinan tinggi untuk membeli produk anda.

Dengan menulis surat jualan, brosur juga menjadi mudah apabila anda tahu bagaimana untuk menggunakan bahasa yang sesuai , membicarakan tentang keperluan,minat , pengalaman dan impian mereka.

Akhirnya, produk yang khas juga boleh diletakkan harga yang tinggi daripada produk awam yang dijual kepada semua orang.

Harga? Anda memerlukan paling kurang 4x (400%) atau 8x(800%) keuntungan keatas apa juga produk yang anda mahu jual jika mahu menggunakan akhbar atau majalah.

Jika kosnya RM1.00 anda tidak boleh menjualnya pada RM2.00 untuk membuat keuntungan.

Wang yang anda dapat perlu digunakan untuk terus menempah iklan sebelum anda betul-betul mendapat pesanan yang banyak.

Nasihat ringkas ini adalah satu pendekatan yang tepat jika anda mahu membuat wang dalam gayapos.

Bukan sahaja RM50,000 sebulan bahkan RM100,000 atau lebih sebulan adalah tidak mustahil jika produk anda sesuatu yang dicari oleh pasaran yang sedia ada – pelajar, polis, keluarga, doktor, wanita, kaum ibu, perokok, penggangur, surirumah.

Fikirkan. Selamat berjaya.

blog crash

Hari ini blog crash…banyak keje yang nak di buat..nasib baik ada buat backup..

Bagaimana membuat blog cara mudah

Bagaimana membuat blog cara mudah.

Hari ini ramai orang yang mahu mempunyai blog mereka sendiri. Mereka mahu mempunyai blog mereka untuk bermacam tujuan. Ada yang mahu sekadar untuk hiburan, ada yang mahu untuk tujuan buat duit, ada yang mahukan blog untuk tujuan mendapatkan kenalan.

Ini merupakan tujuan dan sebab-sebab biasa mengapa anda memerlukan blog. Namun begitu tidak mempunyai pengetahuan untuk membuat blog telah menghadkan kemahun menjadi blogger.

Kini membuat blog tidak lagi sesukar dahulu. Anda boleh mempunyai blog sendiri dengan mendaftar secara percuma di BLOGGER atau WORDPRESS. Sign Up keahlian anda dan ikuti segala arahan yang di berikan. Dalam masa kurang dari 15 minit anda sudah boleh mempunyai blog anda sendiri.

Jika anda mahu mempunyai blog yang mempunyai nama domain pilihan anda anda boleh menyewa web hosting dan nama domain dengan kadar bayaran serendah RM100 setahun. Web Hosting kebiasaannya menyediakan bahagian membuat blog dengan satu klik sahaja. Ianya boleh diperolehi di bahagian Fantastico De Luxe.

Saya harap panduan ringkas ini dapat membantu anda membuat blog anda sendiri…

Login